Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Taklimat MedicMesir, Zon Tengah, Dewan MedicMesir Bangi, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Cik Nadirah 0133023030. Zon Utara, Hotel Seri Malaysia Ipoh, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Dr Ahmad 0133061313. Zon Pantai Timur, Hotel Habib KB, 7 Julai, 9-11pagi . Hotel Kenangan KT, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Encik Fakrul 0197586167

Tuesday, 8 February 2011

Duduki peperiksaan di Malaysia

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH (pengarang@utusan.com.my)

PUTRAJAYA 7 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi akan berunding dengan pihak universiti di Mesir bagi membenarkan pelajar Malaysia yang terpaksa pulang ke tanah air, menduduki peperiksaan di negara ini.

Ini berikutan sebahagian besar pelajar terbabit telah dibawa pulang oleh kerajaan berikutan konflik dan ketegangan yang berlaku di negara itu baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rundingan itu bertujuan membolehkan penuntut dari Malaysia dalam bidang perubatan mengambil peperiksaan di universiti tempatan, pertengahan bulan ini.

Menurut beliau, kira-kira 1,100 pelajar perubatan dijadualkan menduduki peperiksaan pada 12 Februari ini membabitkan, masing-masing 800 orang dari Universiti Tanta dan 300 orang di Universiti Al-Azhar.

"Sepatutnya universiti di sana menyambung semula kuliah dan sebahagiannya perlu menghadapi peperiksaan, ini isu utama masa kini.

"Kita nak selesaikan masalah ini dulu, kita akan berbincang dengan universiti di Mesir sama ada boleh atau tidak peperiksaan dilaksanakan di Malaysia,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis kecemerlangan sukan kementerian di sini hari ini.

Pada majlis itu, pihak kementerian menyerahkan skim kecemerlangan sukan kepada atlet-atlet institusi pengajian tinggi yang cemerlang dalam pertandingan kebangsaan dan antarabangsa pada tahun lalu.

Ia membabitkan penglibatan dalam Sukan Asia, Guangzhou; Sukan Komanwel, New Delhi dan Sukan Universiti Asean (SUA).

Mohamed Khaled berkata, peperiksaan itu boleh dilaksanakan lewat dari jadual asal pada Februari dan jika dipersetujui universiti tempatan, ia boleh dilaksanakan Mac ini.

"Kita sudah tulis surat kepada semua universiti di sana dan kini menunggu persetujuan mereka.

"Pihak kementerian akan beri segala kerjasama untuk memungkinkan peperiksaan itu diambil di sini tanpa mereka perlu pulang ke Mesir,'' ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan menghentikan serta-merta sebarang permohonan sijil sokongan luar negara (NoC) kepada pelajar perubatan ke Mesir.

"Maksudnya, tidak ada pelajar ke Mesir untuk bidang perubatan dan dia kena ada NoC baru. Kita gantung NoC, kita tidak akan keluarkan sebarang NoC, maknanya tiada pelajar baru,'' katanya.

Katanya, terdapat kira-kira 11,000 pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti Mesir iaitu 5,000 pelajar dalam bidang perubatan dan 6,000 orang lagi dalam jurusan agama.

No comments:

Post a Comment