
Semoga semua anak-anak MM di Mesir sentiasa berada didalam pemeliharaan Allah swt. Ameen. Alhamdulillah, kuliah pun sudah bermula dan InshaAllah, momentum untuk berhadapan dengan imtihan FINAL bagi sesi 2010/2011 telah mula dirasai.
Pada awal sesi 2010/11, MedicMesir telah melancarkan peruntukan sebanyak 100,000LE untuk tujuan pembangunan akademik dan program pelajar http://www.medicmesir.com/2010/09/peruntukan-100000le-untuk-program.html. Alhamdulillah, peruntukan telah diMANFAAT SEPENUHNYA dan HABIS DIBELANJAKAN sehingga akhir Januari 2011.
1. EXCO disetiap muhafazah perlu mengadakan mesyuarat perancangan akademik masing-masing dan membentangkannya didalam mesyuarat bersama UmmiMM pada minggu hadapan. Hanya kertas cadangan yang dibentangkan didalam mesyuarat tersebut yang akan dipertimbangkan dan diluluskan didalam mesyuarat.
2. Peruntukan diluluskan mengikut cadangan muhafazah masing-masing. Oleh itu, pelajar diharap dapat memanfaatkan peruntukan yang diberikan dengan FOKUS terhadap program yang meningkatkan prestasi akademik.
3. FOKUS diberi kepada pelajar Tahun 1. Ini bagi memastikan prestasi dan kecemerlangan TERBAIK akademik Tahun 1 bagi memudahkan urusan tajaan.





























