Assalamualaikum WBT.
Ana ingin berkongsi kalam motivasi yang diambil dari blog salah seorang DR. lepasan Universiti Sains Malaysia ( USM ) Malaysia.
Pesanan Ikhlas untuk Medical Student
Buat adik-adik yang sudah bergelar pelajar perubatan ataupun yang sedang bercita-cita untuk menjadi pelajar perubatan, dengarlah luahan dari seorang doktor yang baru bertunas dan cuba untuk tumbuh menjadi pohonan yang kuat akarnya dan tegap batangnya. Pohon yang bisa mengeluarkan dahan-dahan hijau yang menerbitkan bunga dan buah.
Beberapa bulan menjadi doktor membuatkan saya malu akan diri sendiri. Membaca kembali catatan-catatan lama sewaktu saya bergelar pelajar perubatan membuat air mata bergenang. Betapa banyak cita-cita dan impian yang tidak mampu tertunai setelah bergelar doktor.
Rasa diri tidak berguna sering menghantui minda apabila tidak mampu untuk menguruskan pesakit dengan betul atau tidak mampu memberikan 100% perhatian. Ke tidak cekapan melakukan prosedur ditambah dengan kesakitan yang ditanggung pesakit akibat diri yang kurang competant amat memedihkan.
Gunalah waktu sewaktu bergelar pelajar perubatan untuk menuntut ilmu sebanyaknya, membina attitude diri yang baik dan menggarap pengalaman setinggi mungkin. Percayalah, apabila anda sudah gaduate dan gagal menjadi doktor yang baik, anda akan menyesali kekhilafan anda dan menanam impian untuk kembali ke masa lampau bagi membetulkan keadaan. Ketahuilah bahawa saat itu nanti sudah terlambat. Dan saya sudah merasainya.
Percayalah, sekiranya anda belajar hanya untuk lulus exam, saya tegaskan disini bahawa anda tidak perlu study pun untuk lulus exam. Buat sahaja soalan-soalan past year, kaji dan analisa pattern soalan nescaya anda akan lulus. Ya! Saya telah lakukan sedemikian. Namun, anda akan menyesal di kemudian hari kerana menjadi seorang doktor adalah lebih daripada itu. Lulus ujian tidak menjadikan anda seorang doktor. Yang menjadikan anda seorang doktor adalah usaha berterusan untuk menambah ilmu dan skills dan mengikhlaskan niat kerana Allah.
Beberapa bulan bergelar doktor menyaksikan saya sentiasa membuat refleksi dan menyedari bahawa saya seorang doktor yang ‘teruk’. Lembap membuat kerja, kurang kemahiran, penakut dan tidak berkeyakinan diri. Percayalah, ia semua memakan diri saya sedikit demi sedikit. Saya terperangkap dan cuba untuk keluar dari kepompong ini.
Walaubagaimanapun, saya berharap agar perkongsian ini mampu untuk menaikkan semangat adik-adik untuk terus berjuang sebagai seorang pelajar perubatan untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.
By DR. Muhamad Na'im B. Ab Razak ( USM Malaysia )
Semoga kalam perkongsian yang DR. Muhamad Na'im kongsikan dapat dijadikan iktibar untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment