Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday 13 February 2016

PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN MARA

KENYATAAN MEDIA
JAWAPAN BERKENAAN PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN MARA

12 Februari 2016 - YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Haji Musa, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuat kenyataan media mengenai perkembangan semasa program penajaan pendidikan MARA.

Matlamat utama program penajaan pendidikan MARA adalah untuk melahirkan teknokrat Bumiputera dalam pelbagai bidang untuk menyokong pembangunan negara.

Untuk pengetahuan semua, MARA sedang menaja lebih 75,000 orang pelajar di pelbagai peringkat dalam dan luar negara meiputi program persediaan (A-Level dan International Baccalaureate), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Professional, Sarjana dan Kedoktoran (PhD).


Ekoran daripada perkembangan semasa, suka saya nyatakan bahawa:
i. Semua pelajar-pelajar institusi Pendidikan MARA bagi kemasukan Julai/September 2015 dan Januari 2016 akan ditaja berdasarkan Socio Economic Status (SES) seperti berikut:
a. Pelajar dari keluarga berpendapatan sebanyak RM 8,000 sebulan dan ke bawah layak dipertimbangkan untuk menerima penajaan penuh meliputi yuran dan Elaun Sara Hidup (ESH).
b. Bagi pelajar dari keluarga berpendapatan melebihi RM 8,001 hingga RM 15,000 sebulan pula layak dipertimbangkan untuk mendapat sebahagian daripada penajaan sahaja, sama ada yuran pengajian atau Elaun Sara Hidup (ESH).
c. Untuk pelajar yang keluarga berpendapatan RM 15,001 ke atas pula hanya layak dipertimbangkan penajaan melalui program kerjasama MARA dan Bank-bank Tempatan.

ii. Bagi pelajar-pelajar Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) lain yang telah mendapat kemudahan penajaan pula, MARA akan meneruskan penajaan sehingga mereka menamatkan pengajian.

iii. Manakala, bagi pelajar baru IPTS 2016 MARA bersedia untuk terus membantu menguruskan penajaan bagi mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tertakluk kepada penyaluran peruntukan daripada Kerajaan.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar para pelajar untuk bersabar kerana proses penajaan ini akan disegerakan. Sesungguhnya MARA komited dan akan kekal menaja pendidikan Bumiputera terutama kepada mereka yang dari golongan yang memerlukan.
Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Haji Musa
Pengerusi MARA
12 Februari 2016

No comments:

Post a Comment