Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday 7 March 2011

PERAK Sewa pesawat

IPOH - Kerajaan negeri bercadang menyewa sebuah pesawat bagi penghantaran pulang semua 696 pelajar dari negeri ini ke Mesir untuk menyambung pengajian mereka yang tergendala berikutan krisis politik di sana.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, menyewa pesawat adalah kaedah terbaik bagi menghantar semua pelajar berkenaan, tetapi tertakluk kepada keadaan semasa perkhidmatan yang disediakan.

“Selain itu, ada juga cadangan kita (supaya) menanggung (kos) sebanyak RM2,000 setiap pelajar bagi tiket penerbangan pulang. Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Perak juga akan memberikan wang saku sebanyak RM500 bagi membantu mereka memulakan pengajian di sana,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pelajar berkenaan di kediaman rasmi di sini, semalam.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan membelanjakan kira-kira RM1.5 juta bagi menanggung kos tiket penerbangan pulang itu.

Katanya, kerajaan negeri juga berharap semua bantuan dan kemudahan yang disediakan itu dapat meringankan beban ibu bapa dan pelajar berkenaan menyambung pengajian mereka selepas kembali ke Mesir.

Beliau berkata, proses penghantaran pulang pelajar itu akan dilakukan secara sistematik dengan kerjasama persatuan pelajar dan kerajaan negeri, selain memastikan pegawai dilantik mampu memudahkan urusan tersebut.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir, Khairul Ashraf Mohd Khir bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak terutama kerajaan negeri yang membantu segala urusan berhubung kesemua pelajar terbabit.

Pelajar Malaysia yang berada di Mesir dibawa pulang selepas beberapa siri demonstrasi jalanan di bandar utama Mesir, termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura sebelum Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. - BERNAMA


1 comment: