Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 1hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, 8 February 2017

Lim rancang jadikan Pulau Pinang bandar raya perubatan



GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merancang menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar raya perubatan yang menawarkan hospital terbaik, doktor berkemahiran tinggi dengan kos yang berpatutan.




Beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri sedang berunding dengan satu pihak yang bercadang melabur RM1 bilion bagi meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan di negeri itu. 

"Kami sedang berbincang dengan Southeast Healthcare yang berminat untuk melabur RM1 bilion bagi mengembangkan industri penjagaan kesihatan," katanya dalam sidang media di Komtar, di sini hari ini.

 Lim berkata pelancongan perubatan di Malaysia sedang berkembang pesat dan negara ini berada di kedudukan teratas dari segi penjagaan kesihatan menurut InternationalLiving.com. 

"Ranking ini bermakna kita mengatasi Amerika Syarikat dan Kanada, justeru kami akan bekerja keras untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah bandar raya perubatan, sekali gus memperkukuh kedudukan nombor satunya," katanya. 

Lim berkata sebarang perkembangan positif daripada perbincangan dengan Southeast Healthcare itu akan dimaklumkan kepada umum. -- Bernama


No comments:

Post a Comment