Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday 21 February 2011

Kerajaan Pahang Sedia Tanggung Kos Pelajar Pulang Ke Mesir

TEMERLOH: Kerajaan negeri Pahang akan menanggung sepenuhnya kos tiket kapal terbang 400 pelajar negeri itu yang bakal pulang menyambung pengajian di Mesir selepas krisis politik negara berkenaan kembali pulih.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata selain itu, kerajaan negeri akan memberi sumbangan wang tunai RM500 kepada setiap pelajar terbabit.

"Berdasarkan rekod, terdapat 200 pelajar tajaan Yayasan Pahang dan 200 lagi belajar dengan kos sendiri," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kerajaan negeri Pahang juga telah menempatkan seorang pegawai khas Yayasan Pahang bagi menjaga kebajikan pelajar Pahang di Mesir.

"Pegawai terbabit memberi laporan setiap hari dan situasi di negara berkenaan, apabila krisis politik kembali pulih, para pelajar baru dibenarkan pulang," katanya.

No comments:

Post a Comment