Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday 13 August 2010

TAHUN 1 sessi 2008/09 & 2009/10 - SALINAN ASAL NOC / SSLN YANG ADA DI PEJABAT MEDICMESIR

Salam,
Semoga Ramadhan kita terus diberkati Allah swt!

Bagi pelajar yang telah menghantar keputusan Tahun 1, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyiapkan semua dokumen NOC. KPT telah menyerahkan kepada MedicMesir salinan asli NOC /SSLN yang masih tidak dituntut dari pejabat KPT.

Memandangkan sijil ini perlu digunakan untuk urusan tajaan JPA. Maka, sila berikan makluman terkini kepada MedicMesir untuk urusan pos. Pelajar yang tinggal diluar KL/Selangor boleh memohon perkhidmatan MedicMesir untuk menyerahkan salinan fotokopi NOC/SSLN ini kepada JPA. Salinan NOC / SSLN akan diserahkan melalui tangan ke pejabat JPA pada hari Isnin, 13 hb Ogos 2010. Urusan pos salinan asli akan dibuat pada hari yang sama.

Bagi kelancaran urusan, sila isikan makluman anda di BORANG MAKLUMAN NOC /SSLN

Bagi yang terlewat menghantar keputusan tahun 1, mohon dilanjutkan permohonan NOC terus ke KPT. Makluman dibawah mungkin membantu.

Semoga dimudahkan segala urusan. Sekian TerimaKasih.

Salam ikhlas,
ummiMM

No comments:

Post a Comment