Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday 19 February 2011

MESIR: Pengajian pelajar mungkin diteruskan di Malaysia

(Utusan Malaysia) KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan membenarkan pelajar Malaysia di Mesir yang kembali ke tanah air ekoran pergolakan di negara itu, meneruskan pengajian mereka di dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka yang bakal menduduki peperiksaan juga mungkin terpaksa mengambilnya di Malaysia sekiranya keadaan di Mesir masih tidak berubah.

''Saya difahamkan keadaan di Mesir masih belum reda. Oleh kita perlu ada pertimbangan alternatif yang lain seperti mengadakan peperiksaan di sini serta sebahagian pengajian mereka diteruskan di negara kita,'' katanya.

Perdana Menteri berkata demikian selepas majlis Multaqa Guru Takmir di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kedudukan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang kini sebahagian besarnya berada di tanah air.

Mereka dikeluarkan oleh kerajaan melalui Ops Piramid ekoran keadaan tidak menentu di Mesir apabila rakyat negara itu merusuh bagi memaksa Presiden, Hosni Mubarak meletak jawatan.

Najib berkata, bagi memastikan pertimbangan alternatif itu mampu dilaksanakan, kerajaan mungkin membawa masuk pensyarah-pensyarah dari negara berkenaan.

''Ini sedang kita kaji dalam semua aspek,'' katanya lagi.

Menjawab soalan lain, beliau mendapat maklumat keadaan di Mesir masih tidak menentu.

''Kita pun tidak tahu apa bentuk kerajaan baru ini dan bagaimana prosesnya sama ada ia akan membawa keadaan yang aman dan stabil,'' ujarnya.

2 comments:

  1. Assalamu 'alaikum. Jadi bagi Tanta camner ye memandangkan para siswa/i hendak buat peperiksaan disana?

    ReplyDelete
  2. sila check :

    http://www.medicmesir.com/2011/02/medicmesir-jadual-exam-tanta-university.html

    ReplyDelete