Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.
1. Posting ini merujuk kepada permohonan tajaan JPA bagi sesi Julai 2013.
2. Alhamdulillah, dikongsikan dibawah beberapa perkembangan yang diperolehi dari pihak JPA. Diharap makluman ini sedikit sebanyak membantu anak2 membuat apa jua keputusan mengenai pengajian.
3. Sila ambil maklum bahawa:
a. Keputusan yang sepatutnya diumumkan hari ini telah ditunda kepada hari Isnin, 4hb November 2013.
b. Alhamdulillah, penajaan masih diteruskan untuk anak2 yang ingin meneruskan pengajian di Mesir.
c. Penajaan hanya TERHAD kepada pengajian di Mesir SAHAJA dan tidak dibenarkan untuk pemindahan ke Malaysia sama sekali. Ini adalah STATUS buat masa kini.
d. JPA akan menarik balik tajaan jika didapati nama pelajar-pelajar yang berjaya mendapat penajaan JPA tetapi, sudah tiada di dalam senarai pelajar berdaftar di universiti Mesir.
e. Pelajar yang mendapat MUMTAZ atau Jayyid Jiddan tidak perlu risau sekiranya permohonan didalam talian dan dokumen lengkap dihantar pada masa yang ditetapkan. InshaAllah.
f. Mengenai pengajian di Malaysia, JPA tidak menaja pengajian anak2 di IPTS , hanya di IPTA. Ini adalah kerana urusan tajaan dibawah kerajaan hanya dikelolakan oleh PTPTN.
g. Untuk urusan pemindahan kredit dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, JPA hanya menanggung baki yuran pengajian dan bukan yuran sepenuhnya seperti MARA. Urusan ini TERHAD kepada pelajar yang yang terdahulu dan bukan kepada permohonan yang akan diluluskan pada 1hb November 2013. Buat masa ini, jumlah pelajar yang menerima pemindahan melalui pemindahan kredit juga didapati amat minima.
4. Segala pertanyaan, boleh berhubung dengan UmmiMM di talian 019 6206167 (sila sms jika talian sibuk) atau Cik Shikin di talian 03 8945 9030 atau di email medicmesir@gmail.com. Semoga dipermudahkan segala urusan anak2 meneruskan pengajian. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Sekian.
Salam,
UmmiMM

No comments:
Post a Comment