Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday 19 February 2011

Update Ummi dari Alexandria University!

Salam,
1. Alhamdulillah, baru selesai bermesyuarat bersama dengan Dr Ahmad & Dr Wafaa. Universiti masih tetap dengan tarikh 12hb Mac untuk Program Perubatan dan Pergigian. Harap semua bersabar. InshaAllah, mesyuarat yang akan diadakan esok dengan pihak MARA dan wakil task force Majlis Keselamatan Dalam Negeri akan mencadangkan tarikh yang sesuai kepada kerajaan Malaysia. InshaAllah, dalam masa seminggu, kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

2.Suasana di Alex agak tenang, semalam mungkin jalan agak sesak, warga Alex (atau mungkin seluruh Mesir') merayakan 'Perarakan Kemenangan'. Beberapa tempat, seperti Carrefour, masih tutup dan di penuhi dengan kereta kebal. Kereta kebal masih berada dibeberapa lokasi utama Alex. Doakan keadaan kembali tenang dalam masa terdekat. InshaAllah.

3. Keputusan imtihan Tahun 1 (2010-2011) Module 1 dan 2 sudah pun di perolehi. InshaAllah akan edarkan dalam 1 minggu setelah 'translation dibuat'. (dub dab..dub dab...!)

4. Buat masa ini, pesan Ummi, manfaatkan 'extended winter break' ini sebaik mungkin. Perbanyakkan aktiviti makruf dan jauhi yang mungkar. Hulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan. Jadikan anda insan yang bermanfaat walu dimana anda berada.

Salam sayang,

UmmiMM, Alex Uni

No comments:

Post a Comment