Alhamdulillah, sempena Ramadhan tahun ini, MedicMesir telah berjaya menjalankan Program komuniti dengan menyampaikan hampir 1000 kampit beras di seluruh negeri Kelantan.Beras ini khas utk warga miskin.
Alhamdulillah, sempena Ramadhan tahun ini, MedicMesir telah berjaya menjalankan Program komuniti dengan menyampaikan hampir 1000 kampit beras di seluruh negeri Kelantan.Beras ini khas utk warga miskin.

Dalam erti kata lain, di situlah tempatnya untuk mengetahui sejarah tamadun dan pemerintahan sejak destinasi firaun pertama bermula 3,050 Sebelum Masihi (SM) hingga ke 343 SM iaitu memasuki era destinasi ke-30. Susunan di muzium juga diatur mengikut zaman bagi memudahkan pelancong memahami aliran perkembangan tamadun serta pemerintahannya sebelum Mesir ditawan Parsi. Muzium Mesir yang terletak di Dataran Tahrir, Kaherah, turut menempatkan makam firaun Tutankhamun, iaitu satu-satunya makam firaun paling lengkap yang diselamatkan daripada pencari harta karun. Firaun Tutankhamun adalah pemerintah ke-12 yang memerintah selama 10 tahun dan mati pada usia 19 tahun akibat penyakit misteri, lebih 3,000 tahun lalu. Mumianya dialihkan dari makam asalnya pada 1922 kepada keranda khas yang dikawal suhunya bagi membolehkan proses awetan berterusan.
Menariknya, minyak wangi pelbagai jenis ini tidak mengandungi alkohol serta tahan lama. Menurut seorang pengusaha, perniagaan itu adalah tradisi keluarga mereka sejak beribu tahun dulu dan masih dikekalkan keaslian sekali gus membezakannya dengan produk moden. Antara jenama popular ialah Arabian Night, Kasanova, The Thousand & One Night yang dijual pada harga 2 EL (RM1.40) setiap milimeter (ml) tetapi botol paling kecil mengandungi muatan 150 ml. Ia sebenarnya lebih murah jika sanggup menghabiskan masa melawat beberapa bazar menempatkan pelbagai keperluan masyarakat setempat. Bazar El Fishawy, Pasar Al-Khalili serta laluan sepanjang jalan Talaat Harb St dan Abdel Khaleq Tharwat St menawarkan harga lebih berpatutan serta mempunyai banyak pilihan untuk mencari hadiah kenangan. K
Salam,
Salam semua.....Untuk makluman, pejabat MedicMesir akan dibuka semula pada 6hb Oktober 2008. Bagaimanapun, talian HOTLINE 019 3106167, boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk membantu anda semua.
Salam Eidulfitri & Maaf Zahir Batin ....
Salam,
HAND BAGGAGE: Pelajar dibenarkan membawa 1 bag Hand Baggage. Size yang ideal adalah 12inci (jarak A ke B). Saiz maksima adalah 2o inci. Hanya 1 bag dibenarkan. Tapi, tambahan bag laptop dibenarkan. Berat yang dibenarkan 7kg. Sebaiknya Hand Baggage diisi dengan buku2 dan satu persalinan baju (small towel / mini toileteries spt tooth brush dll) yang mungkin perlu ditukar bila sampai di airport kelak Sebaiknya, laptop dibawa mengunakkan 'racksack' sahaja.
CHECKIN BAGGAGE: Pelajar dibenarkan 'check in' maksima 2 bag. Jumlah berat yang dibenarkan adalah 40Kg. Setiap satu bag tidak boleh melebihi 32kg.Pastikan anda tidak membawa satu bag besar yang bermuatan > 32kg.
Selamat Mengemas
UMMI
TOILETERIES/ UBAT2
1. Facial Wash/Toner/ Shampoo & Lotion and lain2 yg berkaitan (yg biasa dipakai....takut2 jenama yg biasa diguna susah nak dpt di Mesir..)
2. Satu set ubat2 Selsema/Batuk/Eye Drop/Mopiko / Ubat Dirrhea (or ill Chi-Kit Teck Aun)/Paracetamol, Minyak Cap Kapak, VICKS Inhaler, Lip Balm
BARANG2 DAPUR (...maklumlah lepas ni semua rajin masuk dapur belaka...)
1. Rempah2 Kari Ayam /Ikan/Kurma/ Serbuk Kunyit
2.Rempah spt Kayu Manis, Bunga Lawang, Palaga , Halba Campur
3. Sup Bonjot (beli sepapan)
4. Tom Yam paste (beli sepapan)
5. Nasi Goreng paste (sepapan juga)
6. Belacan (ha..ha.. utk yg suka makan sambal belacan) /orBudu...(pack elok ya..takut pecah!)
7. Ikan Sardin dlm Tin & Serunding
8. Serbuk Santan (belilah dlm 20 pack.....he..he..murah sgt di TESCO/GIANT...)
9. Serbuk kunyit
10. Ikan Bilis / Ikan masin ikut minat masing2 (ini amat penting)
11. Milo /12. Kicap / 13. Sos Cili/ Sos Tiram (beli yg plastic pack tu)
14. Dried daun kari(kpd yg tak boleh kalau x kena kari) / Dried Limau Purut (kpd yg minat tomyam ler...)
Tambahan>>>kepada yg dah confirm housemate...bolehlah pakat2 beli rice cooker/ kettle/ iron siap2 dari Malaysia....( ini tak penting...coz boleh beli dari Mesir....tapi kualiti Malaysia..tak der tandingan...)
itu aja...buat kali ini...sapa2nak tambah...leh lah gi kat comment area ya...
ummi
Sukacita dimaklumkan Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, YB Dato Haron Idris telah mengadakan lawatan kerja ke semua Universiti2 di Mesir serta perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia dari 18-23hb Sept 2008.
Salam,


Petikan dari Garis Panduan
1. PRINSIP DAN KONSEP PINJAMAN
1.1 Kerajaan pada prinsipnya mengalakkan pelajar-pelajar mengikuti pengajian di dalam negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Sehingga kini terdapat 20 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan lebih 500 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai bidang pengajian kepada pelajar. Sungguhpun demikian, kerajaan menerima banyak permohonan daripada pelajar-pelajar persendirian yang sedang mengikuti pengajian di luar negara untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sehubungan itu, kerajaan meluluskan skim pinjaman yuran pengajian bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar persendirian di luar negara tertakluk kepada syarat dan kriteria yang tertentu.
1.2 Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM200,000.00 seorang. Had ini ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik selepas tamat pengajian nanti. Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.
2. JENIS PINJAMAN
Jenis-jenis pinjaman yang tawarkan adalah seperti berikut :-
2.1 Pinjaman Khas Perubatan
Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jaya.
2.2 Pinjaman Biasa
Pinjaman ini terbuka kepada pelajar-pelajar di dalam bidang-bidang lain yang diberi keutamaan selain daripada perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.
3. BAYARAN BALIK PINJAMAN
Bayaran balik pinjaman perlu dibuat selepas pelajar berjaya menamatkan pengajian atau ditamatkan pengajian kerana sebab-sebab kelemahan akademik, sakit dan sebagainya. Bayaran secara ansuran bulanan adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang dibuat. Contoh jadual bayaran balik pinjaman sekiranya meminjam sebanyak RM200,000 adalah seperti berikut:
Jumlah Pinjaman | Jumlah Bayaran Balik |
RM 200,000 | RM 400 x 40 bulan |
RM 600 x 120 bulan | |
RM 800 x 140 bulan |



“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey. Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
“Sebab minat biologi?”, Baca seterusnya
BIL
|
PROSES
|
BAYARAN
|
1
|
Borang Saringan
|
PERCUMA
|
2
|
DEPOSIT Yuran Khidmat
(selepas lulus Saringan awal penempatan universiti).
|
RM2000
|
3
|
Baki Yuran
Selepas mendapat surat tawaran Universiti. (Jumlah perlu diselesaikan bagi yg ingin mendapatkan surat tawaran utk urusan penajaan)
|
RM8000
|
4
|
Transportasi pelajar dari Cairo ke Universiti / hostel masing2
|
Termasuk
|
5
|
Orientasi di Malaysia (1 minggu)
Sessi bersama doktor2 pakar berpengalaman di Malaysia
|
PERCUMA
|
6
|
Kursus Bahasa Arab (2minggu di Mesir)
|
PERCUMA
|
7
|
SEWA HOSTEL sehingga 30hb June 2008 (terhad kpd pemohon yg membuat bayaran penuh setakat 29July)
Wang cagaran yang dibayar sebanyak RM600 adalah untuk tujuan bayaran wang cagaran kepada tuan rumah dan pembelian perkakas rumah. Jika tidak mencukupi, MM berhak meminta wang tambahan.
|
Termasuk
(Terhad kpd yang membayar penuh setakat 29July sahaja)
|
JUMLAH RM10,000
| ||
Pelajar Tajaan Kerajaan
Setakat ini JPA / MARA / Yayasan memberi sebanyak RM800-RM1000 sebulan. Iaitu sekitar 1300-1600 LE. Jumlah ini amat selesa dengan kos sara hidup di Mesir
Pelajar Tajaan Sendiri
Jika mengikut anggaran budget dibawah, RM400-RM500 sudah memadai:
Sewa Rumah + utiliti 300 LE
Makan (masak dirumah) 100 LE
Lain-lain 200 LE
Jumlah diperlukan 600 LE
Bersamaan RM360
(sila ambil maklum, hostel / rumah sewa sehingga june 2009 diberi secara PERCUMA). Pembelian perabut dan barangan tambahan (selain dari yang dibekalkan oleh tuan rumah) adalah tidak termasuk. Pelajar perlu membayar sendiri.
Cara mengeluarkan wang di Mesir
Pelajar dicadangkan membuka joint-account HSBC bersama Ibu atau Bapa di Malaysia sebelum berangkat. Ini membolehkan, ibubapa mengdeposit wang ke HSBC di Malaysia, dan , pelajar mengeluarkannya di Mesir.
Pastikan, kad Bank anda di ‘activate’ PLUS sebelum berangkat.
Wang boleh dikeluarkan dimana-mana ATM HSBC atau mana-mana ATM Plus yang lain
JPA / MARA
1. JPA dan MARA hanya akan menaja pelajar-pelajar yang sudah memohon dan lulus temuduga. Bagaimanapun pelajar-pelajar yang terlepas peluang ini masih boleh memohon selepas Tahun 1, iaitu dengan mengunakan keputusan Tahun 1. Tarikh permohonan yang akan datang akan dimaklumkan terus kepada pelajar-pelajar dibawah MedicMesir.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
TAJAAN-TAJAAN LAIN SEBELUM BERANGKAT
Bagi yang berminat untuk memohon biasiswa ini, sila sediakan dokumen tambahan dibawah semasa menghantar Borang KPT kepada MedicMesir. Dokumen dibawah ini adalah KHAS untuk kegunaan permohonan Biasiswa.