Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday 3 February 2017

Nisbah doktor kepada pesakit di Malaysia masih belum capai keperluan - Dr Hilmi



KUALA LUMPUR: Nisbah doktor kepada pesakit di Malaysia masih belum mencapai keperluan negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Menurutnya, setakat tahun lepas, nisbah doktor kepada pesakit di Malaysia adalah pada satu doktor bagi setiap 650 pesakit.

"Namun, secara umumnya tanpa mengambil kira jenis penyakit, ketika ini Malaysia memerlukan satu doktor bagi setiap 520 pesakit.

"Oleh itu, kerajaan komited untuk terus mengambil langkah bagi memastikan bilangan doktor dalam negara akan terus bertambah," kata Datuk Seri Dr Hilmi kepada Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) mengenai msejauh manakah seriusnya  masalah  kekurangan  doktor pakar di negara ini dan mampukah Malaysia mencapai sasaran nisbah satu doktor kepada 400 pesakit menjelang 2020 KUALA LUMPUR: Nisbah doktor kepada pesakit di Malaysia masih belum mencapai keperluan negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Menurutnya, setakat tahun lepas, nisbah doktor kepada pesakit di Malaysia adalah pada satu doktor bagi setiap 650 pesakit.

"Namun, secara umumnya tanpa mengambil kira jenis penyakit, ketika ini Malaysia memerlukan satu doktor bagi setiap 520 pesakit.

"Oleh itu, kerajaan komited untuk terus mengambil langkah bagi memastikan bilangan doktor dalam negara akan terus bertambah," kata Datuk Seri Dr Hilmi kepada Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) mengenai msejauh manakah seriusnya  masalah  kekurangan  doktor pakar di negara ini dan mampukah Malaysia mencapai sasaran nisbah satu doktor kepada 400 pesakit menjelang 2020 seperti ditetapkan sebelum ini.  

Kata Dr Hilmi lagi, sasaran tersebut perlu dinilai berasaskan keperluan dan berdasarkan unjuran kajian awal, Malaysia akan mencapai sasaran nisbah doktor kepada pesakit berdasarkan keperluan menjelang tahun 2030.

Dalam pada itu, Dr Hilmi turut menyatakan bahawa hampir 150 doktor pakar yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan meletakkan jawatan setiap tahun sejak enam tahun lepas.

Menurut beliau, daripada Januari hingga September tahun ini, seramai 128 doktor pakar telah meletakkan jawatan manakala 124 orang mengambil langkah yang sama tahun lepas.ditetapkan sebelum ini.  

Kata Dr Hilmi lagi, sasaran tersebut perlu dinilai berasaskan keperluan dan berdasarkan unjuran kajian awal, Malaysia akan mencapai sasaran nisbah doktor kepada pesakit berdasarkan keperluan menjelang tahun 2030.

Dalam pada itu, Dr Hilmi turut menyatakan bahawa hampir 150 doktor pakar yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan meletakkan jawatan setiap tahun sejak enam tahun lepas.

Menurut beliau, daripada Januari hingga September tahun ini, seramai 128 doktor pakar telah meletakkan jawatan manakala 124 orang mengambil langkah yang sama tahun lepas. 

No comments:

Post a Comment