Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 17 January 2012

Makanan PERCUMA Sempena Imtihan Utk Anak2 Alexandria !


Assalamualaikum wbth,

1. Semoga semua anak2 MedicMesir di Alexandria didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan untuk berhadapan dengan musim sejuk dan imtihan.

2. Alhamdulillah, imtihan mid year (musim sejuk) ini, MedicMesir berhajat untuk menyediakan makan tghri dan malam bermula dari beberapa sebelum imtihan bermula sehingga malam terakhir sebelum imtihan tamat. Hebahan mengenai tarikh bermula akan disampaikan kelak, ini adalah kerana waktu bermula exam bagi pergigian dan perubatan yang berlainan serta tarikh yang lain bagi setiap tahun.

3. Buat masa ini, pembekalan adalah dari Cafe KSP MARA. Semua makanan akan dihantar oleh Cafe tersebut kerumah-rumah. Ini InshaAllah, mampu menjimatkan masa anak2 MM terutama saat-saat akhir menghampiri Imtihan. Semoga dimanfaatkan sebaiknya.

3. Untuk tujuan penyelarasan, mohon semua yang berminat untuk mendapatkan sumbangan makan percuma ini menulis (Nama Penuh - HP number - Program - Tahun ) , di www.facebook.com/MedicMesir. Sila pastikan semua nama didaftarkan mengunakan ID sendiri.

4. Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah pada 18hb Januari, jam 5 ptg waktu Mesir. Tambahan nama selepas tarikh tersebut TIDAK DIBENARKAN. Senarai penuh akan dikeluarkan sebaik sahaja ianya ditutup. Ini bagi mengelakkan pembaziran dan memastikan yang benar-benar berminat sahaja ditempah.

5. Doa agar semua urusan dipermudahkan dan semoga diberikan kejayaan oleh Allah swt dunia dan akhirat .

Salam Sayang,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment