Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 25hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, 25 September 2008

Nak ke MESIR? Nak bawak apa ya...

Salam... kat sini ummi coretkan antara benda2 yg perlu bawak besama...

TOP PRIORITY
1. Cash. Sampai aja nanti d Cairo, MedicMesir akan bantu tukarkan ke Egypt pounds (LE).
2. Gambar MAK AYAH & ADIK BERADIK yang sudah pasti menjadi PEMBAKAR SEMANGAT
3. Buku2 yg telah dicadangkan utk dibeli (mana lagi jika bukan store gula2 Dr Kamal!...)
4. Laptop (bawak sekali Warranty Card tuh!)
5. HSBC / Public Bank / Maybank ATM kad (yang telah diactive VISA facility)
PAKAIAN
1 .Pakaian Formal satu set dgn tie (utk lelaki)
2. Satu set Baju Melayu dgn sampin (utk lelaki)
3. Tudung & Baju kurung secukupnya
4. Pakaian Sukan (satu set cukup)
5. Kasut ke kuliah berkualiti tinggi &Kasut sukan (sebab kualiti di Malaysia jauh lebih baik)
6. Pakaian Solat
7. Pakaian Sejuk tak perlu beli disini. Memadai dgn jacket aja
(Medicmesir akan bawak shopping tempat 'winter clothing' yg boleh beli murah dan cantik2 di Mesir nanti)

TOILETERIES/ UBAT2

1. Facial Wash/Toner/ Shampoo & Lotion and lain2 yg berkaitan (yg biasa dipakai....takut2 jenama yg biasa diguna susah nak dpt di Mesir..)

2. Satu set ubat2 Selsema/Batuk/Eye Drop/Mopiko / Ubat Dirrhea (or ill Chi-Kit Teck Aun)/Paracetamol, Minyak Cap Kapak, VICKS Inhaler, Lip Balm

BARANG2 DAPUR (...maklumlah lepas ni semua rajin masuk dapur belaka...)

1. Rempah2 Kari Ayam /Ikan/Kurma/ Serbuk Kunyit

2.Rempah spt Kayu Manis, Bunga Lawang, Palaga , Halba Campur
3. Sup Bonjot (beli sepapan)
4. Tom Yam paste (beli sepapan)
5. Nasi Goreng paste (sepapan juga)
6. Belacan (ha..ha.. utk yg suka makan sambal belacan) /orBudu...(pack elok ya..takut pecah!)
7. Ikan Sardin dlm Tin & Serunding
8. Serbuk Santan (belilah dlm 20 pack.....he..he..murah sgt di TESCO/GIANT...)
9. Serbuk kunyit
10. Ikan Bilis / Ikan masin ikut minat masing2 (ini amat penting)
11. Milo /12. Kicap / 13. Sos Cili/ Sos Tiram (beli yg plastic pack tu)
14. Dried daun kari(kpd yg tak boleh kalau x kena kari) / Dried Limau Purut (kpd yg minat tomyam ler...)

Tambahan>>>kepada yg dah confirm housemate...bolehlah pakat2 beli rice cooker/ kettle/ iron siap2 dari Malaysia....( ini tak penting...coz boleh beli dari Mesir....tapi kualiti Malaysia..tak der tandingan...)

itu aja...buat kali ini...sapa2nak tambah...leh lah gi kat comment area ya...

ummi

No comments:

Post a Comment