Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 25hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday, 5 March 2011

9,000 boleh sambung pengajian

KUALA LUMPUR 4 Mac – Kira-kira 9,000 pelajar Malaysia yang dibawa pulang ekoran krisis politik di Mesir dibenarkan kembali ke negara tersebut untuk menyambung pengajian mereka.Ia berikutan pengesahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa keadaan di Mesir kini bertambah baik dan kehidupan rakyat di sana juga hampir pulih seperti sedia kala.



Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pejabat kerajaan, syarikat perniagaan dan universiti di Mesir telah mula dibuka seperti biasa.“Pelajar bolehlah membuat keputusan untuk pulang semula ke Mesir bagi menyambung pengajian yang sebelum ini tergendala akibat krisis politik di sana.“Seperti sedia maklum, tarikh mula pengajian di Mesir bermula seawal 12 Mac ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Ops Piramid yang dilancarkan kerajaan melalui kerjasama pelbagai pihak berjaya membawa pulang seramai 11,000 rakyat Malaysia dengan 9,000 daripadanya ialah pelajar.Operasi tersebut terpaksa diambil selepas Mesir dilanda krisis politik yang berlanjutan selama 18 hari sehingga menyaksikan rakyatnya merusuh di jalan raya bagi memaksa Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.


Bagaimanapun, Mohamed Khaled berkata, meskipun keadaan semakin pulih tetapi kementerian berharap agar pelajar berkenaan sentiasa menjaga keselamatan diri.Katanya, langkah berhati-hati itu perlu bagi memastikan tiada sebarang insiden buruk berlaku apabila mereka kembali untuk menyambung pengajian masing-masing.“Mereka hendaklah sentiasa berhati-hati dan berhubung dengan pegawai di Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah (JPMK) untuk sebarang perkembangan,” katanya.


Dalam pada itu, beliau juga menyeru kepada pelajar yang masih belum berdaftar supaya berbuat demikian dengan segera di alamat jpt.mohe.gov.my/mesir.Kata Mohamed Khaled, pendaftaran itu penting bagi membolehkan penyelarasan dibuat dengan pantas sekiranya berlaku sebarang keadaan yang tidak diingini.Selain itu, katanya, pelajar terbabit juga boleh mendaftarkan butiran diri dan mengetahui maklumat terkini berhubung pengajian di Mesir melalui talian 1-800-88-6365.Katanya, pusat talian tersebut dibuka setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang
Sumber - Utusan Malaysia - 5 Mac / sabtu
Link -
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

No comments:

Post a Comment