Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday, 22 November 2013

RAYUAN BERKELOMPOK TAJAAN JPA 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada perkara diatas serta dokumen yang telah diserahkan oleh anak-anak MedicMesir melalui wakil masing-masing pada minggu lepas di bumi Mesir.

2. Mohon sekiranya, sesiapa yang telah menghantar dokumen rayuan tersebut dapat mengisi borang di link ini. Ini bagi memastikan, MedicMesir dapat membuat semakan kali kedua dan bagi memastikan dokumen tidak hilang / tercicir.

3. Doa agar dipermudahkan segala urusan pengajian anak-anak dibumi Mesir dan dimana jua pun kalian berada. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Online Malaysian Medical Gazette



Alhamdulillah ! The birth of Online Malaysian Medical Gazette 

JOIN NOW ~ http://www.mmgazette.com/the-mmg-team-2/young-columnists-program/


Monday, 4 November 2013

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SKIM YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.


1. Posting ini merujuk kepada pengumuman mengenainya yang dijangka akan diumumkan hari ini, 4hb November 2013.


2.  Sila ambil makluman mengenai perkara diatas yang diambil dari laman web JPA.

Di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, adalah dimaklumkan bahawa keputusan permohonan Skim Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 2/2013 dijangka hanya akan diumumkan pada 15 November 2013 .



Rujukan http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php

3.  Harap maklum. Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak didalam menuntut ilmu. Ameen

Salam,
UmmiMM

Saturday, 26 October 2013

URUSAN 'REFUND' PELAJAR 'INTAKE 2013' - PLAN B

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada makluman mengenai nya yang diadakan di Fakulti Kejuruteraan, UPM Serdang pada pertengahan Ogos 2013.

2. Alhamdulillah, semua pelajar sesi 2013 yang memilih Pilihan A telah sampai dibumi Mesir untuk meneruskan pengajian didalam bidang masing-masing. Semoga dipemudahkan segala urusan pengajian mereka disana.

3. Bagaimanapun, MedicMesir memberi pilihan B kepada ibubapa/pelajar untuk memilih pengajian didalam Universiti tempatan pada pertengahan Ogos 2013. Seperti yang dimaklumkan, MedicMesir akan memulangkan sebahagian wang yang telah dibayar bagi mereka yang memilih Pilihan B ini. 

4. Oleh itu, LINK ini disediakan untuk mengumpulkan maklumat agar proses ini boleh dibuat. MedicMesir akan mengambil masa selewat-lewatnya 1hb Januari 2014 untuk menyelesaikan semua urusan ini.

5. Sila ambil maklum bahawa nama anak2 Sesi 2013 semua telah diluluskan dan masih ada di pihak Universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.  Oleh itu, Bagi pelajar yang 'last minute' berminat untuk meneruskan pengajian di bumi Mesir, InshaAllah, satu kumpulan terakhir akan bertolak pada 3hb November 2013 dengan penerbangan Egypt Air jam 955 malam.  Jika anda berminat, sila berhubung melalui email di medicmesir@gmail.com atau terus ke talian 019 6206167 (UmmiMM) untuk urusan lanjut. 

6.  Semoga dipermudahkan segala urusan anak2 untuk meneruskan pengajian dimanapun mereka berada. Semoga mereka menjadi anak2 yang berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

Salam,
UmmiMM




PERUNTUKAN JOM! MUMTAZ TAHUN 1 dan 2 SESI AKADEMIK 2013/14

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada perbincangan awal mengenai perlaksanaan JOM! MUMTAZ untuk sesi akademik 2013 / 14.

2.  Sila ambil maklum, bahawa 27hb Oktober 2013, jam 5 petang waktu Mesir adalah tarikh akhir penghantaran Kertas Cadangan serta belanjawan JOM! Mumtaz 2013 didalam format Microsoft Excel . Sila ambil maklum bahawa cadangan belanjawan yang tidak dihantar didalam format Excel akan terus ditolak.

3.  Sila ambil maklum, bahawa kertas cadangan ini perlu merangkumi semua kos yang dibenarkan dibawah JM iaitu:
a. Kos tenaga pengajar (100LE satu sesi)
b. Kos fotokopi 
c. Kos makan untuk setiap kelas JM (terhad Tahun 1)
d. Jaulah 1 kali selepas Imtihan (Tahun 1 dan 2)
e. Kos makan sempena Imtihan (Tahun 1 dan 2)

4.  Kos untuk E boleh di hantar kemudian.  Jumlah akan bergantung kepada penyertaan yang komited didalam JOM! Mumtaz.

5. Untuk anak2 Tahun 1, sila dapatkan nasihat dari seniors anda didalam perlaksanaan JOM! Mumtaz. Tiada lagi peruntukan akan dipertimbangkan selepas tarikh diatas. Segala permohonan peruntukan perlu diseleraskan oleh satu AJK HICOM yang merangkumi Tahun 1 dan 2.  

6. AJK JOM! Mumtaz sesi 2012 perlu menghantar akaun tahun lepas sebelum peruntukan yang baru dapat dikeluarkan. 

Harap Maklum dan semoga progam JOM! Mumtaz akan menjadi lebih lancar dan berjaya untuk tahun ini. Ameen:-)

Salam,
UmmiMM



Friday, 25 October 2013

MAKLUMAN PERMOHONAN TAJAAN JPA SESI JULAI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada permohonan tajaan JPA bagi sesi Julai 2013.

2. Alhamdulillah, dikongsikan dibawah beberapa perkembangan yang diperolehi dari pihak JPA. Diharap makluman ini sedikit sebanyak membantu anak2 membuat apa jua keputusan mengenai pengajian.

3. Sila ambil maklum bahawa:

a. Keputusan yang sepatutnya diumumkan hari ini telah ditunda kepada hari Isnin, 4hb November 2013. 
b. Alhamdulillah, penajaan masih diteruskan untuk anak2 yang ingin meneruskan pengajian di Mesir.
c. Penajaan hanya TERHAD kepada pengajian di Mesir SAHAJA dan tidak dibenarkan untuk pemindahan ke Malaysia sama sekali. Ini adalah STATUS buat masa kini.
d. JPA akan menarik balik tajaan jika didapati nama pelajar-pelajar yang berjaya mendapat penajaan JPA tetapi, sudah tiada di dalam senarai pelajar berdaftar di universiti Mesir. 
e. Pelajar yang mendapat MUMTAZ atau Jayyid Jiddan tidak perlu risau sekiranya permohonan didalam talian dan dokumen lengkap dihantar pada masa yang ditetapkan. InshaAllah.
f. Mengenai pengajian di Malaysia, JPA tidak menaja pengajian anak2 di IPTS , hanya di IPTA. Ini adalah kerana urusan tajaan dibawah kerajaan hanya dikelolakan oleh PTPTN.
g. Untuk urusan pemindahan kredit dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, JPA hanya menanggung baki yuran pengajian dan bukan yuran sepenuhnya seperti MARA. Urusan ini TERHAD kepada pelajar yang yang terdahulu dan bukan kepada permohonan yang akan diluluskan pada 1hb November 2013. Buat masa ini, jumlah pelajar yang menerima pemindahan melalui pemindahan kredit juga didapati amat minima. 

4. Segala pertanyaan, boleh berhubung dengan UmmiMM di talian 019 6206167 (sila sms jika talian sibuk) atau Cik Shikin di talian 03 8945 9030 atau di email medicmesir@gmail.com. Semoga dipermudahkan segala urusan anak2 meneruskan pengajian. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Sekian.

Salam,
UmmiMM




Friday, 4 October 2013

BORANG MAKLUM BALAS PILIHAN TEMPAT PENGAJIAN

Pelajar-Pelajar Tajaan JPA di Mesir

Sebagaimana Saudara/Saudari pelajar sedia maklum, YB Menteri Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan akhbar terkini pada 18 September 2013 berhubung pengajian di Mesir. Antara perkara yang dinyatakan di dalam kenyataan tersebut adalah :

"Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 18 September 2013 telah mengambil keputusan untuk membenarkan pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir yang memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dibolehkan melaksanakan pemindahan kredit berdasarkan prinsip "parallel" ("minus one rule") berdasarkan tahun pengajian secara "one-off". Penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan dan pergigian."

Bagi tujuan penyelarasan dan tindakan Jabatan ini seterusnya, sukacita para pelajar dimohon agar dapat mengisi borang maklum balas tempat pengajian di pautan ini :

Sila klik sini untuk borang maklumbalas.

Sekian, Terima Kasih.

Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Sumber :http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/mesir2013tempatPengajian.php

Thursday, 3 October 2013

RAYUAN AWAL TAJAAN JPA UNTUK PERMOHONAN SESI KEDUA 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada permohonan JPA pada bulan Julai 2013 seperti didalam LINK ini.

2. Seperti yang sedia maklum, keputusan tajaan JPA akan diumumkan pada 25hb Oktober 2013. Keputusan ini amatlah penting buat anak-anak yang mengharapkan tajaan JPA tersebut. 

3. Tajaan ini juga sekali gus, MUNGKIN, memberi peluang samada untuk anak-anak yang ingin meneruskan pengajian di Mesir, mahupun di Malaysia.

4. Untuk membantu MedicMesir membuat 'follow up' dan rayuan awal, mohon kerjasama semua pelajar MedicMesir yang memohon untuk mengisi BORANG MAKLUMAN dan RAYUAN JPA.  Buat masa ini, MedicMesir akan mengemukakan 'prioriti rayuan' kepada pelajar-pelajar mendapat Jayyid Jiddan dan MUMTAZ.  Bagaimanapun, pelajar selain dari itu digalak untuk mengisi borang ini. Rayuan ini akan dibuat melalui Persatuan. InshaAllah. Bagaimanapun, hak kelulusan adalah hak mutlak JPA.

5. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga Mesir kembali tenang bagi membolehkan anak-anak meneruskan pengajian dengan selesa. Ameen Ya Rab.

Salam,
UmmiMM

MAKLUMAN TAJAAN JPA / MARA UNTUK PELAJAR YANG MEMOHON PINDAHAN KREDIT

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. MedicMesir telah mendapat banyak pertanyaan dari ibubapa / pelajar berkaitan dengan persoalan samada pihak penaja terutamanya JPA / MARA masih meneruskan tajaan apabila anak-anak menyambung di Malaysia.
2. Bersama ini di kepilkan sedikit makluman dari mesyuarat di Kementerian Pendidikan Malaysia. Apa yang dinyatakan adalah satu keputusan kabinet Menteri. Ini merangkumi pelajar biasiswa mahupun pinjaman.  Bagaimanapun, sila berhubung dengan penaja masing-masing untuk perlaksanaan dan maklumat yang lebih terperinci.  Taklimat yang diadakan oleh pihak penaja adlah juga dirujuk.

3. Pelajar-pelajar diminta membuat penilaian yang terbaik didalam memilih samada menyambung di Malaysia atau meneruskan pengajian di Mesir. Sila ambil kira aspek silibus dan sistem di Malaysia, selain dari memikirkan isu keselamatan sahaja di Mesir. Semoga Allah berikan panduan buat semua. 

Semoga makluman ini bermanfaat. 

Salam,
UmmiMM

Friday, 27 September 2013

PENDAFTARAN 'DOCTOR OF DENTAL SURGERY' MAHSA UNIVERSITY - 28hb September dan 5hb Oktober 2013.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada permohonan pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti Program 'Doctor of Dental Surgery' (DDS) MAHSA University.  

2. Sila ambil maklum, surat tawaran serta makluman mengenainya telah dihantar ke email anda. 

3. Sila ambil maklum, pendaftaran akan bermula pada jam 10 pagi di Auditorium MAHSA, Petaling Jaya. InshaAllah, Dekan, Fakulti Pergigian, Professor Dato' Dr Nor'ain Abu Talib akan memberi sedikit sebanyak penerangan mengenai Program DDS di Mahsa University.

4. Untuk tujuan prosesan 'pindah kredit', semua dokumen pelajar akan dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) oleh pihak MAHSA. Ini adalah bagi membolehkan semakan dan pilihan penempatan dibuat mengikut pilihan tahun dan universiti.  Oleh itu, semua pelajar diminta untuk membawa 2 salinan untuk tujuan penghantaran ke KPM. Sila serahkan semasa pendaftaran dokumen-dokumen dibawah.
a. Salinan Kad Pengenalan;
b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
c. Salinan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi (jika ada);
d. Salinan surat tawaran daripada universiti di Mesir (jika ada);
e. Keputusan peperiksaan bagi setiap semester di Universiti di Mesir (jika ada);
f. Salinan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) (jika ada);
g. Salinan surat tawaran penajaan / pinjaman (jika ada);dan

h. Salinan surat tawaran IPT di Malaysia (jika ada).

5. Semua pelajar perlu membuat permohonan ONLINE
untuk pertimbangan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir (JPPPMM). Anda perlu memilih 'PERGIGIAN' dan 'MAHSA UNIVERSITY" sebagai pilihan. Salinan itu perlu dicetak dan diserahkan sekali dengan dokumen diatas.  Jika anda belum mendaftar, ianya boleh dibuat kemudian tetapi sebelum tarikh 1hb Oktober 2013 untuk membolehkan pihak Universiti menghantarkan nya ke KPM sebelum 8hb Oktober 2013.

6. Kepada pelajar yang baru memohon, sila laksanakan permohonan anda dengan kadar SEGERA di link BORANG PERMOHONAN DDS  ini.  Permohonan anda akan disemak kelayakan dan surat tawaran akan diemail kepada anda dalam masa 48 jam. Sila ambil maklum agensi selain dari MedicMesir juga boleh mengunakan khidmat ini secara percuma. Tetapi, TERHAD kepada jumlah tempat yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysia Dental Council

8. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Dr Ahmad 013 3061313  atau UmmiMM di 019 6206167.

9. Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak meneruskan pengajian di Malaysia.  

Salam,
UmmiMM

Thursday, 26 September 2013

MAKLUMAN PENERBANGAN PELAJAR SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada pelajar-pelajar sesi 2013 yang telah memilih PLAN A untuk meneruskan pengajian ke Mesir. 

2. PENGESAHAN KEBERANGKATAN 
a. Bersama ini adalah senarai penerbangan yang telah ditetapkan. Sila buat PENGESAHAN KEBERANGKATAN melalui LINK INI
b. Jika anda memilih PLAN A, tetapi tiada nama dalam list ini, sila berhubung dengan Cik Maimunah di talian 013 3023030.
c.  Jika anda memohon tiket zakat, sila sahkan nama anda didalam 'link' diatas.
d. Sila ambil ambil maklum, nama-nama yang tertera adalah mereka yang telah membayar sahaja.

3. BAYARAN. 
Semua pelajar yang masih belum menyelesaikan bayaran tiket diminta berbuat demikian sebelum jam 11 pagi, Jumaat 27 Sept 2013. 'Group Booking' ini akan dibatalkan terus sekiranya bayaran tidak dijelaskan.

4. TIKET BANTUAN ZAKAT
a. Bagi pelajar yang telah memohon bantuan tiket kapalterbang melalui zakat negeri, pilihan tarikh adalah berdasarkan tarikh keberangkatan MedicMesir iaitu 16 / 20 / 21hb Oktober 2013.

b. Semua yang telah memohon tajaan tiket Zakat Perak, sila emailkan surat kelulusan yang diperolehi untuk tindakan MedicMesir selanjutnya.

5. MAKLUMAT KEBERANGKATAN serta TIKET
Segala maklumat berkenaan keberangkatan dan tiket penerbangan akan dihantar melalui email untuk pelajar yang telah membuat pengesahan.

6. MedicMesir tidak berhajat untuk membuat sebarang taklimat sebelum berangkat. Tetapi, taklimat ringkas akan diadakan di KLIA antara jam 5-6 petang pada hari keberangkatan. Sila rujuk di email masing-masing. 

7. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Maimunah di talian 013 302 3030.

8.  Sila ambil maklum, sesiapa yang berhajat tidak meneruskan pengajian di Mesir amatlah dialu-alukan mendaftar untuk Program Asasi di MAHSA University pada jam 10 pagi, Sabtu, 28hb September 2013. Jika berminat sila hubungi Cik Shikin ditalian 019 3106167.  Bayaran pendaftaran boleh ditolak dari wang yang telah dibayar ke MedicMesir.

9. Berikut adalah senarai nama pelajar bersama tarikh penerbangan yang telah ditetapkan :

Tuesday, 24 September 2013

NASIHAT BERKAITAN RUMAH DI MESIR BAGI PELAJAR YANG BERHAJAT MENERUSKAN PENGAJIAN DI MALAYSIA.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang berhajat untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Dalam kesibukan menguruskan penempatan pengajian di dalam negara, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh mereka yang terlibat.

2. Semua pelajar diminta untuk cakna atas beberapa perkara dibawah:
a. Yuran tertunggak dengan pihak Universiti. 
b. Sewa rumah dan segala bil yang tertunggak.
c. Baki akad rumah yang belum sempurna.
d. Barang-barang perabut yang tinggal. Jika ingin diinfaqkan , sila maklum pada rakan anda, agar mudah untuk diselesaikan. Jika tiada rakan yang berminat, sila berhubung dengan pihak MM melalui 'link' ini untuk diinfaqkan kepada pelajar-pelajar lain.
e. Pengurusan barang-barang peribadi dan buku-buku yang hendak dibawa balik ke Malaysia.
f. Akhirnya, hutang piutang dengan 'ahli bait :-)

3. Untuk urusan 2e diatas, MM akan membantu menguruskan perkara tersebut dengan syarat ianya mestilah dimasukkan didalam kotak dengan kemas. Urusan kargo dari Mesir ke Malaysia akan mengunakan perkhidmatan kapal. Makluman terperinci akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

4.  Urusan ini perlu diselesaikan agar pelajar-pelajar yang pulang ke Malaysia tidak menyusahkan rakan-rakan lain.  Hubungan dengan tuan rumah Arab juga amat penting agar nama baik pelajar Malaysia terpelihara. 

Semoga Allah terima segala amalan kebaikan kita.

Salam,
UmmiMM

PANDUAN DAN PROSEDUR PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR YANG INGIN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI MALAYSIA

PANDUAN DAN PROSEDUR PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR YANG INGIN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI MALAYSIA
   
   
1. Pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir dibenarkan memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti tahun klinikal (tahun akhir pengajian di universiti di Mesir) bagi bidang perubatan dan pergigian.
   
2. Pelaksanaan pemindahan kredit bagi pelajar pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah mengikut prinsip “parallel” (minus one rule) berdasarkan tahun pengajian. Sebagai contoh, pengajian perubatan di universiti di Mesir mengambil masa enam (6) tahun, manakala pengajian perubatan di Malaysia mengambil masa lima (5) tahun. Oleh yang demikian, dari segi pelaksanaan, pelajar tahun empat (4) di universiti di Mesir adalah setara dengan pelajar tahun tiga (3) IPT di Malaysia. Justeru, pemindahan kredit ini membolehkan pelajar tahun empat (4) di universiti di Mesir meneruskan pengajian pada tahun tiga (3) di IPT di Malaysia. Pelaksanaan ini dibuat secara “one-off” iaitu khas untuk kumpulan yang menghadapi krisis Mesir 2013 sahaja. Manakala pelaksanaan pemindahan kredit bagi pelajar bidang pengajian Islam yang ingin mengikuti pengajian di IPT di Malaysia adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).
   
3. PERINGATAN : Sila ambil perhatian perkara-perkara berikut :-
i. Pastikan anda membaca panduan dan prosedur permohonan ini sebelum anda mengisi borang permohonan atas talian;
ii. Pastikan maklumat dan pemilihan yang diisi adalah betul dan muktamad sebelum anda menghantar (send) kerana maklumat yang telah dihantar (send) tidak boleh dipinda;
iii. Pastikan anda mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap kerana borang yang tidak lengkap tidak akan diproses;dan
iv. Pastikan pengesahan penerimaan dipaparkan secara atas talian setelah anda menekan butang hantar (send) sebelum dicetak.
   
4. Anda dikehendaki berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir (JPPPMM) dengan mengisi borang permohonan atas talian pada pautan berikut www.mohe.gov.my/j3p2m mulai 24 September 2013 jam 5.00 petang. Anda boleh menyemak senarai IPT di Malaysia yang menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam di pautan berikut senarai IPT di Malaysia. Permohonan atas talian ditutup pada 8 Oktober 2013 jam 12.00 tengah hari.
   
5. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak serta dikepilkan dengan dokumen sokongan (yang telah disahkan) seperti berikut:
 
a. Salinan Kad Pengenalan;
b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
c. Salinan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia (sila rujuk pautan kelayakan MQA );

http://www.mqa.gov.my/portal2012/dokumen/SENARAI%20NILAI%20TARAF%20KELAYAKAN%20AKADEMIK%20LUAR%20NEGARA%20PERINGKAT%20MENENGAH_20120711.pdf

d. Salinan surat tawaran daripada universiti di Mesir (jika ada);
e. Keputusan peperiksaan bagi setiap semester di Universiti di Mesir (jika ada);
f. Salinan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) (jika ada);

g. Salinan surat tawaran penajaan / pinjaman (jika ada);dan
h. Salinan surat tawaran IPT di Malaysia (jika ada).

   
6. Anda perlu mengemukakan borang permohonan atas talian yang telah dicetak berserta dengan dokumen-dokumen sokongan kepada JPPPMM selewat-lewatnya pada 09 Oktober 2013 sebelum pukul 12.00 tengah hari di alamat berikut.
  Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
   
7. Syarat minimum kelayakan akademik bagi penempatan pelajar di IPTA untuk kursus pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- atau A2 dalam sembilan (9) subjek di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Moden, Matematik Tambahan dan satu daripada mana-mana subjek dalam SPM SERTA mendapat sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan dalam keputusan semasa di universiti di Mesir.
   
8. Bagi pelajar yang mengambil peperiksaan ulangan dan masih belum mendapat keputusan peperiksaan, penentuan tahun kemasukan ke IPT di Malaysia akan ditentukan oleh JPPPMM.
   
9. Keputusan berjaya atau gagal bagi pemilihan pelajar untuk meneruskan pengajian di IPT di Malaysia adalah ditentukan oleh JPPPMM dan keputusan adalah muktamad.
   
10. Bagi sebarang pertanyaan, para pelajar boleh menghubungi Bilik Operasi KPM di talian hotline 03-8870 6611 dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Pertanyaan juga boleh dibuat melalui e-mel : egyptcrisis@mohe.gov.my, facebook: https://www.facebook.com/pages/StudentWorld/207845832591425

Rujukan https://www.mohe.gov.my/j3p2m/


Thursday, 19 September 2013

URUSAN 'PINDAH KREDIT' PELAJAR 'PREDENTAL / TAHUN 1' PROGRAM PERGIGIAN KE MALAYSIA

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada permohonan pindah kredit pelajar pergigian. Usaha ini khas kepada pelajar Program Pergigian yang telah menamatkan preDental dan Tahun 1.

2. Semua pelajar perlu memohon di portal KPM seperti yang dimaklumkan didalam posting awal. Permohonan melalui KPM hanya akan dibuka bermula 24 September 2013 sehingga 8 Oktober 2013.

3. Bagi pelajar yang telah membuat keputusan untuk tidak kembali ke Mesir atau sedang meninjau peluang penempatan yang ada di Malaysia, mohon jika dapat mendaftar di link ini MAKLUMAN PELUANG PINDAH KREDIT PELAJAR PERGIGIAN MESIR. MedicMesir akan menghubungi anda atas segala makluman terkini atau peluang yang sewajarnya dikongsi.  Ini adalah kerana tempat yang terhad untuk program pergigian di Malaysia. Dalam masa yang sama, pelajar perlu memastikan Universiti di tempatan adalah terbaik yang mungkin dan tidak sekadar menerima tawaran yang ada.

4. Pelajar yang telah membayar deposit pendaftaran akan termasuk didalam senarai PRIORITI. Refund hanya dibenarkan kepada yang membatal sebelum dokumen dihantar atau jika diluluskan oleh MDC.

5. Mohon kongsikan dengan rakan-rakan. Doa kita agar segala urusan dipermudahkan Allah swt.  

Salam,
UmmiMM

PELAJAR MESIR BOLEH SAMBUNG PENGAJIAN DALAM NEGARA

Putrajaya: Pelajar Malaysia dari universiti Mesir dibenarkan menyambung pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan sama ada awam atau swasta, berikutan pergolakan di negara itu dijangka berlarutan dan tidak berakhir dalam masa terdekat.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ia dilaksanakan melalui pemindahan kredit berdasarkan prinsip selari, ‘minus one rule’ (peraturan tolak satu) berdasarkan tahun pengajian secara sekali saja (one off).

“Ini bermakna kalau mereka (pelajar berada di) tahun empat di Mesir mereka memasuki tahun tiga di negara kita, kalau bidang perubatan di Mesir programnya enam tahun, jadi di Malaysia lima tahun sebab di Mesir tak ada program matrikulasi.

“Tawaran ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam, bagaimanapun ia tidak membabitkan pelajar yang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan dan pergigian,” katanya pada sidang media selepas majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), semalam.

Idris berkata, pemindahan kredit bagi bidang pengajian Islam pula perlu mengikut syarat ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Beliau berkata, kementerian juga berbincang dengan badan profesional termasuk Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi Malaysia supaya menambah kuota iaitu dengan menaikkan nisbah pelajar iaitu satu pensyarah untuk lapan pelajar (1:8) berbanding satu pensyarah bagi empat pelajar (1:4), sebelum ini. Menurutnya, kementerian turut meminta penaja seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakya (MARA) dan agensi kerajaan negeri supaya membantu pelajar yang memilih menyambung pelajaran dalam negara dari segi pembiayaan.

Malah katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga dibenarkan memberi pinjaman maksimum RM150,000 bagi setiap pelajar.

“Bagi melicinkan pengurusan pengajian pelajar meneruskan pengajian di IPT tempatan, satu jawatankuasa dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir ditubuhkan bagi merancang, menyelaras dan mengurus hal berkaitan pengurusan pengajian serta pemindahan kredit ini,” katanya.

Pelajar yang berminat boleh memohon menerusi http://www.moe.gov.my atau berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir di Kementerian Pendidikan, Presint 5, di sini mulai 24 September sehingga 8 Oktober depan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelajarMesirbolehsambungpengajiandalamnegara/Article/index_html

URUSAN NOC PELAJAR- PELAJAR TAHUN 2 KEATAS

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini adalah lanjutan dari pertemuan Agensi Penghantaran serta wakil IbuBapa/ Pelajar bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) pada 10hb September 2013. 

2. Antara perkara yang dibangkit kan adalah isu NOC. Alhamdulillah, Pengarah, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, KPM, Tn. Hj. Ibrahim Bin Ali dengan jelas memaklumkan bahawa pihak KPM tiada halangan untuk mengeluarkan NOC kepada semua pelajar dengan syarat minima 'Jayyid' didalam peperiksaan terkini. 

3. Ini adalah PELUANG bagi pelajar-pelajar yang mempunyai C didalam SPM sebelum ke Mesir pada tahun 2012 dan sebelumnya. Ini adalah kerana pihak KPM akan mengenakan sekatan serta peraturan yang lebih ketat untuk pelajar yang ada C untuk Sesi 2013.

4. Status terkini, ada pelajar yang mendapat keputusan 'Jayyid' yang telah berjaya mendapat NOC, dan ada yang masih belum berjaya mendapatkannya. Kita juga faham bahawa pihak KPM amat sibuk dengan pelbagai urusan pelajar-pelajar Mesir buat masa ini.  

5. Untuk menyelesaikan hal ini, MedicMesir akan mengemukakan rayuan berkelompok kepada pihak KPM. Ini bagi memastikan urusan NOC ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat.  

6. TINDAKAN PELAJAR
a. Mohon sekiranya, sesiapa yang masih belum menghantar permohonan agar menghantarnya terus kepada pihak KPM. Mohon jangan dihantar kepada MM. Borang boleh dipos atau serahan tangan.
b. Download borang disini.
c. Mohon isi BORANG RAYUAN BERKELOMPOK untuk urusan MM selanjutnya.
d. Sila isi sebelum 27hb September 2013.

7. Mohon agar dapat dihebahkan kepada semua yang terlibat. Rayuan ini perlu dibuat oleh semua pelajar dan bukan terhad kepada pelajar tahun 2 sahaja. Doakan agar dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Salam,
UmmiMM






Wednesday, 18 September 2013

KENYATAAN MEDIA KPM MENGENAI URUSAN PINDAH KREDIT

Assalamualaikum wbth

Sila ambil maklum kenyataan media dibawah. Ini selari denga taklimat-taklimat yang telah diadakan oleh MedicMesir. Pelajar-pelajar yang layak dan berhajat mendapatkan penempatan di Malaysia diseru untuk mengambil kesempatan ON OFF ini.

Saalam,
UmmiMM
----------------------------------------------------------

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MENGENAI PENGURUSAN RISIKO BAGI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR 
DALAM BIDANG PERUBATAN, PERGIGIAN, 
FARMASI DAN PENGAJIAN ISLAM

18 SEPTEMBER 2013


1. Kemelut politik yang melanda negara Mesir sejak akhir bulan Jun 2013 hingga kini telah mencetuskan keadaan yang tidak stabil sehingga mewujudkan ketidaktentuan dalam pelbagai aspek. Memandangkan Mesir merupakan salah satu destinasi utama bagi pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke luar negara, maka kemelut ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap ibu bapa dan para pelajar daripada aspek keselamatan. 

2. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan evakuasi pelajar secara sukarela mulai 21 Ogos 2013 dan membawa pulang seramai 2,791 orang. Selebihnya telah pulang bercuti di Malaysia sebelum Ops Piramid 2 dijalankan. Masih terdapat seramai 583 orang yang tidak pulang atas sebab-sebab tertentu seperti akademik dan peribadi.

3. Berdasarkan tinjauan lapangan ke Mesir oleh pasukan khas yang diketuai oleh YB Menteri Pendidikan II pada 24 hingga 26 Ogos 2013, pergolakan di Mesir akan berlarutan dan tidak akan berakhir dalam jangka masa terdekat. Sehubungan itu, Kerajaan telah mengambil beberapa tindakan bagi memberi alternatif kepada pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian di IPT di Malaysia. 

4. Susulan daripada pertemuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan para ibu bapa dan pelajar-pelajar pada 12 September 2013, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 18 September 2013 telah mengambil keputusan untuk membenarkan pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir yang memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dibolehkan melaksanakan pemindahan kredit berdasarkan prinsip “parallel” (“minus one rule”) berdasarkan tahun pengajian secara” “one-off”. Penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan dan pergigian.

5. Bagi pemindahan kredit bidang Pengajian Islam pula adalah mengikut syarat yang ditetapkan oleh Malaysian Quality Assurance. 

6. Bagi melicinkan pengurusan pengajian pelajar yang akan meneruskan pengajian di IPT di Malaysia, maka satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi yang turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia, Lembaga Farmasi Malaysia dan agensi penaja Kerajaan Persekutuan serta Negeri. Jawatankuasa ini berfungsi bagi merancang, menyelaras dan mengurus hal-hal berkaitan dengan pengurusan pengajian dan pemindahan kredit berdasarkan prinsip “parallel” (“minus one rule”) seperti dinyatakan di atas.
7. Semua pelajar Malaysia di Mesir yang berminat bagi meneruskan pengajian di IPT di Malaysia adalah dipohon untuk berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir di Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula 24 September 2013 sehingga 8 Oktober 2013 atau melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:
(http://www.moe.gov.my/)

8. Bagi tujuan ini para pelajar juga dipohon untuk membawa bersama-sama sijil-sijil akademik dan salinan keputusan peperiksaan.

9. Pihak Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan alternatif kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di IPT di Malaysia tetapi tidak menghalang pelajar-pelajar yang memilih untuk melanjutkan pengajian mereka ke Mesir.

10. Bagi sebarang pertanyaan, para pelajar boleh menghubungi Bilik Operasi KPM di talian 03-8870 6611 dan 03-8870 6627 dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Pertanyaan juga boleh melalui e-mel : egyptcrisis@mohe.gov.my, atau facebook: https://www.facebook.com/pages/StudentWorld/207845832591425. 

Kementerian Pendidikan Malaysia
18 September 2013

Sunday, 15 September 2013

URUSAN PINDAH KREDIT

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini adalah lanjutan dari pertemuan IbuBapa/ Pelajar bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) pada 12hb September 2013. Sila ambil maklum, MM akan mengadakan penjelasan lanjut pada hari ini, Ahad, 15hb September 2013 di Kota Bharu dan esok, Isnin, 16hb September 2013 di Auditorium, MAHSA University.

Najib umum penubuhan Dana Pendidikan MARA RM1 bilion


SESI 2 JAM BERSAMA MM MENGENAI PELBAGAI ISU MESIR

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Atas permintaan ramai, MM akan mengadakan sesi 2 jam bagi menerangkan beberapa isu yang berkaitan dengan pengajian anak-anak di Mesir. Penjelasan ini khusus kepada anak-anak Sesi 2013 dan lepasan Tahun 1 dan 2 yang masih belum mendapat mana-mana tajaan. 

2. Antara isu yang akan diperjelaskan adalah :-
a. Pandangan terkini Kementerian Pendidikan Malaysia dan penaja.
b. Isu Pindah Kredit. Tatacara permohonan. Harapan serta realiti. 
c. Penjelasan mengenai isu tajaan samada meneruskan pengajian di Malaysia atau di Mesir.
d. Panduan bagi yang berminat menyambung pengajian di Malaysia.
e. Tatacara keselamatan bagi pelajar yang akan kembali ke Mesir.

3. Sesi yang telah ditetapkan adalah:-

Zon Pantai Timur
Ahad , 15hb September 2013, 11-1 tghri
Juita Inn, Kota Bharu, KELANTAN

Zon Tengah
Isnin, 16hb September 2013, 10-12 tghri
Dewan Auditorium, MAHSA UNIVERSITY, PJ
(sebelah Hospital Universiti)

Zon Utara
Akan di maklumkan kemudian.

4. Segala pertanyaan sila hubungi Dr Ahmad Rodzi di talian 013 3061313.  Diharapkan sesi penerangan ini akan memberi pencerahan kepada anak-anak dan ibubapa yang terlibat untuk membuat satu keputusan yang terbaik. InsyaAllah.

Salam,
UmmiMM

Saturday, 14 September 2013

PENDAFTARAN KE PROGRAM FOUNDATION dan MBBS MAHSA UNIVERSITY ~ ISNIN, 16hb SEPTEMBER 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting adalah merujuk kepada semua pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti program foundation/asasi sains atau MBBS Tahun 1.  

2. Sila ambil maklum, MAHSA akan mengadakan
pendaftaran khas untuk pelajar perubatan MESIR pada hari Isnin, 16hb September 2013 bermula jam 10-12 tghri. Pendaftaran ini terbuka kepada semua agensi (tidak terhad kepada MM sahaja). Mohon hebahkan kepada yang berminat.

2.Program Asasi Sains adalah terbuka kepada:

a. Pelajar lepasan SPM yang belum ke Mesir dan berhajat untuk meneruskan pengajian di Malaysia. (Intake 2013)
b. Pelajar lepasan SPM yang sudah ke Mesir, tahun 1 Sesi 2012/13, tanpa Foundation / Matrikulasi, tetapi mempunyai ujian ulangan Tahun 1. Ini adalah kumpulan pelajar yang bercadang untuk tidak kembali ke Mesir dan memulakan 'Foundation' di dalam negara.
c. Syarat kemasukan TIADA C didalam 4+1 sabjek utama
d. Yuran Pendaftaran adalah RM1,520
e. Yuran Pengajian adalah RM12,000 (dibayar mengikut 2 semester). 
f. Yuran tidak termasuk asrama. Asrama adalah RM240 sebulan.
g. Buat masa ini terdapat 100 tempat kekosongan.

Friday, 13 September 2013

MAKLUMAN KHAS dan PENGESAHAN KEBERANGKATAN UNTUK PELAJAR BARU SESI PENGAJIAN 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Ini adalah makluman rasmi bahawa MedicMesir akan meneruskan penghantaran pelajar2 baru Sesi 2013/14 ke Mesir.  Usaha ini adalah bagi memenuhi permintaan ibubapa/pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di bumi Mesir dan disokong dengan beberapa faktor lain. 

2. Tarikh keberangkatan yang telah ditetapkan adalah pada 17, 18 dan 19hb Oktober 2013. Pelajar akan menaiki pesawat Egypt Air.  Pelajar perlu berkumpul di KLIA pada jam 5 petang pada tarikh yang ditetapkan. Setakat ini seramai 200 dari 350 pelajar berminat meneruskan PLAN A. Bakinya, telah menerima pilihan B.

PERKONGSIAN MAKLUMAN MAJLIS PERJUMPAAN Kementerian Pendidikan Malaysia serta badan professional dengan IbuBapa pelajar Mesir (12hb September 2013)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. 


2. Posting ini merujuk kepada perjumpaan diatas dan dikongsi maklumat ini terutamanya bagi IbuBapa serta pelajar yang tidak dapat hadir.

Thursday, 12 September 2013

PERMOHONAN PINDAH KREDIT MELALUI MEDICMESIR UNTUK UNIVERSITI PILIHAN

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. 



2. Posting ini merujuk kepada permohonan pindah kredit yang telah dihantar melalui MedicMesir.  Sila ambil maklum beberapa perkara dibawah:

Wednesday, 11 September 2013

MAKLUMAN MESYUARAT AGENSI PENGHANTARAN PELAJAR KE MESIR / WAKIL IBUBAPA DI KPM 10/9/2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. 



2. Beberapa maklumat yang telah dibincangkan adalah:

a. ISU FAIL PELAJAR (Tumpuan banyak mengenai permasalahan fail di Zagazig)

TINDAKAN: Setiap agensi diminta menyenaraikan nama-nama pelajar yang terlibat dan menyediakan dokumen berpatutan untuk tindakan pihak KPM /EME.

b. ISU KESELAMATAN / PENGAJIAN / PINDAH KREDIT 

MAKLUMAN: Akan diterangkan didalam majlis 12hb September 2013 di KPM. Buat masa ini, pihak Menteri telah membuat satu keputusan setelah perbincangan yang diadakan dengan pihak MKN pada petang 10hb September 2013.

c. ISU KELAYAKAN ke MESIR : ISU C DIDALAM SPM

MAKLUMAN: Untuk kes pengambilan 2012 dan terdahulu, perkara ini akan diselesaikan dan pelajar yang memperolehi Jayyid akan layak menerima NOC. Untuk tahun 2013, pihak KPM akan mengubah sistem pendaftaran dan tidak lagi membenarkan pelajar C. Pihak KPM akan mengetatkan kemasukan sesi 2013 dengan memastikan pihak Universiti hanya menerima pelajar dari pihak MOHE Egypt mengikut senarai yang diterima oleh EME.

d. ISU PENIPUAN SIJIL SPM atau TERJEMAHAN SPM

MAKLUMAN: KPM melalui agensinya di Mesir , EME telah mengenalpasti 45 permohonan yang mengunakan sijil / terjemahan SPM yang telah dipalsukan. Pemalsuan ini adalah untuk membolehkan 'permohonan pelajar' yang mempunyai SPM yang 'tidak layak' mengikut syarat KPM kepada 'layak'. Penipuan ini masih didalam siasatan KPM.

e. KEBERANGKATAN PELAJAR BARU

MAKLUMAN: KPM berjanji akan membuat makluman rasmi semasa perjumpaan pada 12hb September 2013.

Semoga maklumat ini sedikit sebanyak membantu. 


Salam,

UmmiMM


Saturday, 7 September 2013

PENDAFTARAN FOUNDATION DAN MBBS TAHUN 1 di MAHSA – 8hb September 2013


Bismillahirahmanirrohim,
Assalaamualaikum wbth.

Alhamdulillah…Preview dan Pendaftaran pada hari ini 7hb Sept. di Mahsa telah selesai dan akan disambung besuk 8hb. Sept. 2013

1.         Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk hadir pada Preview dan Pendaftaran tersebut, anda masih boleh mendaftar pada:
Tarikh : 8hb SEPT. (AHAD )
Jam :  2 pm. 
Lokasi : MAHSA UNIVERSITY
Ini di khususkan kepada program FOUNDATION dan TAHUN 1 MBBS.  Program Dentist telah pun penuh.

2.         Bayaran deposit bagi program MBBS tahun 1 ialah RM2620 dan deposit Foundation ialah RM1520.  Mereka yang tamat Tahun 1 dan mempunyai kelulusan Matriks/Asasi pointer > 3.0 serta tiada C dalam 5 subjek SPM (Bio, Fiz, Kimia, Maths/Add Maths, dan BI/BM,dll) layak untuk terus mendaftar program MBBS Tahun 1 (tanpa perlu kelulusan MMC).  Program Orientasi bermula Isnin keesukannya. Bayaran boleh dibuat terus ke MAHSA secara tunai, cek atau Visa.

3.         Bayaran asrama bergantung kepada pilihan bilik dan perlu di bayar in-advance untuk 6 bulan.

Mudah2an membantu bagi mereka yang telah mengambil keputusan untuk memilih Plan B.

Wassalam dan terimakasih.
Dr. Ahmad

KAJIAN TINJAUAN: MINAT PELAJAR MALAYSIA DI MESIR/PELAJAR BAHARU MENYAMBUNG PENGAJIAN DI MALAYSIA


{KAJIAN OLEH KPM}
TERKINI 7 SEPTEMBER 2013

KAJIAN TINJAUAN: 
MINAT PELAJAR MALAYSIA DI MESIR/PELAJAR BAHARU MENYAMBUNG PENGAJIAN DI MALAYSIA

Mohon kerjasama semua pelajar yang menuntut di Mesir/ pelajar baharu untuk mengisi survey di bawah sebagai input kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih semua dan semoga ia akan memberi manfaat di kemudian hari..

https://docs.google.com/forms/d/11P7P7GO8rAFhVIUTyprWaal_8iRC5NU7hh5X0We-Iko/viewform

Friday, 6 September 2013

PENDAFTARAN PROGRAM PERGIGIAN DI LINCOLN



Bismillahirahmanirrohim,
Assalaamualaikum wbth.

1.  MedicMesir telah mendapat quota tambahan untuk program pergigian di Lincoln Universiti.  (Sila ambil maklum tempat di MAHSA telah pun penuh).

2.  Pendaftaran bagi mereka yang layak untuk terus ke Tahun 1 akan di buat di Lincoln University di Mayang Plaza, Block A, No 1 Jalan SS 26/2, Taman Mayang Jaya, Petaling Jaya.

Tarikh Pendaftaran : Selasa, 10hb Sept. 2013
Jam : 10 pagi.

3. SIla daftar jika masih belum berbuat demikian pada borang yang terdapat dalam posting terdahulu.  Klik di sini jika masih belum di isi.

Kelayakan Minima:

i. SPM: 5 credits with 4 Bs in Biology, Physics, Chemistry, Mathematics / Additional Mathematics and another subject. Credit in BM and BI AND STPM: Grade B each in Biology, Chemistry and Physics / Mathematics

ii. Foundation in Science or Pre-Medical Course: CGPA 3.0 in Biology, Chemistry, Physics / Mathematics

iii. Government Matriculation CGPA 3.0 in Biology, Chemistry Physics or Mathematics.

Dr. Ahmad

PREVIEW DAN PENDAFTARAN FOUNDATION DAN MBBS Tahun 1 DI MAHSA - 7hb SEPTEMBER


Bismillahirahmanirrohim,
Assalaamualaikum wbth.


1.  Preview dan Pendaftaran Progam Foundation / Perubatan di MAHSA Universiti akan dibuat besuk 7hb Sept. bermula jam 10am.  Sila rujuk posting terdahulu untuk dapatkan peta lokasi.

2.  Pendaftaran adalah di khususkan bagi mereka yang layak untuk masuk ke Tahun 1 MBBS yang tidak perlu kelulusan MMC.  Sila pastikan anda telah mendaftar secara online dan membuat bayaran deposit.  Lihat posting terdahulu. Atau KLIK DISINI jika masih belum.

3.  Sila bawa salinan KP, SPM dan slip peperiksaan Tahun Pertama dari Egypt.

4. Bagi mereka yang telah menjelaskan bayaran penuh, dan menerima PLAN B (yakni menolak PLAN A), mereka tidak perlu lagi membuat bayaran deposit.  Walaubagaimana pun bayaran asrama akan dikenakan mengikut pilihan.  Dicadangkan untuk penempatan 3 orang sebilik.

5. Pelajar dari agensi lain juga di jemput hadir ke preview ini.

6. Pelajar yang mengambil keputusan untuk membuat kredit transfer boleh juga hadir untuk program preview ini.  Urusan kredit transfer akan diuruskan oleh MM dan universiti berkenaan.

Terimakasih.
Dr. Ahmad

PERMOHONAN KEMASUKAN PENEMPATAN DI MALAYSIA UNTUK PERUBATAN / PERGIGIAN dan PERMOHONAN PINDAH KREDIT BAGI INTAKE 2012 DAN TERDAHULU.

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. 

2. Seperti yang dimaklumkan pada perjumpaan 31hb Ogos 2013 mengenai perkara yang sama. Sila rujuk kepada link makluman yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM) bertarikh 30hb Ogos 2013. Baca link makluman lengkap disini.
http://mmc.gov.my/v1/docs/Kelonggaran_Pindah_Kredit_Pelajar_Mesir_30_Ogos_2013_(1).pdf

3. Berikut ada beberapa makluman penting didalam Kelonggaran Pindah Kredit Pelajar Mesir yang dimaksudkan iaitu:-

a. KUMPULAN PERTAMA : Memenuhi kriteria kelayakan minima 
a.a~ Minima B didalam 5 sabjek SPM ( Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Moden atau Matematik Tambahan dan satu lagi sabjek lain)
a.b ~Minima CGPA 3.0 didalam Asasi sains / matrikulasi / foundation
STATUS : 
i. Boleh memasuki Tahun 1 tanpa perlu kelulusan MPM. Kumpulan ini diberi keutamaan oleh pihak Universiti.
ii. Boleh mohon ke Tahun 2 dan seterusnya dengan mendapat kelulusan MPM terlebih dahulu.
------------------------------------------------------

b. KUMPULAN KEDUA : TIDAK MEMENUHI KRITERIA a.a dan a.b diatas
b.a ~Ini merujuk kepada pelajar yang ingin memasuki Tahun Pertama di Malaysia tetapi tidak mematuhi kriteria a.a dan a.b.
Contoh:
- Syarat masuk ke IPT Malaysia perlu kepada hanya 5 sabjek yang minima B dan memperolehi CGPA minima 3.0 didalam asasi / foundation / matrikulasi. Tetapi, kemasukan ke Mesir mengunakan SPM dengan 8 sabjek minima B 

b.b ~ Bagaimanapun, pelajar telah LULUS TAHUN 1 tanpa sebarang ujian ulangan Tahun 1.

STATUS
1. Boleh memasuki Tahun 1 dengan kelulusan MPM
2. Pelajar perlu memohon melalui MM. Universiti dan MM akan membantu mendapatkan kelulusan MPM. Segala urusan dengan pihak Universiti di Mesir dari segi surat menyurat akan diuruskan oleh MM.
-------------------------------------------------------
c. TINDAKAN SEGERA BAGI YANG BERMINAT

c1. Daftar ONLINE melalui MM dan buat bayaran DEPOSIT. Dipulangkan jika gagal mendapat tempat. 
c2. MM akan menguruskan Surat Tawaran Universiti Pilihan
c3. Tempat adalah TERHAD (mengikut jumlah yang telah dibenarkan oleh MPM sebelum ini). Oleh itu, siapa cepat, dia dapat.
c4. MM akan bekerjasama dengan pihak Universiti di Mesir dan di Malaysia untuk menyediakan dokumentasi.

------------------------------------------------------
d. PROGRAM YANG DITAWARKAN


d1. Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery ~ MBBS Tahun 1
(Syarat kemasukan ~ minima 3.0 didalam matrikulasi atau asasi sains / foundation )

d2. Bachelor of Dental Surgery ~ BDS Tahun 1
(Syarat kemasukan ~ minima 3.0 didalam matrikulasi atau asasi sains / foundation )

Pelajar yang memenuhi syarat b dan c diatas akan diuruskan tajaan MARA  

4. PILIHAN UNIVERSITI

a. Alhamdulillah, MedicMesir telah memutuskan untuk menempatkan pelajar-pelajar ke  2 Universiti iaitu :
i. MAHSA UNIVERSITY 
ii. KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN)

b. Pendaftaran Universiti

MAHSA UNIVERSITY 
i. PREVIEW pada 7hb September 2013, jam 10 pagi -12 tghri.
ii.Bagi pelajar yang berminat anda boleh mendaftar terus ke asrama (dalam lokasi yang sama)
iii. 3 Program ditawarkan ~ Perubatan / Pergigian / Farmasi
iv. Memandangkan pendaftaran MBBS bermula Sabtu (7hb September 2013), Maka adalah digalakkan pelajar dari Kumpulan Pertama memilih MAHSA UNIVERSITY. Manakala, yang memerlukan proses 'pindah kredit' memilih KUIN. Ini membolehkan kelulusan MPM diterima sebelum hari Pendaftarn KUIN pada 29hb September 2013.

iv. Alamat preview; MAHSA UNIVERSITY (Jalan Elmu off Jalan Universiti, 59100 KL) ~ Sebelah Hospital Universiti.


KUIN
i. Tiada sebarang PREVIEW diadakan. Pendaftaran terus akan diadakan pada 29hb September 2013 (Ahad) jam 10 pagi -12 tghri.
ii. Hanya 1 program sahaja iaitu ~ Perubatan Tahun 1 dan 2.

d. KUOTA PENEMPATAN
Tempat adalah TERHAD, tetapi cukup untuk semua pelajar MM Intake 2013. Tempat lebihan akan diberikan kepada agensi lain yang berminat.

e. BORANG PINDAH KREDIT
Pelajar yang berminat untuk program diatas, sila isi dan hantar Borang Pindah Kredit berserta dokumen sokongan dan ISI BORANG PENDAFTARAN dibawah. 

Sila hantar sebelum 9hb Sept. 2013


f. BORANG PENDAFTARAN (klik link ini)
MBBS / MDC  - Wang Deposit sebanyak RM2620 
FARMASI - Wang Deposit sebanyak RM 2120
Foundation - RM1520

- Sila buat bayaran di akaun: CampusCity Management (Maybank - 512802506800). Sila fax resit ke 03 89423827 atau email ke medicmesir@gmail.com dengan menyatakan NAMA PELAJAR / NO HP dan PROGRAM. Jabatan akaun MM akan terus menghubungi anda sebaik penerimaan slip berkenaan.
- MM akan menyerahkan wang deposit ini kepada Universiti berkenaan dan resit akan dikeluarkan oleh pihak Universiti melalui MM pada hari Sabtu 7hb Sept. (Mahsa) atau pada 29hb Sept. (KUIN). InshaAllah. 


g. JAMINAN TEMPAT
Sesiapa yang mendaftar online dan membayar deposit akan dijamin tempat. Bagi mereka yang membayar selepas kuota ini penuh akan dimaklumkan dan wang anda akan dipulangkan.  Pelajar boleh juga hadir terus ke hari PREVIEW MAHSA pada Sabtu, 7hb September 2013. Tetapi, penempatan bergantung kepada kekosongan.

h. Urusan selanjutnya
i. Urusan MM dalam hal ini TERHAD kepada mendapatkan tempat / pindahan kredit dan tajaan MARA.  
ii. Sekiranya tiada lagi tempat di dua buah universiti pilihan diatas, pihak MM akan mengusahakan tempat ke universiti yang lain.
iii. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Dr Ahmad Rodzi di talian 0133061313

Semoga usaha ini mendatangkan manfaat. Semoga dipermudakan segalanya.


Salam,
UmmiMM