Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 1 March 2011

1000LE INSENTIF JOM! ke KULIAH ~ POST OPS PIRAMID MEDICMESIR !

Assalamualaikum wbt anak2 MM yang dirahmati Allah swt!

1. Semoga semuanya didalam 'mode' persediaan akhir untuk kembali ke Mesir. MedicMesir yakin kembalinya anak2 ke Mesir dengan tekad meneruskan mujahadah merealisasikan cita-cita menjadi Muslim Doktor yang 'terkesan' sentuhannya kepada Ummah pada satu hari nanti! (Ameen, semoga dipermudahkan!)

2. Segala yang dilalui oleh anak2 hanyalah sekadar satu episod didalam proses pendewasaan yang akan terlakar didalam sejarah Islam. Musibah ini perlu kita
syukuri dan berdoa agar natijah dari musibah ini akan memberi kehidupan dan masa depan yang lebih baik kepada warga Arab Mesir dan Islam keseluruhannya. Oleh itu, musibah ini tidak sepatutnya mematahkan semangat kita, malah membuahkan iltizam baru kepada diri masing-masing seperti mana rakyat Mesir membina semangat baru dan mentakrifkannya 'The New Misr'.

3. Semua anak2, perlu membuat 'study plan' dari sekarang. TIDAK PERLU MENUNGGU SAAT KULIAH BERMULA. Ini amat penting kerana semuanya, apa jua kursus dan universiti akan berhadapan dengan kuliah yang lebih 'condensed & intensive'. Oleh itu, persediaan mental dan fizikal amat penting agar antum menjadi 'pelajar Tib' yang lebih bersedia.

4. Bagi menghargai setiap usaha dan sokongan terhadap MedicMesir dan dalam membantu mengurangkan sedikit bebanan mak ayah anak2 MM, maka, MedicMesir telah bersetuju meluluskan peruntukan 'zakat' untuk memberi 'INSENTIF JOM! ke KULIAH~ POST OPS PIRAMID-MM' iaitu:
1. 1000LE kepada yang belum mendapat apa-apa tajaan dan
2. 500LE untuk yang sudah mendapat tajaan MARA/ JPA atau mana-mana badan.
(tajaan merujuk kepada Pinjaman Luar Negara JPA atau Pinjaman MARA)

Senarai yang akan digunakan adalah seperti didalam DATABASE OPS PIRAMID yang tutup pendaftarannya pada 20hb Februari 2011.
Dibawah adalah rujukan makluman di laman blog MedicMesir pada awal Februari 2011.

Sebagai insentif, hanya mereka dibawah akan diberi sumbangan ini iaitu :
1. Mengambil inisiatif untuk mendaftar di Database Ops Piramid dan
2. Hadir pada dari hari pertama kuliah bermula (untuk memastikan pelajar tidak melanjutkan cuti)

5. Insentif ini akan diberikan pada minggu pertama kuliah bermula melalui wakil di muhafazah masing-masing. MedicMesir berharap agar sumbangan ini dapat digunakan sebaik mungkin dan tidak dibelanjakan kearah pembaziran. Semoga sumbangan kecil dari MedicMesir ini membantu dan memangkinkan semangat baru 'Jom ke Kuliah!' Alhamdulillah!

Salam Ikhlas dan Sayang,
ummiMM


4 comments:

  1. really do? wah!!! besh la camni!! =))

    ReplyDelete
  2. salam ummi, nak tanya, klau yg balek 15 mac tu camne? sbab naik ikut tiket tajaan... huhuhuhu~
    xdpt la eh?

    ReplyDelete
  3. salam ummi, nak tanya, klau yg balek 15 mac tu camne? sbab naik ikut tiket tajaan... huhuhuhu~
    xdpt la eh?

    ReplyDelete
  4. sy slh fhm dh la ni.even dh bc state that yg dftr datbase.igtkn yg dftr data kt web kpt tu(sbb ops piramid).adoi -.-

    ReplyDelete