Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday 12 February 2012

Ya Allah! Aku memohon pertolonganMU buat anak2 kami di Mesir !

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim !

Disaat anak2 kami berada didalam fasa imtihan......samada bagi yang akan memulakannya esok atau yang baru selesai hari ini atau yang akan mula mendapat keputusan masing-masing bermula minggu depan....


Hambamu ini memohon agar dipermudahkan segala urusan mereka didalam membuat persediaan yang terbaik untuk menghadapi imitihan, juga semasa nak memulakan imtihan, pertolonganmu Ya Allah! semasa di dewan imtihan, setelah selesai imtihan dan sehingga mereka berjaya keseluruhannya.

Ya Khabir !
Hambamu bermohon agar diberikan Natijah yang terbaik. Anugerahkan mereka sebaik-naik Najjah didalam setiap subjek yang diuji. Bagi anak2 yang belum mendapat tajaan, Engkau berikan mereka Natijah yang mengembirakan yang memudahkan laluan Tajaan mereka. Bagi yang sudah mendapat Tajaan, berikanlah mereka Natijah kali ini lebih baik dari Natijah sebelumnya.

Ya Khaliq !
Jauhkan apa-apa walau sesaatpun yang akan mendukacitakan hati anak-anak kami , mahupun hati ibubapa mereka.

Ya Aziz Ya Jabbar !
Jadikanlah imtihan ini sesuatu yang menambahkan ilmu perubatan didada mereka. Agar ilmu ini menjadikan mereka Doktor yang mampu menjalankan tugas sebaik mungkin sebagai seorang Doktor Muslim. InshaAllah.

Ya Razak Ya Fattah Ya Alim !
Jadikan imtihan ini jalan mudah bagi mereka berjaya menjadi Doktor Muslim dan dengan kejayaan ini mereka mampu untuk menyumbang kepada Ummah dan seterusnya menjadikan mereka dekat dengan mu Ya Allah !

Ya Allah! Perkenanlah doa ini kerana hambamu ini amat menyayangi mereka dan hanya berserah kepada PERTOLONGAN mu buat mereka.

Ameen Ameen Ameen Ya Rab Alameen.

Doa hambamu buat anak-anak tersayang diMesir
UmmiMM, 530pagi, 12022011
Kajang

No comments:

Post a Comment