Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Taklimat MedicMesir, Zon Tengah, Dewan MedicMesir Bangi, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Cik Nadirah 0133023030. Zon Utara, Hotel Seri Malaysia Ipoh, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Dr Ahmad 0133061313. Zon Pantai Timur, Hotel Habib KB, 7 Julai, 9-11pagi . Hotel Kenangan KT, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Encik Fakrul 0197586167

Thursday, 24 February 2011

Terengganu Teliti Sebelum Hantar Balik Pelajar Ke Mesir

Berita Timur


February 22, 2011 15:35 PM
BESUT, 22 Feb (Bernama) -- Terengganu tidak akan terburu-buru menghantar pelajarnya menyambung kembali pengajian di Mesir walaupun keadaan di negara itu dilihat semangkin reda, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman.


"Kita mahu pastikan keadaan di sana benar-benar selamat sebelum pelajar-pelajar kembali menyambung pengajian.

"Sekiranya keadaan berlarutan, kemungkinan kerajaan negeri akan berunding dengan kerajaan Mesir untuk membawa pensyarah ke Terengganu," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau berkata Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu telah menubuhkan tabung untuk mengumpul peruntukan bagi pembiayaan menghantar kira-kira 700 pelajar Terengganu kembali ke Mesir.

Mengenai keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam, Ahmad Razif berkata Terengganu sekali lagi mencatat keputusan cemerlang apabila 2,958 pelajar memperolehi keputusan lulus penuh.

"Kerajaan negeri akan menyumbang RM800 kepada setiap pelajar itu sekiranya mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment