Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday 11 February 2011

KPT hantar pegawai temui pengurusan universiti Mesir

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menghantar sekumpulan pegawai Jabatan Pengajian Tinggi dan beberapa wakil penaja termasuk MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk berbincang dengan pihak pentadbir universiti di Mesir mengenai kedudukan pelajar Malaysia yang belum boleh kembali ke negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tindakan itu dilakukan berikutan saranan yang dikemukakan kementerian bagi membolehkan pelajar Malaysia mengambil peperiksaan yang tertangguh di sini tidak mendapat maklum balas dari universiti di Mesir.

“Oleh kerana tiada jawapan berhubung cadangan itu, kita akan hantar pegawai dan beberapa wakil penaja untuk berbincang dengan pihak universiti di sana bagi mendapatkan kepastian sama ada boleh atau tidak ia dilaksanakan di sini atau sebaliknya,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Mohamed Khaled berkata, kumpulan pegawai terbabit akan pergi ke Mesir dalam sehari dua lagi bagi membolehkan rundingan segera dilakukan dalam memastikan nasib dan masa depan pelajar Malaysia yang menuntut di negara itu terbela.

Beliau berkata, kementerian juga sudah menubuhkan satu pasukan Petugas Khas Isu Pelajar Di Mesir bersama MARA dan JPA bagi membincangkan tindakan perlu bagi membantu mengatasi masalah dihadapi pelajar yang sudah kembali di negara ini.

Selain itu, katanya, kementerian juga menggantung serta merta pengeluaran Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN/NOC) kepada semua pelajar yang ingin mengikuti pengajian ke Mesir untuk sementara waktu sehingga keadaan di sana pulih dan stabil.

“Kementerian mementingkan soal keselamatan pelajar yang menuntut di sana dan sebab itulah wakil kementerian dihantar untuk berbincang dengan pentadbir beberapa universiti di Mesir kerana ia membabitkan soal keselamatan.
“Sama ada situasi sekarang ini selamat atau tidak, ia bergantung kepada maklumat yang dilaporkan MKN (Majlis Keselamatan Negara),” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam KPT meminta semua pelajar dari universiti di Mesir yang kembali ke Malaysia supaya mengemukakan maklumat peribadi mereka kepada Bahagian Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi dengan segera.

Semua maklumat boleh dikemukakan terus kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik melalui e- mel zarida@mohe.gov.my atau alwee@mohe.gov.my atau boleh menghubungi Prof Madya Dr Zarida Hambali di talian 012-3300651.

Menurut kenyataan itu lagi, maklumat peribadi pelajar itu penting dan sangat diperlukan KPT bagi membuat penyelarasan segala aktiviti berkaitan membabitkan pelajar di negara berkenaan. - Berita Harian


No comments:

Post a Comment