Salam,
Sukacita dimaklumkan bahawa MedicMesir mengadakan kerjasama dengan EGYPT AIR bagi mengadakan pesawat khas (charter flight) untuk penerbangan tarikh antara 8-12hb Mac 2011. Penerbangan EGYPT AIR adalah 'direct flight' .
JIKA BERMINAT SILA DAFTAR SEBELUM 27hb Februari 2011, Ahad, 5pm
TEMPAHAN TERBUKA KEPADA SEMUA DAN TIDAK TERHAD KEPADA PELAJAR MEDICMESIR.
Berikut adalah butiran mengenai penerbangan dan kos:
Kapasiti : 250 orang
Tarikh : Antara 8-12hb Mac 2011
Masa Bertolak: 1230 malam - Waktu Malaysia
Masa Sampai: 530 pagi - Waktu Mesir (hari yang sama)
Muatan yang dibenarkan : 20kg
Kos : RM1999 (sehala termasuk tax dan tiada kos tambahan)
SILA BUAT BAYARAN SEBELUM AHAD, 27HB FEBRUARI 2011, 5PM
Cara bayaran:
1. Bayaran TUNAI sebanyak RM1999, sila masukkan jumlah diatas ke akaun
CampusCity Management , Maybank, 5128 0250 6800
Bukti bayaran : sila email slip bayaran serta nama ke medicmesir@gmail.com
(FAX dan POS pengesahan tidak akan dilayan) .
Ini bagi mempercepatkan pengesahan penerimaan.
2. Bagi pelajar JPA (Skim Pinjaman Yuran Luar Negara) atau MARA (Skim SPT)
a. MedicMesir didalam peringkat perbincangan dengan JPA dan MARA mengenai isu tiket. Bagi pelajar yang berminat dengan tempahan tiket ini tetapi memohon bayaran dibiayai oleh JPA / MARA.
b. MedicMesir faham bahawa kerajaan negeri juga menanggung KOS TIKET PERCUMA. MedicMesir mengalakkan agar dalam masa yang sama semua pelajar memohon dari kerajaan negeri. Andaikata, permohonan tiket melalui negeri tidak diluluskan atas apa sebab pun, seperti yang berlaku di beberapa negeri dimana permohonan melebihi dari peruntukan yang ditetapkan. Ini mungkin satu alternatif.
c. MedicMesir faham bahawa semua pelajar mahukan agar kos tiket ini sebagai PERCUMA dan bukannya PINJAMAN.
d. Bagi mereka yang telah mendapat pengesahan TIKET PERCUMA kerajaan negeri, tidaklah perlu memohon melalui JPA / MARA.
e. Ini adalah terhad kepada pelajar JPA-SPYLN dan MARA-SPT.
Jika anda faham a-e diatas dan ingin nama anda di kemukakan kepada JPA atau MARA, sila isi borang dibawah. Anda akan dihubungi hasil perundingan dengan kedua-dua pihak diatas.
----------------------------------------
NAMA YANG BOLEH DIHUBUNGI:
En Aliff 019 6206167 atau En Shaiful 019 3106167
atau talian MedicMesir 03 8945 9030 / 03 89489030
----------------------------------------
Semoga usaha ini membantu dan dipermudahkan urusannya.
Salam,
UmmiMM
salam
ReplyDeletebagus lah Ummi! MM the best! harap2 JPA setuju lah. ameen
Fathi
Kedah