Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum wbth,
1. Semoga anak2 MM sentiasa berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.
2. Seperti yang semua sedia maklum bahawa hari ini, 29hb Februari adalah tarikh terakhir untuk memohon JPA ~ Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/ 2012. Sila pastikan apa jua keputusan Tahun 1 anda, permohonan secara online telah dibuat dan penghantaran dokumen disempurnakan sebelum 7hb Mac. Kelazimannya, syarat yang dikenakan oleh pihak JPA adalah sekurang-kurang nya Jayyid Jiddan. Tapi, bagaimanapun, terdapat banyak kes dimana pelajar yang memperolehi Jayyid turut menerima tajaan JPA.
3. Seperti tahun-tahun lepas, MedicMesir akan cuba menghantar rayuan khas kepada JPA untuk anak2 MM. Bagi mereka yang memperolehi Jayyid Jiddan dan Mumtaz tidak perlu dimasukkan didalam rayuan ini. Ini adalah kerana, jika pada hari keputusan JPA diumumkan, jika keputusan adalah negatif, sila berhubung dengan UmmiMM secara terus untuk dibawa ke perhatian JPA. Sungguhpun ianya hak mutlak JPA, namun mengikut pengalaman MedicMesir, JPA akan membantu semua pelajar yang layak.
4.Untuk sesi Januari 2012, MedicMesir akan menghantar rayuan awal untuk mereka yang memperolehi Jayyid. Seperti yang kita semua maklum, gred secara umum adalah:-
Mumtaz = 85% keatas
Jayyid Jiddan = 75% keatas
Jayyid = 65% keatas
5. Oleh itu rayuan ini khas untuk mereka yang memperolehi markah purata Tahun 1 didalam lingkungan 70%-75%. Sila berikan maklumat anda di link ini.
6. Sila email 3 dokumen penting:-
a. Slip keputusan Tahun 1 yang ada menyatakan markah tersebut.
b. Slip Pengesahan permohonan online JPA.
c. Salinan NOC
Slip yang tidak dinyatakan markah akan diTOLAK.
Sila email sebelum 10hb Mac 2012 ke medicmesir@gmail.com.
6. Sila email 3 dokumen penting:-
a. Slip keputusan Tahun 1 yang ada menyatakan markah tersebut.
b. Slip Pengesahan permohonan online JPA.
c. Salinan NOC
Slip yang tidak dinyatakan markah akan diTOLAK.
Sila email sebelum 10hb Mac 2012 ke medicmesir@gmail.com.
Nyatakan dalam subjek email “Rayuan JPA Jayyid <Nama><Universiti>”
7. Mohon maaf, bagi mereka yang memperolehi kurang dari 70% tidak dapat dilayan. Ini juga kerana jumlah rayuan yang akan dihantar agak TERHAD.
8. Bagi Universiti yang tidak mengeluarkan slip dengan perincian permarkahan, anda boleh mendapatkannya dari EME. Sila berhubung dengan Ketua Biro Akademik disetiap muhafazah untuk panduan lanjut.
9. Sila ambil maklum bahawa ini adalah usaha tambahan MedicMesir bagi membantu urusan penajaan anak-anak MedicMesir. Doakan agar usaha ini mendatangkan natijah terbaik. Rabbi Yassir Wala Tu Assir ! Ameen
Salam Sayang,
UmmiMM
No comments:
Post a Comment