Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 25hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, 2 February 2016

KERAJAAN NEGERI SELANGOR - PINJAMAN PELAJARAN SESI 2016 DIBUKA


SHAH ALAM 1 FEB: Kerajaan Selangor mempelawa semua pelajar yang memenuhi kelayakan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor bagi Sesi Pertama 2016.

Pelajar boleh membuat permohonan secara atas talian bermula pada 1 Februari sehingga 29 Februari ini di laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/

.PinjamanSyarat kelayakan permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang terdiri daripada rakyat Selangor.

Pemohon juga adalah kelahiran di Selangor atau Ibu atau bapa lahir di Selangor; Atau pemohon bermastautin lebih lima tahun di Selangor dengan pengesahan daripada Adun, Penghulu, Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.

Kadar pinjaman ditawarkan adalah seperti berikut:

Kadar Pinjaman bagi setahujn adalah Ijazah (Perubatan) sebanyak RM7,000.00, Ijazah (lain-lain) RM6,500.00, Diploma RM4,900.00 dan Sijil RM4,000.00.

Link : http://bm.selangorku.com/89276/pinjaman-pelajaran-sesi-2016-dibuka/

No comments:

Post a Comment