- Kenali KELAYAKAN anda – anda perlu tahu tahap anda kelulusan anda sebelum memohon sesuatu agar anda tidak membazirkan masa memohon sesuatu yang pasti anda tidak akan dapat
- Kaji setiap SYARAT KELAYAKAN MINIMUM supaya anda tidak rugi memohon sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
- Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Bisnes? Sastera? Sains? Teknikal? – amat penting agar anda tidak tersilap langkah demi masa depan anda jua. Kebanyakan pelajar gagal adalah kerana mereka tidak meminati kursus yang mereka ambil.
- Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DENGAN DIRI ANDA – ramai yang tidak gemar berjauhan dengan keluarga dan ini boleh menyebabkan anda terganggu semasa belajar. Maka pilihlah tempat yang jauh atau dekat berdasarkan kemampuan anda menahan “homesick”.
- TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan BINCANGKAN dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda – minta pendapat mereka.
- Jangan sesekali ambil kursus yang anda TIDAK MINAT LANGSUNG kerana akan melemahkan semangat untuk belajar.
- KENALI KEMAMPUAN anda – jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan tetapi pastikan anda juga mencurahkan usaha yang 100%.
- Setelah mendapat keputusan tetapi masih keliru dan dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH – semoga ALLAH membantu anda.
FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:
- Pencapaian akademik pelajar
- Cita-cita (kerjaya)
- Minat dan keinginan sendiri
- Kehendak ibu bapa
- Pengaruh rakan sebaya
- Lokasi IPT dan pilihan program pengajian
Faktor pemilihan kursus boleh bergantung kepada semua yang di atas atau hanya 1 atau 2 sahaja yang berkaitan. Namun, harus diingat tiada siapa mempu memuaskan hati semua pihak. Perbincangan yang baik perlu terutamanya di kalangan ibu bapa yang bertentangan kehendak dengan anak-anak. Tolak ansur dan muafakat amatlah perlu agar tiada pihak yang akan menyesal di kemudian hari.
STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
- Tentukan aliran anda;
- Pastikan syarat minimum kursus tersebut mencukupi;
- Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan – letakkan pilihan pertama di atas sekali
- Pilihan program pengajian diperluaskan – jangan terlalu berharap kepada satu pilihan
- Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan
PANDUAN MEMILIH IPTS (Insitut Pengajian Tinggi Swasta):
- Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
- Kemudahan fizikal
- Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
- Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
- Bantuan kewangan – cuba dapatkan bantuan kewangan dari dana-dana negeri mahupun syarikat atau pertubuhan tertentu.
- Tanya rakan-rakan yang pernah belajar di situ.
- Kemudahan penginapan – pastikan selesa untuk dijadikan tempat tinggal anda buat jangka masa yang lama walaupun tidak mewah.
Artikel diambil daripada : http://www.xpresi.org/panduan-memilih-kursus-sebelum-memohon/
No comments:
Post a Comment