Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Taklimat MedicMesir, Zon Tengah, Dewan MedicMesir Bangi, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Cik Nadirah 0133023030. Zon Utara, Hotel Seri Malaysia Ipoh, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Dr Ahmad 0133061313. Zon Pantai Timur, Hotel Habib KB, 7 Julai, 9-11pagi . Hotel Kenangan KT, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Encik Fakrul 0197586167

Wednesday, 16 February 2011

Pegawai kementerian ke Kaherah

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi sudah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menghantar pegawainya ke Mesir bagi mengadakan rundingan dengan universiti-universiti di sana berhubung kedudukan penuntut Malaysia yang terjejas ekoran krisis politik di negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beberapa pegawai kementerian akan berlepas ke negara berkenaan hari ini bagi tujuan tersebut.

"Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai rundingan yang diadakan akan dimaklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Khaled diminta mengulas perkembangan proses rundingan dengan universiti-universiti di Mesir mengenai kedudukan penuntut Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air sebelum ini.

Ia termasuk bagi membincangkan waktu sesuai bagi penuntut Malaysia kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian mereka.

Kemelut politik di Mesir menyebabkan 8,341 penuntut dan rakyat Malaysia di negara itu terpaksa dibawa keluar melalui Ops Piramid yang dilancarkan kerajaan bermula 3 Februari lalu.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled enggan mengulas apabila ditanya mengenai kos yang terpaksa ditanggung sendiri para penuntut Malaysia yang mahu kembali meneruskan pelajaran di Mesir.

Semalam Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, kos bagi penuntut Malaysia yang ingin kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka selepas krisis politik yang berlaku di negara itu pulih adalah atas tanggungan sendiri.

Kohilan berkata, ia adalah perkara biasa yang dipraktikkan apabila kerajaan melaksanakan sesuatu proses pemindahan rakyat Malaysia ketika berlaku situasi atau krisis di luar negara.



Keratan Utusan MaLaysia - 16 Februari 2011

No comments:

Post a Comment