Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 25hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday, 8 January 2012

PEMBAYARAN YURAN TANTA MEDIC DAN MAKAN TENGAHARI SUMBANGAN UNIVERSITI

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak-anak serta ibubapa MedicMesir berada didalam pemeliharaan dan kelimpahan rahmat Allah swt. Semoga anak-anak terus diberi kekuatan bermujahadah dengan imtihan yang akan tiba tidak lama lagi. Doa ibubapa yang tidak henti-henti agar anak-anak dipermudahkan urusan dan Mumtaz didalam imtihan akan datang. Ameen. Ameen. Ameen.

2. Posting ini merujuk kepada isu pembayaran yuran dan sekatan kemudahan makan tengahari oleh pihak Universiti. Ekoran pentadbiran universiti yang lebih cekap selepas perlantikan presiden, dekan dan koordinator yang baru, pihak Universiti telah meminta bayaran yuran di buat lebih awal dari sebelumnya. Kita juga faham bahawa, Universiti Tanta berlainan dengan universiti lain didalam aspek kos kerana kemudahan makan tengahari yang disediakan untuk semua.

3. Oleh itu, bagi pelajar yang telah bersedia membayar yuran, harap dapat diselesaikan dalam masa terdekat, sebelum 10hb Januari 2012.

4. Bagi pelajar Tahun 1, pihak yang belum bersedia untuk menyediakan sejumlah RM6400 sebelum 10hb Januari, agar dapat menghantar makluman ke email medicmesir@gmail.com dengan menyatakan alasan dan tarikh bayaran yang akan dibuat.

5. Bagi Tahun ke2, sesiapa yang sudah bersedia membayar yuran, tanpa bergantung kepada JPA / MARA , mohon agar dapat dipercepatkan pembayaran yuran tersebut. Bagaimanapun, MedicMesir akan membantu urusan tangguhan bayaran yuran ini KHAS UNTUK TAHUN KEDUA. Untuk urusan makan, Universiti telah memaklumkan, perlepasan makan hanya boleh diperolehi setelah majoriti dari Tahun 1 dan surat sokongan MARA untuk Tahun 3 dan 4 diperolehi. Harap Bersabar ya !

6. Bagi Tahun ke 3 / 4, kepada mereka yang telahpun menerima wang tajaan khususnya pelajar JPA, sila buat bayaran se awal mungkin kepada pihak Universiti.

7. KHAS untuk pelajar Tahun 3 / 4, dibawah Tajaan MARA, memandangkan MARA mengambil masa yang lama untuk membayar yuran ke pihak universiti, maka MedicMesir telah berbincang dengan pihak MARA, Kuala Lumpur dan pihak Universiti. Satu surat dari pihak MARA akan dikeluarkan dan dihantar kepada pihak Universiti pada esok hari. Ini bagi mempastikan anak-anak Tahun 3/4 dibawah Tajaan MARA tidak terjejas dari mendapat makan dari pihak Universiti.

8. Memandangkan menurut Dekan, pihak Universiti tidak dapat berhubung dengan agensi lain. Oleh itu, borang ini boleh dimanfaat juga dan pengurusan untuk urusan yang sama akan dilanjutkan kepada pelajar-pelajar agensi lain juga (bagi yang memerlukan).

8. Untuk tujuan diatas, mohon pelajar Tahun 1 yang memohon tangguhan selepas 10hb Januari dan pelajar Tahun 3/4 tajaan MARA mengisi BORANG MAKLUMAN YURAN TANGGUHAN DAN TAJAAN MARA UNTUK TUJUAN KEBENARAN MAKAN.

9. Semoga usaha ini dipermudahkan. Semoga anak-anak MedicMesir dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk penyediaan Imtihan dan diberi kemudahan didalam setiap urusan dunia dan akhirat. Ameen.

Salam Sayang,
UmmiMM


1 comment:

  1. Jazakhillahu khiaran kasiraa diatas segala bantuan

    ReplyDelete