Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 22 February 2011

KPT Masih Runding Tarikh Pembukaan Universiti Di Mesir

PETALING JAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Penyelidikan Saintifik Mesir masih berunding dengan universiti-universiti di Mesir berhubung tarikh penangguhan pembukaan semula institusi pengajian tinggi di negara itu.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, proses perundingan tersebut berjalan mengikut jadual seperti berikut; Universiti Cairo (21 Februari), Universiti Mansurah dan Zazazig (22 Febaruari), Universiti Tanta (23 Februari) dan Universiti Al-Azhar dan Ain Shams (24 Februari).

"Setakat ini rundingan telah dilakukan dengan pihak Universiti Iskandariah mengenai tarikh mula kuliah bagi pelajar-pelajar Malaysia dan hasilnya adalah seperti berikut;

"Bagi kursus Perubatan (klinikal) tahun empat dan lima tarikh mula kuliah ialah pada 19 Mac ini; kursus Perubatan Tahun satu, dua dan tiga pada 26 Mac sementara tarikh peperiksaan dijadualkan pada 30 April ini.

"Bagi kursus pergigian tahun satu dan dua pula, tarikh mula kuliah ialah pada 2 April ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.

Beliau turut mengesahkan bahawa Menteri Pengajian Mesir telah mengumumkan melalui media rasmi Mesir bahawa tarikh penangguhan pembukaan universiti dan sekolah di negara itu adalah berkuat kuasa sehingga 24 Februari ini.

Berikut adalah tarikh-tarikh bermulanya sesi akademik universiti berkenaan sebagaiaman yang telah dimaklumkan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sehingga hari ini.

Universiti Al-Azhar (awal Mac), Universiti Cairo dan Ain Shams (26 Februari, Iskandariah dan Mansurah (5 Mac), Tanta (8 Mac) dan Zagzig (1 Mac).

Bagaimanapun, beliau menasihatkan para pelajar yang ingin pulang supaya menunggu pengumuman rasmi daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan kepastian tahap keselamatan di Mesir.

”Pihak kementerian telah mengambil beberapa langkah dalam usaha mengumpul data dan butiran para pelajar Malaysia yang telah pulang dari Mesir baru-baru ini.

”Hal ini bertujuan bagi menyelaraskan proses kepulangan mereka ke Mesir untuk menyambung pengajian semula di sana,” katanya.

Bagi memudahkan urusan tersebut KPT telah menyediakan sistem dalam talian dan para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir diminta mendaftar melalui sistem dalam talian, di alamat,jpt.mohe.gov.my/mesir.

"Setiap pelajar hanya perlu memberikan nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon masing-masing.

"Selepas mendaftar mereka akan mendapat kata laluan melalui emel dan mereka boleh mengemas kini butiran dan maklumat masing-masing selain mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan di Mesir,” katanya.

Sebarang pertanyaan para pelajar boleh menghubungi talian khas yang disediakan, di talian, 1-800-88-6365.

"Talian ini dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula 9 pagi hingga 6 petang.

"Mereka juga boleh menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) di talian 014-7151556 atau emel kepada pelajarmesir@mohe.gov.my,” katanya.

No comments:

Post a Comment