Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, 29 February 2012

TAKLIMAT MEDICMESIR di ZON UTARA (2 & 3Mac) dan PANTAI TIMUR (8 & 9Mac)

Assalamualaikum wbth,


1. Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt. 
2. TerimaKasih atas sokongan semua dan minat anda terhadap MedicMesir.  TerimaKasih juga kepada seniors di Mesir dan ibubapa yang banyak membantu berkongsi maklumat dengan teman-teman mengenai MedicMesir.  Doakan MedicMesir mampu buat yang TERBAIK untuk semua.
3. Syukor Alhamdulillah, UmmiMedicMesir akan menemui anak2 lepasan SPM / Matrikulasi yang berminat untuk melanjutkan pengajian dibidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Mesir pada September 2012.
3. Berikut adalah jadual Taklimat yang telah disusun ;-
  • a. Jumaat, 2Mac (10pagi) - Kolej MARA Kulim, KULIM
  • b. Sabtu, 3Mac (10 pagi) - Hotel Seri Malaysia, IPOH
  • c. Khamis, 8Mac (3 petang) - Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Trengganu, Kuala Trengganu
  • d. Jumaat,9Mac (9 pagi)- MRSM Pengkalan Chepa, KB
  • e. Sabtu,24Mac (10pagi) - Fak Perubatan, UPM (TAKLIMAT PERDANA)
  • f. Ahad, 25hb (10 pagi) - Pulau Pinang
  • g. Sabtu, 31Mac (10 pagi) - Fak Perubatan, UPM
  • h. Selasa, 3April(10pagi) - Sabah
  • i. Rabu, 4April(10 pagi) - Sarawak
  • j. Sabtu, 7 April (10 pagi) - Fak Perubatan, UPM
  • k. Sabtu, 14 April (10 pagi) - Fak Perubatan, UPM

RAYUAN AWAL JPA !


Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak2 MM sentiasa berada didalam pemeliharaan dan  rahmat Allah swt. 

2. Seperti yang semua sedia maklum bahawa hari ini, 29hb Februari adalah tarikh terakhir untuk memohon JPA ~  Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/ 2012.  Sila pastikan apa jua keputusan Tahun 1 anda, permohonan secara online telah dibuat dan penghantaran dokumen  disempurnakan sebelum 7hb Mac. Kelazimannya, syarat yang dikenakan oleh pihak JPA adalah sekurang-kurang nya Jayyid Jiddan. Tapi, bagaimanapun, terdapat banyak kes dimana pelajar yang memperolehi Jayyid turut menerima tajaan JPA.

Tuesday, 28 February 2012

PERMOHONAN TAJAAN JPA AKAN BERAKHIR 2 HARI LAGI !

Assalamualaikum wbth,
Buat anak-anak serta keluarga MM yang dirahmati Allah swt.

Posting ini sebagai peringatan kepada posting terdahulu mengenai Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/ 2012 http://medicmesir.blogspot.com/2012/02/assalamualaikum-wbth-alhamdulillah.html.

Sila ambil maklum bahawa permohonan akan tutup lagi 2 hari. Mohon sekiranya semua anak-anak MM memastikan permohonan dan berkaitan disiapkan hari ini, 28hb Feb 2012.

Bagi memudahkan usaha MedicMesir memantau permohonan ini, mhon sekiranya dapat memasukkan maklumat anda didalam LINK MAKLUMAN JPA 2012.  MM akan membuat 'follow up' seperti biasa untuk memastikan tiada permohonan yang LAYAK tercicir.

Ummi doakan agar semua permohonan anak-anak MM diluluskan dan dipermudahkan segala urusannya.
Ameen.

Salam,
UmmiMM

TAKLIMAT MEDICMESIR di ZON UTARA (2 & 3Mac) dan PANTAI TIMUR (8 & 9Mac)

Assalamualaikum wbth,
Warga Medicmesir yang dirahmati Allah swt !
Sukacita nya MedicMesir menjemput semua pelajar lepasan SPM 2011 dan Matrikulasi yang berminat untuk mengikut Pengajian Ijazah Perubatan, Pergigian dan Farmasi ke Taklimat MedicMesir di Zon Utara dan Zon Pantai Timur seperti dibawah:

1. Jumaat, 2hb Mac 2012 ~ 10-12tghri ~ Kolej MARA Kulim
2. Sabtu, 3hb Mac 2012 ~ 10-12tghri ~ Hotel Seri Malaysia, Ipoh
3. Khamis, 8hb Mac 2012 ~ 3-5 ptg ~ Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri, Kuala Trengganu
4. Jumaat, 9hb Mac 2012 ~ 9-11 pagi ~ MRSM, Pengkalan Chepa, KB, Kelantan

Sunday, 26 February 2012

Hargai ahli BAIT KITA !

Salam....
Semoga anak-anak semua didalam pemeliharaan dan keberkatan Allah swt! Semoga sentiasa diberi kesihatan dan kekuatan bermujahadah dijalanNYA.


Just sharing....Terjumpa VIDEO ni..rasanya mungkin dapat menyentuh hati anak-anak Ummi yang kini di Mesir.
Nice video untuk mengingatkan kita erti kehidupan diluar negara sesama ahli bait yang jauh dari ibubapa dan keluarga masing-masing. Setiap ahli rumah ada peranan masing-masing untuk menjadikan bait KITA  Baiti Jannati. Ahli Bait lah abang kakak dan penganti ibu ayah kita dikala suka dan duka.


"Man laa yar haminnaasa laa yarhamhullah".
Barang siapa tidak menyanyangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya (HR Tirmidzi)


Happy Viewing...Semoga mendapat ibrah :-)
Salam Sayang dari UmmiMM



Thursday, 23 February 2012

JOM! CIPTA LOGO MEDICMESIR !

Assalamualaikum wbth,
TERIMAKASIH KEPADA SOKONGAN SEMUA TERHADAP MEDICMESIR!

Alhamdulillah, Sempena ulang tahun yang ke 5 dan
Alhamdulillah juga, dengan jumlah 'hit' blog MedicMesir.com yang mencecah hampir 300,000.
MedicMesir menganjur kan pertandingan mencipta logo MedicMesir.com.

Berikut adalah terma pertandingan:-
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua , tidak kira dimana anda berada. (Tidak terhad kepada warga MM)
2. Skop Karya adalah bebas.
3. Peserta bebas menghantar sebanyak mungkin rekabentuk.
4. Setiap Rekabentuk perlu disertakan dengan penerangan.
5. Peserta perlu post setiap rekaan di FaceBook MedicMesir (http://www.facebook.com/MedicMesir)
6. MedicMesir berhak mengunakan logo ciptaan peserta dari masa kesemasa.

Pemenang akan dinilai 70% dari jumlah 'LIKE' dilogo anda. 30% pula dari permarkahan juri MedicMesir.
Segala pertanyaan sila inbox di FaceBook http://www.facebook.com/ummi.medicmesir
Pertandingan akan tutup pada 1hb May 2012 jam 5petang waktu Mesir.

Hadiah berupa wang tunai 1000LE hanya akan diberikan pada pemenang pertama.

Warwarkan kepada rakan-rakan yang berminat.  Selamat berkarya !

Salam,
UmmiMM

Wednesday, 22 February 2012

SENARAI NAMA NOC PELAJAR TANTA SESI 2011/12

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah...tamat sudah imtihan Mid year hari ni. Ummi doakan semuanya Najjah. Ameen
Merujuk kepada NOC, sila ambil maklum bahawa semua pelajar dibawah diminta untuk mengambil NOC masing-masing dari wakil2 dibawah bermula esok.
Koordinator : Balqish (01141449361 ) dan Salihin 01125200342

Sila pastikan scan dan email pada keluarga masing-masing untuk kegunaan rasmi pada masa hadapan.
Semoga dipermudahkan segala urusan.

Salam,
UmmiMM :-)

ANAK-ANAK SELANGOR MEDICMESIR YANG BELUM MENDAPAT MANA-MANA TAJAAN

Assalamualaikum wbth,


1. Semoga anak2 MedicMesir sentiasa berada didalam pemeliharaan Allah swt.


2. MedicMesir sedang berusaha mendapatkan bantuan tambahan untuk anak-anak Selangor yang masih belum mendapat tajaan samada JPA, MARA dan berkaitan.  Bantuan ini TERHAD kepada mereka yang masih belum mendapat sebarang tajaan.  Usaha ini termasuk untuk pelajar-pelajar Tahun 1 sesi 2011/12.


3. Oleh itu, mohon kerjasama semua yang terlibat untuk mengisi link ini.  Sila pastikan makluman ini diisi SEGERA sebelum 25hb Februari 2012.

4. Mohon warwarkan kepada semua rakan yang terlibat.  Doa agar urusan kita dipermudahkan dan semoga anak2 berjaya di Dunia dan Akhirat.


Salam,
UmmiMM

Sunday, 12 February 2012

Ya Allah! Aku memohon pertolonganMU buat anak2 kami di Mesir !

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim !

Disaat anak2 kami berada didalam fasa imtihan......samada bagi yang akan memulakannya esok atau yang baru selesai hari ini atau yang akan mula mendapat keputusan masing-masing bermula minggu depan....

SENARAI NAMA PEMBAYARAN YURAN UNIVERSITI TANTA SETAKAT 6HB FEBRUARI 2012

Assalamualaikum wbth,
Semoga anak-anak diMesir didalam pemeliharaan Allah swt.  Semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan imtihan yang bermula esok.
Dibawah adalah senarai nama-nama yang telah membayar yuran melalui MedicMesir.  Sila buat semakan nama masing-masing. Ini adalah senarai setakat 6hb Feb 2012.  Jika anda telah membayar dan nama TIADA didalam SENARAI, sila maklum di link ini. 


Semoga dipermudahkan segala urusan dan Harap Maklum,


Salam,
UmmiMM


SENARAI NAMA PEMBAYARAN YURAN MELALUI MEDICMESIR SETAKAT 12HB FEB 2012

Friday, 10 February 2012

TAKLIMAT MEDICMESIR SESI 2012 ESOK, SABTU, 11hb FEB 2012 di FAKULTI PERUBATAN, UPM SERDANG

Assalamualaikum wbth,

MedicMesir mengadakan beberapa siri taklimat seperti yang tertera di blog ini.  Pelajar-pelajar lepasan SPM 2011 atau sebelumnya yang berminat untuk mengikuti pengajian perubatan diMesir adalah dijemput untuk menghadiri sesi taklimat ESOK, 11.02.2012, jam 10-12tghri.

Taklimat ini penting sebelum mana-mana pelajar membuat keputusan untuk keMesir. Masuk ke talkimat adalah PERCUMA.  Sila warwarkan kepada rakan-rakan lain.

Pihak MedicMesir memohon kerjasama agar pelajar yang berminat untuk hadir agar mengisi borang kedatangan di link ini.  Semoga taklimat ini mendatangkan manfaat.

Salam,
UmmiMM

Thursday, 9 February 2012

SLIP KEPUTUSAN TAHUN 1 ALEXANDRIA UNIVERSITY SESI 2010/11

Assalamualaikum wbth,
Semoga anak2 di Alexandria didalam kesihatan dan iman yang terbaik.
Alhamdulillah, setelah UmmiMM berbincang dengan Dekan, Fakulti Perubatan, Universiti Alexandria, pihak Universiti bersetuju untuk mengeluarkan slip keputusan bentuk format baru seperti dibawah.  Pihak Universiti akan mengambil masa selewat-lewatnya seminggu untuk menyiapkan slip untuk setiap pelajar, tetapi masih sempat untuk digunakan bagi tujuan permohonan JPA. InshaAllah.  
Mohon agar dipermudahkan segala urusan tajaan.  Rabbuna Yusahhil.


Salam,
UmmiMM

Wednesday, 8 February 2012

YURAN PROGRAM PERGIGIAN ~ TANTA UNIVERSITY

Assalamualaikum wbth,
1.  Semoga anak2 dan ibubapa MM semua didalam pemeliharaan Allah swt.  Alhamdulillah, MedicMesir telah mengadakan perbincangan dengan pihak Fakulti Pergigian, Tanta University mengenai isu yuran program MOU 'preDental' sesi 2011/12.
2. Memandangkan pada asalnya kebanyakan pelajar yang memohon sebelum tarikh permohonan KPT ditutup iaitu pada 31hb Mei 2011 telah ditawarkan program pergigian G2G. Pihak universiti kemudian mengeluarkan tawaran kepada beberapa pelajar dengan kadar yuran G2G.
3.  Namun, sebabkan pelajar G2G tidak ramai. Maka, pihak Universiti menempatkan kesemua pelajar Melayu didalam satu kelas khas yang terdiri dari semua pelajar Melayu dan mengenakan yuran kadar MOU pada kesemua pelajar, iaitu 8000USD setahun.
4.  Ekoran perkara diatas, pada asalnya, pihak Universiti secara dasar bersetuju untuk menurunkan sedikit yuran tahun pertama program pergigian, preDental.  Namun dukacitanya, pertemuan akhir Januari 2012, pihak Universiti menarik balik persetujuan awal atas alasan, kebanyakan pelajar, terutamanya dari agensi selain MedicMesir telah menjelaskan yuran masing-masing.  Dikacamata pihak Universiti, pelajar tidak menghadapi sebarang masalah untuk membayar yuran kadar MOU, 8000USD.
5.  Bagaimanapun, pihak tertinggi universiti hanya bersetuju yuran preDental 2000usd dan 8000 usd utk tahun 1-4 untuk pelajar preDental berkuatkuasa  sesi 2012 / 13.
6.  Oleh itu, yuran bagi pelajar preDental sesi 2011/12 perlu dibayar selewat-lewatnya 1hb Mac 2012.  Bagi yang memohon pengeluaran KWSP, surat bagi maksud tersebut akan dikeluarkan selewat-lewatnya, Ahad, 12hb Februari 2012. Yuran bagi yang membuat pengeluaran KWSP mesti sampai ke univesriti sebelum 1hb April 2012.
7. Pihak Universiti membenarkan bayaran 4000USD selewat-lewatnya 1hb Mac 2012 dan bakinya sebelum 1hb June 2012.
8. Cara membayar samada;
a. IbuBapa menyediakan deraf sendiri atas nama "Dean, Faculty Of Dentistry, Tanta University" atau
b. Melalui MedicMesir dengan cara bank in jumlah RM12800(4000USD) atau RM25600 (8000USD) ke akaun CampusCity Management, Maybank, 512802506800.
Sila fax ke 03 89423827 dengan menyatakan nama pelajar dan program serta NO HP penjaga.
9. Untuk urusan yuran, sila berhubung samada di email medicmesir@gmail.com atau Cik Norshahura di talian 9-5ptg.


MedicMesir mengucapkan jutaan maaf kerana kegagalan membantu menurunkan yuran utk tahun ini. Doa kami agar segala urusan selanjutnya dipermudahkan segalanya.


Salam,
UmmiMM

Monday, 6 February 2012

YURAN PROGRAM PERUBATAN ~ TANTA UNIVERSITY

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1.  Merujuk kepada notis yang dikeluarkan oleh pihak Universiti mengenai halangan untuk masuk ke dewan imtihan bagi pelajar-pelajar yang tidak menjelaskan yuran pengajian.  Sila ambil maklum, Ummi dan Exco MMTanta telah berbincang dengan pihak tertinggi Universiti Tanta dan Alhamdulillah, pihak Universiti telah menarik balik halangan tersebut.  Bagaimanapun, pihak Universiti Tanta berharap agar yuran dapat dijelaskan sebelum peperiksaan akhir tahun bermula.

2.  Oleh itu, sila beri fokus kepada imtihan yang akan bermula dalam seminggu dan jangan jadikan isu yuran sebagai sesuatu yang merungsingkan.  Khuatir akan menjejaskan prestasi imitihan ini.  MedicMesir selaku agensi yang bertangungjawab akan sentiasa membantu sedaya upaya bagi mendapatkan kelonggaran dari pihak tertinggi Universiti.

3. Semoga Berjaya semua dan Ummi doakan agar imtihan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Ameen.

Salam Sayang,
UmmiMM

PENERIMA ZAKAT SELANGOR 2012 dan RAYUAN BAGI ANAK-ANAK SELANGOR YANG TERCICIR DARI SENARAI

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, senarai nama bagi pemohon zakat Selangor untuk Tahun Dua dan keatas telah pun diumumkan melalui Blog HAL EHWAL PELAJAR SELANGOR MESIR (Klik di link).  TAHNIAH bagi yang BERJAYA dan berharap agar wang zakat ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

2. Tahun Dua keatas yang namanya tercicir dari senarai
Memandangkan ada juga nama-nama pelajar MedicMesir yang tercicir dari senarai ini.  Oleh itu, MedicMesir akan mengumpul semua nama-nama dan akan mengemukakannya kepada Zakat Selangor melalui pejabatnya di Shah Alam.  Sudah mendapat tajaan JPA dan MARA  bukan alasan bagi zakat tahun 2 ditolak, kecuali bagi pelajar yang ke Mesir melalui tajaan MARA atau JPA dari Tahun 1.  Untuk tujuan rayuan yang dikelolakan oleh MedicMesir, mohon sekiranya anda memaklumkan melalui borang ini dan sila email keputusan akademik tahun lepas anda ke medicmesir@gmail.com. 
Sila nyatakan didalam subjek email : 
RAYUAN ZAKAT SELANGOR 2012 (NAMA PENUH ANDA)
Untuk kes rayuan, MedicMesir akan menghantar senarai nama dan keputusan peperikasaan ke Pejabat Zakat , Shah Alam pada 15hb Februari 2011. Oleh itu sila pastikan nama dan dokumen diemail sebelum tarikh tersebut.

3.  Pelajar Tahun 1
Bagi yang belum melaporkan diri di rumah Selangor atau menghantar sebarang borang Zakat Selangor di Malaysia, anda dikehendaki berbuat demikian secepat mungkin di pejabat Shah Alam. Sila berhubung dengan Puan Maizatul di talian 03 55227700.  Bagaimana pun, bila waktu yang terluang atau waktu cuti, pelajar dinasihati untuk melapor diri untuk mengemaskini rekod di pejabat Hal Ehwal Selangor.
Bagi yang memerlukan 'Surat Pengesahan Tiada Tajaan'.  Sila nyatakan nama dan email anda di link ini.  Pihak MedicMesir akan menghantarnya melalui email kepada anda untuk urusan permohonan zakat.

Antara dokumen tambahan  yang diperlukan adalah :-
a. Surat Tawaran atau Terjemahan Tasdiq Kuliah yang disempurnakan di EME
b. Boading slip (scan memadai)
c. Chop muka hadapan semasa masuk ke Mesir (scan memadai)

4.  Pegawai rujukan untuk tujuan zakat di MedicMesir
Segala pertanyaan mengenai Zakat Selangor, sila berhubung dengan Cik Ain di talian 03 8945 9030 (pada waktu pejabat).  Semoga usaha ini membantu dan memberi natijah yang positif.

Salam,
UmmiMM


Sunday, 5 February 2012

Rasulallah saw sebagai 'ROLE MODEL' !

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum wbth, 


UMMATI…..UMMATI….UMMATI……
Syukor Alhamdulillah….kerana kita dilahir dikalangan Umat Rasulallah saw ! Betapa RasulAllah saw sayang kepada umatnya sehingga diakhir hayatnya beliau masih mengenangkan masa depan umatnya.  Rasulallah saw yang dibesarkan sebagai anak yatim melalui fasa kehidupan dari kanak-kanak, anak muda, suami, ayah, sahabat  dan  pemimpin.

Setiap fasa kehidupan beliau adalah perfect ‘role model’ buat kita yang idamkan satu kesempurnaan dalam kehidupan.  Sifat-sifat Idola yang ditampilkan oleh Rasulallah saw dalam setiap fasa kehidupannya dengan memiliki sifat rahmah, pemaaf, tolerasani yang tinggi, merendah diri, mengutamakan orang lain, amanah, kuat bekerja, bakat kepimpinan terhebat,  tidak mudah putus asa dan kebergantungan kpd Allah swt!

Allahu Akbar ! Harapan Ummi agar, ‘role model’ ini menjadi inspirasi kita dalam kehidupan sehari-hari.   Alangkah beruntungnya kita, sunnah Rasulallah saw yang tersedia menjadi sumber kedua bagi kehidupan setiap orang Muslim, tersedia untuk kita menjadikan ianya sumber tanpa kita perlu mencari idola-idola rekaan dan berubah-ubah.

Kita sering memperbaharui azam setiap tahun baru Hijrah atau Masihi.  Alangkah, cantiknya sempena Maulidur Rasul ini, kita cuba muhasabah diri kita. Di mana KITA sekarang jika dibandingkan dengan ‘role model’ yang ditinggalkan oleh Rasulallah saw. Jika KITA hanya 1%, berusahalah agar esok lusa peratusan ini meningkat dan terus meningkat. Jika perlu dipaksa, sesungguhnya ianya adalah lebih baik. 

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” [al-Ankabut, ayat 69]

Pasti InshaAllah, Kita akan menjadi insan tersayang dan sentiasa didalam Redha Allah swt
Selawat dan Salam serta Maqam yang terpuji bagi RasulAllah saw

Salam rindu dari Malaysia buat anak2 tersayang,
Nahnu Nuhibbukum Fillah
UmmiMM

Thursday, 2 February 2012

Pinjaman Yuran Luar Negara JPA 2012

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, Pinjaman Yuran Luar Negara telah dibuka lagi untuk sesi 2012. Permohonan ini TERBUKA semua pelajar yang telah memperolehi keputusan Tahun 1.

Mohon agar pelajar-pelajar MedicMesir menyegerakan proses permohonan. Sila ambil maklum tarikh tutup adalah pada 29hb Feb 2012.

Sila mohon di link ini. BORANG ONLINE PINJAMAN YURAN LUAR NEGARA 2012

Segala pertanyaan sila berhubung melalui email medicmesir@gmail.com

Wasallam,
UmmiMM

Thursday, 26 January 2012

Majlis Perjumpaan Penerangan Gagasan 1 Malaysia dan Dialog Isu-Isu Pelajar Perubatan di Mesir di bawah kelolaan Agen-Agen Penghantaran

Assalamualaikum wbth,
1. Semoga semua anak2 di Mesir berada didalam pemeliharaan Allah swt. Ummi merujuk kepada surat dari Pejabat Perdana Menteri diatas yang membawa maksud yang agak jelas.


2. Untuk tujuan penyelarasan majlis diatas, sukacita sekiranya dapat anak-anak yang berpeluang untuk hadir meluangkan masa ke majlis tersebut.  Untuk tujuan kelancaran ke majlis tersebut, MedicMesir menyediakan khidmat pengangkutan ke ARMA, Kaherah. Mohon kerjasama sesiapa yang BOLEH HADIR  maklumkan dilink ini. Nyatakan jika anda memerlukan pengangkutan. Pengangkutan adalah TERHAD.  Sila isi sebelum jam 9 pagi, Khamis, 26hb Januari 2011 (waktu Mesir).


3. Menurut perbualan telefon diantara Dato Shahlan Ismail dengan Ummi sebentar tadi, MedicMesir juga dijemput ke mesyuarat khas diantara Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri dengan pihak Kedutaan dan EME.  Oleh itu, sukacitanya dapat dikongsi permasalahan yang mungkin dapat Ummi ketengahkan melalui Dato' Shahlan, selaku wakil YAB Perdana Menteri.


4.  Antara isu yang telah dibincangkan dan akan diketengahkan adalah ;-
    a. Isu Yuran - Tiada usaha serius mana-mana pihak untuk mengurangkan kadar yuran di universiti.
    b. Isu Yuran pelajar mengulang tahun.
    c. Isu fail yang lewat sampai yang merangkumi pelajar agensi dan KPT. 
    d. Isu menangani pelajar ponteng :-(
    e. Isu nisbah pelajar dan pensyarah yang semakin dipandang ringan di sesetengah Universiti
    f.  Isu tajaan pelajar persendirian.


5.  Oleh kerana kebanyakan agensi lain tidak menghadirkan diri, maka, dengan ini di BUKA KEPADA SEMUA PELAJAR TANPA MENGIRA AGENSI  untuk  berkongsi apa-apa isu tambahan.  Mohon sekiranya dapat dibekalkan isu spesifik agar dapat membantu Ummi mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dengan fakta yang boleh membantu pihak wakil YAB Perdana Menteri membantu menyelesaikannya. InshaAllah. Makluman isu tambahan sila email terus kepada ummi.medicmesir@gmail.com dengan kadar SEGERA.


6. Kita berdoa agar majlis ini berjalan lancar dan misi wakil pejabat YAB Perdana Menteri mencapai misinya untuk kebaikan semua anak-anak di Mesir. Ameen. 


Salam Ikhlas,
UmmiMM

Tuesday, 24 January 2012

TAKLIMAT 28hb JAN 2012 DITUNDA KE 4hb FEB 2012

Assalamualaikum wbth,
TerimaKasih kepada semua yang telah mendaftar untuk menghadiri taklimat MedicMesir bertarikh 28hb Januari 2012. Sesi taklimat 28hb Januari 2012 terpaksa ditunda ke 4hb Februari 2012 kerana UmmiMM akan berada di Mesir pada minggu ini dan hadapan.
Oleh itu sesiapa yang telah mendaftar pada tarikh 28hb Januari 2012 dimohon agar dapat memilih mana-mana tarikh dibawah dan lokasi yang telah ditetapkan dibawah:


1.   4Feb  - 10-12 tghri  -Fakulti  Perubatan, UPM
2. 11Feb  - 10-12 tghri - Fakulti  Perubatan, UPM
3. 18Feb  - 10-12 tghri  - Fakulti  Perubatan, UPM
4. 25Feb  - 10-12 tghri  - Fakulti Perubatan, UPM
5.   2Mac  - 10-12 tghri - Kolej MARA Kulim, KULIM
6.   3Mac  - 10-12 tghri - Hotel Seri Malaysia, IPOH
7.   8Mac  - 3-5 petang - Fakulti Perubatan, UNISZA, Kuala Trengganu
8.   9Mac  - 10-12 tghri - Fakulti Perubatan, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan

Sila DAFTAR UNTUK KEHADIRAN DITAKLIMAT. Anda akan menerima 'sms alert' sebelum tarikh taklimat akan diadakan. SILA DAFTAR DI LINK INI. (sila maklum bahawa link ini sama sepeti di link di kanan blog ini)

Sila warwarkan kepada rakan-rakan yang berminat.  Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen

Salam,
UmmiMM


Sunday, 22 January 2012

Alexandrian ~~ Makanan PERCUMA Sempena Imtihan 2012 !

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak2 di Mesir berada didalam pemeliharaan Allah swt. Semoga Allah melimpahkan kerahmatan serta kemudahan didalam segala urusan dan diberi kekuatan berhadapan dengan musim sejuk dan musim imtihan.  Semoga juga pada setiap detik Iman kita terpelihara dan ditingkatkan. Ameen.

2.  Alhamdulillah, makanan sempena Imtihan akan disediakan oleh Cafe KSP MARA.  Pembekalan makanan akan bermula dengan makan tengahari pada hari Rabu, 25hb Januari 2012.  

Pembekalan akan berakhir mengikut tarikh akhir imtihan batch masing-masing:-)
Tahun 1 berakhir dengan makan malam 15hb Februari 2012
Tahun 2 berakhir dengan makan malam 12hb Februari 2012
Tahun 3 berakhir dengan makan malam 10hb Februari 2012

3. Senarai nama mereka yang telah mendaftar akan diedarkan mengikut FB group batch masing-masing.  InshaAllah, pembekalan akan dibuat menurut zon tempat tinggal dan akan dimaklumkan juga melalui batch masing-masing.

4.  Semoga usaha ini mendatangkan manfaat dan Ummi berharap usaha ini turut meningkatkan kecermelangan anak-anak MedicMesir pada imtihan kali ini. Ameen.

Allahuma....bi Tawfiq Najihna fiImtihan fi Deen, fi Dunya wa Akhirah 

Salam,
UmmiMM

Friday, 20 January 2012

Makan Sempena Imtihan Mansoura untuk 20hb dan seterusnya

Assalamualaikum wbth,

Semoga semuanya didalam kekuatan dan kesihatan yang baik menghadapi imtihan. Alhamdulillah, pembekalan makanan bagi mereka yang telah mendaftar akan disambung semula hari ini.

Untuk hari ini, 20hb Januari 2012
Makanan boleh diambil di CAFE BARAKAH
Makan tengahari boleh diambil bermula jam 1-2 tghri
Makan malam boleh mula diambil dari jam 6-7 malam
(Sila pastikan makanan diambil pada waktu ditetapkan)

Untuk 21hb Januari seterusnya
Makanan boleh diambil di CAFE YAYASAN TRENGGANU (YT)
Makan tengahari boleh diambil bermula jam 12-1 tghri
Makan malam boleh mula diambil dari jam 6-7 malam
(Sila pastikan makanan diambil pada waktu ditetapkan)

TerimaKasih tak terhingga kepada team Mansoura Sem 1 yang menguruskan pengurusan makanan percuma ini. Semoga Allah swt memudahkan segala urusan.
Semoga imtihan ini memberikan natijah yang lebih baik dari sebelumnya. Ameen.

Salam,
UmmiMM

TANTA ~ TIME MANAGEMENT COURSE by Bro Zainal , Final Year Medical Student, Alex University

Hebahan dari Tanta ~ Amalina Sumaiyyah A Rahman

Assalamualaikum ikhwah akhwat yang dikasihi sekalian,

Ingin tahu tips membahagikan masa utk hal2 dunia dan akhirat sebagai pelajar perubatan?

Jemput datang ke Talk " Time Management"

Tarikh: Jumaat , 20hb Jan 2012

Masa : 9 pagi

Tempat: Dewan Academic Centre MedicMesir Tanta

Penceramah: Brother Zainal, Tahun Akhir Perubatan, Alexandria University

" Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu iaitu nikmat sehat dan waktu lapang' (HR Bukhari)

Jemput yer datang ramai-ramai esok !

Thursday, 19 January 2012

MANSOURA ~~ Hari ni TIADA MAKAN dan DISAMBUNG ESOK, INSHAALAH

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak2 MM Mansoura berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.
2. Dukacita dimaklumkan, bahawa atas kekangan tenaga yang dihadapi oleh Cafe YT, maka bekalan makanan dari Cafe YT diberhentikan serta merta.
3. Oleh itu, utk hari ini, 19hb Jan, TIADA PEMBEKALAN makanan. Pembekalan akan bersambung esok.
4. Dengan sukacitanya, Cafe BARAKA akan mengambil alih. Oleh itu pengumuman akan dibuat malam ni InshaAllah.
5. Sila rujuk lagi blog MM ye ! Maaf atas kesulitan yg dihadapi. Jangan marah ya :-)

Salam,
UmmiMM

TANTA University ~ Senarai pembayaran yuran dan kopun makan batch kedua


Assalamualaikum wbth,

Bersama-sama ini disertakan nama-nama 'batch' kedua yang telah dihantar ke pihak Tanta University. InshaAllah, kopun makan akan mula diedarkan pada hari ini. InshaAllah, sila berhubung dengan Exco Akademik, Izzuddin Azzaharuddin untuk makluman lanjut.

Wednesday, 18 January 2012

UmmiMM tangguh ke Mesir minggu hadapan.

Asslamulaikum wbth,

1. Untuk makluman semua, trip Ummi yg sepatutnya minggu ni terpaksa di tangguh ke Selasa depan. Hasrat asalnya, ke Mesir utk urusan biasa sahaja...tetapi, 'trip' kali ini inshaAllah, akan lebih bermakna kerana Setiausaha Sulit Kanan PM, Dato Shahlan Ismail serta team dari KPT yg diketuai oleh Dato' Dr Rujhan akan bersama di Mesir minggu hadapan.

Tuesday, 17 January 2012

GERAN 1MDB - JAKIM


Permohonan Bagi Mendapatkan Dana Pengajian /Geran Tahunan 1MDB –JAKIM

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar lulusan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), iaitu sekolah-sekolah di bawah Agensi/Jabatan Agama Islam Negeri yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda @ Bidang Profesional, bagi mendapatkan pembiayaan geran tahunan 1MDB-JAKIM tahun 2011.

Makanan PERCUMA Sempena Imtihan Utk Anak2 Alexandria !


Assalamualaikum wbth,

1. Semoga semua anak2 MedicMesir di Alexandria didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan untuk berhadapan dengan musim sejuk dan imtihan.

2. Alhamdulillah, imtihan mid year (musim sejuk) ini, MedicMesir berhajat untuk menyediakan makan tghri dan malam bermula dari beberapa sebelum imtihan bermula sehingga malam terakhir sebelum imtihan tamat. Hebahan mengenai tarikh bermula akan disampaikan kelak, ini adalah kerana waktu bermula exam bagi pergigian dan perubatan yang berlainan serta tarikh yang lain bagi setiap tahun.

Sunday, 15 January 2012

Makan Sempena Imtihan Mansoura Jan 2012

Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, bermula hari ni, MedicMesir akan menyediakan makan tengahari dan malam PERCUMA pada semua pelajar yang telah mendafatar nama masing-masing di www.facebook.com/MedicMesir.

Friday, 13 January 2012

TAKLIMAT MEDICMESIR 2012

Assalamualaikum wbth,

1. TARIKH TAKLIMAT INTAKE 2012 TERKINI !
Sukacita dimaklumkan bahawa, MedicMesir akan mengadakan taklimat di Dewan Kuliah 3, Fakulti Perubatan, UPM Serdang pada 2 tarikh terdekat iaitu:-)

1. Sabtu, 14hb Januari 2012
2. Sabtu, 28hb Januari 2012

2. DAFTAR UNTUK DAPATKAN ALERT MENGENAI TAKLIMAT
Senarai penuh taklimat diseluruh negeri akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Pelajar lepasan SPM dan Matrikulasi yang berminat, sila isi MAKLUMAN KEHADIRAN TAKLIMAT si link ini. Ini bagi memastikan anda sentiasa 'Up to date' dengan makluman terkini dari MedicMesir.

3. JIKA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PENGESAHAN TEMPAT DI UNIVERSITI. DAFTAR BORANG PERMOHONANONLINE (TAK PERLU BAYAR APA-APA)
Bagi yang berminat untuk memohon. Sila ikut tatacara ini:-)
2. EMAIL SLIP SPM (atau SLIP PERCUBAAN UTK SPM 2011) serta SIJIL LAHIR ke medicmesir@gamil.com
3. BAGI PEMOHON YANG TELAH MENDAFTAR , ANDA AKAN MENDAPAT PENGESAHAN TAWARAN BERMULA 17hb Januari 2012

4. DEPOSIT RENDAH.
HAnya perlu membayar Deposit RM500 apabila sudah SAH KELAYAKAN DAN TEMPAT DIUNIVERSITI

Segala pertanyaan berhubung dengan pengambilan pelajar baru sesi 2012, sila berhubung dengan Puan Sharifah 03 89459030 atau 019 6206167 (pada waktu pejabat) atau Puan Siti Haniza (Ummi MedicMesir) di talian 0192306167.

TerimaKasih atas minat anda terhadap MedicMesir. Warwarkan kepada yang BERMINAT.

Salam,
UmmiMM

SESI PENGAMBILAN 2012 - TERIMAKASIH SEMUA !

Assalamualaikum wbth,

Syukor Alhamdulillah, tahun 2012 merupakan tahun ke lima MedicMesir menghantar pelajar ke Mesir dan Alhamdulillah, sejak 3 tahun berturut-turut yang lepas, MedicMesir adalah agensi yang mencatat jumlah pelajar yang tertinggi ke Mesir. Semoga MedicMesir terus diberi kekuatan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

Dengan scenario pendidikan tinggi diMalaysia yang amat TERHAD bagi anak-anak yang berminat menjadi Doktor dari kecil lagi, pihak kami menjangkakan bilangan yang akan ke Mesir akan bertambah lagi.

Terima Kasih atas sokongan semua terhadap MedicMesir. Alhamdulillah. Doa kami agar semua pelajar-pelajar MedicMesir menjadi anak2 Doktor Muslim yang berperanan didalam Ummah dan seterusnya menjadikan kerjaya mereka sebagai jalan mudah ke Syurga. Ameen Ya Rab AlAmeen.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Salam,
ummiMM

Makanan PERCUMA Sempena Imtihan Utk Anak2 Mansoura 2012 !

BismillahirahmaniRAHIM........ Assalamualaikum wbth !

Semoga semua anak-anak di Mesir berada didalam kekuatan untuk berhadapan dengan imtihan yang telah berjalan ataupun yang akan bermula tidak lama lagi.

Seperti tahun2 lepas, MedicMesir amat prihatin didalam pengurusan masa terutama disaat-saat akhir persediaan menghadapi Imtihan. Semoga dapat digunakan sebaik mungkin. Oleh itu, seperti biasa, MedicMesir menyediakan makanan tengahari dan malam sempena musim Imtihan.

Untuk mengelakkan pembaziran, MedicMesir memohon pelajar-pelajar yang berminat mendapat makanan percuma ini untuk mendaftar di FaceBook MedicMesir http://www.facebook.com/MedicMesir). GUNA ID SENDIRI SAHAJA YG AKAN DITERIMA. Pendaftaran akan tutup pada 14hb Jan, hari Sabtu jam 5 petang. InshaAllah, makan percuma akan mula diberikan bermula hari Ahad, 15hb Jan 2012. TERBUKA kepada semua warga MedicMesir dari Tahun 1 - 4.

Makanan semua akan tempah di restoran YT. Senarai nama akan diberikan ke pengusaha cafe. Oleh itu mereka yang mendaftar akan mengambil makanan yang disiapkan disana atau menghantar wakil rumah.

Semoga usaha kecil ini mendatangkan kemudahan dan keselesaan disaat berhadapan dengan Imtihan. Moga dipermudahkan menjawab dan Doa kami juga agar semua anak2 di Mesir akan beroleh Natijah yang terbaik....dan bagi anak2 Tahun 1 dan 2...Agar Natijah ini memudahkan urusan tajaan kalian. Ameen Ya Rab! Jaga Diri Baik2 ok!

Doakan juga utk Ummi serta ibubapa di Malaysia ya ! (Doa mereka yang bermusafir ...terutamanya menuntut Ilmu...makbul..Inshallah)

Shukran Jazilan

Salam Sayang,
UmmiMM

Monday, 9 January 2012

BITAWFIQ wa NAJJAH FiImtihan MANSOURIAN !!

Assalamualaikum wbth....

Ummi dan warga MedicMesir serta ibubapa keluarga di Malaysia mengucapkan "All the Best' untuk semua warga Mansoura yang akan memulakan Imtihan bermula dengan hari ini....Sem 7dan diikuti dengan Sem yang lain serta Program Regular.

Kepada semua Kak Long dan Abang Long yang akan menjejakkan kaki ke Tahun 5 pada pertengahan Tahun 2012............Ummi doakan akan langkah-langkah ini dipermudahkan......Semoga Allah sentiasa bersama kalian. Semoga kejayaan abang-abang serta kakak-kakak akan menjadi pendorong kepada adik-adik...

Ya Allah! Jadikan imtihan ini sesuatu yang BERJAYA....Mudahkan dan jauhkan anak2 kami dari lupa dan lalai......Ameen Ameen Ameen....

BiTawfiq WaNajjah fiIMtihan

Salam Sayang,
UmmiMM

Sunday, 8 January 2012

BITAWFIQ wa NAJJAH FIimtihan ALAZHARIAN !!

Assalamualaikum wbth,

Ummi dan semua warga MedicMesir serta ibubapa diMalaysia semua mendoakan agar anak-anak Al Azhar yang akan mula menduduki imtihan bermula esok dengan Tahun 1 Banat dan Isnin Tahun 1 Banin....dan seterusnya Tahun 2 dan Tahun 3.

Ya Allah! Engkau permudahkan segala urusan imtihan anak2 kami.....Berikan natijah yang mengembirakan ...Ya Allah! Engkau jauhkan mereka dari lupa atau silap walau sesaat...Ya Allah! Janganlah engkau jadikan imtihan ini sesuatu yang mendukacitakan.

Ya Allah! Berikan mereka jalan mudah dalam liku2 muhajadah untuk menjadi Doktor Muslim buat Ummah....Ameen..Ameen...Ameen!

BiTawfiq WaNajjah Fi Imtihan

Uhhibbukum Fillah
ummiMM

PEMBAYARAN YURAN TANTA MEDIC DAN MAKAN TENGAHARI SUMBANGAN UNIVERSITI

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak-anak serta ibubapa MedicMesir berada didalam pemeliharaan dan kelimpahan rahmat Allah swt. Semoga anak-anak terus diberi kekuatan bermujahadah dengan imtihan yang akan tiba tidak lama lagi. Doa ibubapa yang tidak henti-henti agar anak-anak dipermudahkan urusan dan Mumtaz didalam imtihan akan datang. Ameen. Ameen. Ameen.

2. Posting ini merujuk kepada isu pembayaran yuran dan sekatan kemudahan makan tengahari oleh pihak Universiti. Ekoran pentadbiran universiti yang lebih cekap selepas perlantikan presiden, dekan dan koordinator yang baru, pihak Universiti telah meminta bayaran yuran di buat lebih awal dari sebelumnya. Kita juga faham bahawa, Universiti Tanta berlainan dengan universiti lain didalam aspek kos kerana kemudahan makan tengahari yang disediakan untuk semua.

3. Oleh itu, bagi pelajar yang telah bersedia membayar yuran, harap dapat diselesaikan dalam masa terdekat, sebelum 10hb Januari 2012.

4. Bagi pelajar Tahun 1, pihak yang belum bersedia untuk menyediakan sejumlah RM6400 sebelum 10hb Januari, agar dapat menghantar makluman ke email medicmesir@gmail.com dengan menyatakan alasan dan tarikh bayaran yang akan dibuat.

5. Bagi Tahun ke2, sesiapa yang sudah bersedia membayar yuran, tanpa bergantung kepada JPA / MARA , mohon agar dapat dipercepatkan pembayaran yuran tersebut. Bagaimanapun, MedicMesir akan membantu urusan tangguhan bayaran yuran ini KHAS UNTUK TAHUN KEDUA. Untuk urusan makan, Universiti telah memaklumkan, perlepasan makan hanya boleh diperolehi setelah majoriti dari Tahun 1 dan surat sokongan MARA untuk Tahun 3 dan 4 diperolehi. Harap Bersabar ya !

6. Bagi Tahun ke 3 / 4, kepada mereka yang telahpun menerima wang tajaan khususnya pelajar JPA, sila buat bayaran se awal mungkin kepada pihak Universiti.

7. KHAS untuk pelajar Tahun 3 / 4, dibawah Tajaan MARA, memandangkan MARA mengambil masa yang lama untuk membayar yuran ke pihak universiti, maka MedicMesir telah berbincang dengan pihak MARA, Kuala Lumpur dan pihak Universiti. Satu surat dari pihak MARA akan dikeluarkan dan dihantar kepada pihak Universiti pada esok hari. Ini bagi mempastikan anak-anak Tahun 3/4 dibawah Tajaan MARA tidak terjejas dari mendapat makan dari pihak Universiti.

8. Memandangkan menurut Dekan, pihak Universiti tidak dapat berhubung dengan agensi lain. Oleh itu, borang ini boleh dimanfaat juga dan pengurusan untuk urusan yang sama akan dilanjutkan kepada pelajar-pelajar agensi lain juga (bagi yang memerlukan).

8. Untuk tujuan diatas, mohon pelajar Tahun 1 yang memohon tangguhan selepas 10hb Januari dan pelajar Tahun 3/4 tajaan MARA mengisi BORANG MAKLUMAN YURAN TANGGUHAN DAN TAJAAN MARA UNTUK TUJUAN KEBENARAN MAKAN.

9. Semoga usaha ini dipermudahkan. Semoga anak-anak MedicMesir dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk penyediaan Imtihan dan diberi kemudahan didalam setiap urusan dunia dan akhirat. Ameen.

Salam Sayang,
UmmiMM


Saturday, 7 January 2012

Mansoura University ~ Holiday 2012

Berita Mansoura : Siti Arfezah (1st sem Mansoura Manchester)

Announcement :)

1. Mansoura University will be closed on Saturday (7th of January 2012) for Coptic Christmas holiday.

2. Mansoura University will be officially closed for winter break starting from 27/1/2012 (Friday) to 10/2/2012 (Friday).

Thursday, 5 January 2012

PERMOHONAN PINJAMAN YURAN LUAR NEGARA JPA 2012 DAN KAJI SELIDIK AWAL STATUS TAJAAN

Assalamualaikum wbth,

1. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pinjaman diatas akan mula dibuka bermula 1hb Februari 2012. Permohonan ini TERBUKA kepada semua yang sudah mempunyai keputusan Tahun Pertama untuk program perubatan dan farmasi, serta, preDental untuk program pergigian.

2. Alhamdulillah, semua permohonan pelajar MedicMesir yang mendapat Mumtaz dan Jayyid Jiddan yang sempat memohon semasa sesi Ogos telah pun BERJAYA.

Oleh itu, fokus sekarang adalah kepada mereka yang :-
a. Memperolehi keputusan Jayyid kebawah dan
b. Keputusan Jayyid Jiddan keatas tetapi tidak sempat memohon JPA tempoh hari.

3. Untuk memudahkan MedicMesir memantau permohonan anda yang akan datang. Mohon agar mendapat kerjasama mengisi KAJI SELIDIK STATUS TAJAAN TAHUN 2 KEATAS. Mohon kerjasama mereka yang BARU mendapat tajaan JPA baru-baru ini dan yang BELUM LAGI mendapat apa2 tajaan untuk mengisi kaji selidik ini. Sila Pastikan kaji selidik ini diisi sebelum Isnin, 901, 5pm (waktu Malaysia). Tlg warwarkan.

4. Dalam masa yang sama, bagi mempersiapkan lebih awal untuk sesi permohonan JPA yang akan datang, semua pelajar dinasihati agar mempastikan dokumen-dokumen yang diperlukan disediakan terlebih dahulu agar dapat dikemukakan kepada JPA secepat mungkin sebaik sahaja ianya dibuka semula. Sila rujuk check list dokumen didalam.

Semoga usaha ini dipermudahkan Allah swt. Doa ya!

Salam,
UmmiMM


BAYARAN YURAN MELALUI TELEGRAPHIC TRANSFER (TT) - FAKULTI PERGIGIAN, UNIVERSITI ALEXANDRIA

Assalamualaikum wbth,

1. Merujuk kepada tatacara kaedah membayar yuran terdahulu.

2. Sila ambil maklum Fakulti Pergigian, Universiti Alexandria membenarkan kaedah TT terus ke akaun Universiti. Kaedah ini disahkan selamat dan cepat dan dikenalpasti sebagai terbaik. Bagi yang berminat mengunakan kaedah TT sila guna maklumat dibawah. Khidmat TT boelh didapati di mana-mana bank. Bagaimanapun, bagi yang mahu menjelaskan yuran melalui MedicMesir masih dibenarkan.

3. Sesiapa yang mengunakan kaedah TT. Sila pastikan selepas TT dibuat, sila scan dan email TT ke dean@dent.alex.edu.eg dan cc ke medicmesir@gmail.com. Nyatakan didalam email NAMA PELAJAR. Segala pertanyaan sila berhubung dengan Cik Sharifah di talian 03 8945 9030.

Harap Maklum

Salam, UmmiMM

---------------------------------------------------------------

MAKLUMAT AKAUN

Recipient Name: Faculty of Dentistry, Alexandria University, EGYPT

Recipient Address: Champolion St, Azarita St, Alexandria, EGYPT

Tel: 002 03 48 69690 / Fax: 002 03 4868922

Email: dean@dent.alex.edu.eg


BANK INFORMATION

Correspondent bank name: Arab African Int Bank. Cairo, Egypt

Swift bank code: ARAIEGCXXXX

Account number: 6003364021

Beneficiary's bank name: Central Bank of Egypt

Full address: 54 El Gamohria St., Cairo, Egypt

Swift bank code: CBEGEGCXXXX

Beneficiary account no: USD 4082190617

Wednesday, 4 January 2012

YURAN PENGAJIAN PROGRAM PERGIGIAN TANTA UNIVERSITY

Assalamualaikum wbth,

Sila ambil maklum, buat masa ini pelajar Program Pergigian Tanta University tidak perlu lagi menyediakan yuran. Ini adalah kerana pihak MedicMesir masih belum mendapat yuran muktamad dan rayuan masih berjalan. InshaAllah, walaubagaimanapun, kadar yuran muktamad akan diketahui selewat-lewatnya 1 hb Februari 2012.

Buat masa ini ibubapa diharap dapat bersedia tanpa membuat sebarang bank deraf.

Harap Maklum

Salam,
UmmiMM

PEMBAYARAN YURAN TAHUN 1 SESI 2011/2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,

Semoga kita semua didalam pemeliharaan Allah swt.

Seperti mana yang semua sedia maklum, MedicMesir menetapkan 15hb Januari 2012 sebagai tarikh akhir pembayaran yuran ke MedicMesir untuk pelajar Tahun 1. Jika anda memerlukan masa tangguhan, sila maklum secara bertulis ke medicmesir@gmail.com

YURAN BOLEH DIBAYAR DENGAN 3 CARA

Pilihan 1: Menyediakan sendiri bank deraf di mana-mana bank di Malaysia.

Pilihan 2: Mengunakan perkhidmatan MedicMesir didalam penyediaan bank deraf.

Pilihan 3: Melalui KWSP

TATACARA PILIHAN PERTAMA

UNIVERSITI

JURUSAN

JUMLAH

PENERIMA CEK

TANTA

PERUBATAN

2000USD / RM6400

FACULTY OF MEDICINE, TANTA UNIVERSITY

MANSOURA

PERUBATAN

FACULTY OF MEDICINE , MANSOURA UNIVERSITY

ALEXANDRIA

PERUBATAN

8000USD / RM25600

FACULTY OF MEDICINE, ALEXANDRIA UNIVERSITY

(Dibenarkan membayar selewat-lewatnya 1hb May 2012)

PERGIGIAN

FACULTY OF DENTISTRY, ALEXANDRIA UNIVERSITY

(untuk Pergigian anda ada pilihan untuk bank in terus ke akaun Universiti) Makluman akan dihantar kepada semua pelajar mengenai nombor akaun.


ALAZHAR

PERUBATAN / PERGIGIAN

2000USD / RM6400

PRESIDENT AL, AZHAR UNIVERSITY

ZAGAZIG

FARMASI

2500USD/ RM8000

PRESIDENT ZAGAZIG UNIVERSITY

Sila pastikan nama diatas dieja dengan betul supaya ianya tidak ditolak oleh pihak universiti.

Sila pastikan anda menulis di belakang cek

1. NAMA PELAJAR 2. JURUSAN 3. UNIVERSITI 4. NO HP PELAJAR DI MESIR

Sila serahkan melalui serahan tangan atau POS LAJU.

Tolong nyatakan di sampul POS LAJU NO HP untuk MedicMesir sahkan penerimaan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

TATACARA PILIHAN KEDUA

MedicMesir juga menyediakan perkhidmatan menyediakan deraf bagi pihak pelajar. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:

1. Bank in jumlah yang secukupnya dalam nilai Ringgit Malaysia (seperti diatas) didalam akaun ‘CampusCity Management’ , Maybank , 512802506800.

2. Setelah bank in sila fax slip bayaran . Nyatakan nama dan universiti serta no HP ibubapa untuk pihak kami menelfon setelah menerima fax tersebut.

3. Pengesahan bayaran ke universiti akan dihantar melalui email.

-----------------------------------------------------------------------------------------

TATACARA PILIHAN KETIGA

Pelajar yang membayar melalui KWSP akan dibenarkan untuk membayar lewat sedikit . Ini ekoran surat dari univeristi yang diterima lewat. Bagaimanapun pastikan anda mengisi nama didalam POSTING MENGENAI KWSP yang terdahulu.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Ain di talian 03 8945 9030 atau melalui email di medicmesir@gmail.com

Salam,

UmmiMM