Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 25hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, 28 February 2011

Kedah bantu pelajar pulang ke Mesir

ALOR SETAR 27 Feb. - Kerajaan negeri akan membiayai penghantaran pulang kesemua lebih 800 penuntut anak negeri itu ke Mesir bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian masing-masing.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pelajar yang terlibat juga akan diberikan wang saku sebanyak RM500 seorang.Beliau berkata, kerajaan negeri membelanjakan RM2.5 juta bagi tujuan berkenaan dengan dibantu syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang terlibat dalam urusan penghantaran tersebut.
"Kesemua pelajar yang layak akan dihantar ke Mesir secara berperingkat-peringkat mulai 5 hingga 10 Mac ini supaya dapat menyambung pengajian yang tertangguh ekoran pergolakan di negara itu," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Pelajar-Pelajar Kedah di Mesir anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah (Yiked) di sini hari ini.Menurut Azizan, pelajar anak negeri itu yang mendapat tajaan penghantaran pulang ke Mesir oleh agensi lain seperti Mara tidak termasuk dalam projek berkenaan.
Katanya, proses penghantaran pulang akan diuruskan oleh Yiked dengan menaiki penerbangan terus Egypt Air dari Kuala Lumpur ke Kaherah.Menurut beliau, kumpulan pertama membabitkan 222 penuntut akan berlepas pada 5 Mac ini diikuti kumpulan kedua dan ketiga dengan jumlah yang sama manakala bakinya dihantar menerusi penerbangan keempat."
Mereka akan dibawa menaiki bas dari Wisma Darul Aman ke Kuala Lumpur sebelum mengambil penerbangan masing-masing pada tarikh yang ditetapkan," katanya.Menurut beliau, para pelajar yang mempunyai kemusykilan mengenai perkara tersebut boleh berhubung dengan Yiked bagi mendapatkan penjelasan.

No comments:

Post a Comment