Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 22 February 2011

Isu TIKET pulang ke Mesir !

Salam,

Buat masa ini, MedicMesir tidak dapat lagi membuat pengumuman mengenai perancangan tiket pulang ke Mesir. InshaAllah, kenyataan rasmi akan keluar sebaik sahaja kerajaan mengumumkan tarikh pulang keMesir. Pihak MAS yang bekerjasama dengan pasukan Task Force Ops Piramid yang diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara akan memberi makluman mengenai penerbangan yang dirancang sebaik sahaja 'green light' telah diperolehi. InshaAllah, apa-apa keputusan yang yang dibuat adalah yang TERBAIK untuk semua pelajar.

Semua pelajar dinasihat agar TIDAK membeli TIKET utk pulang ke Mesir (bagi yang mengharapkan tiket percuma). Ini adalah kerana, adanya usaha dari pihak kerajaan untuk menampung semua pelajar untuk kembali ke Mesir secara PERCUMA.

Bagaimanapun, MedicMesir tidak menghalang mana-mana pelajar yang ingin membuat tempahan secara persendirian.

Bagaimanapun, agar tak terlepas peluang, semua pelajar diminta untuk mengambil peluang mendaftar dengan negeri masing-masing dimana mereka bermastautin.

Semoga maklumat ini membantu.

Salam,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment