Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday 17 February 2011

Lima Pelajar Kemalangan di Temerloh

TEMERLOH, 17 FEB: Empat kritikal manakala seorang cedera dalam satu kemalangan di simpang ke Chenor, Pahang petang semalam. Kelima-lima mereka dalam perjalanan menaiki kereta dipandu sendiri dari Kuantan ke Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Mangsa yang kritikal merupakan Khadijah binti Husni, pelajar di Maahad Buuth Al-Islamiyyah Abbasiyyah; Nurfaryanna Farahim binti Suhaimi, tahun 2 perubatan Universiti Tanta; Nadhrah binti Azmi dan Nur Aida Syuhada binti Zulkiflee, tahun 3 Universiti Ain Shams. Pemandu, Nur Rashidah binti Ahmad Azam, tahun 3 perubatan Ain Shams dilaporkan patah tulang selangkanya (clavicle).

Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Mereka dilaporkan sudah stabil dan akan dipindahkan ke Wad Pembedahan dan Wad Orthopedik pada hari ini.

mediaPERUBATAN mengharapkan agar sekalian warga mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan ketabahan mangsa-mangsa dan keluarga. Moga pengajaran diambil dan keimanan bertambah dari ujian duniawi ini.

Takziah juga diucapkan dan doa dipanjatkan buat keluarga Sakinah binti Mohd Kamil, pelajar tahun 5 perubatan Universiti Kaherah yang kehilangan adiknya dalam kemalangan berasingan pada tarikh yang sama.

1 comment: