Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, 17 October 2011

Qurban Eidul Adha dan Aqiqah 1432H

Assalamualaikum wbth,

Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

Alhamdulillah, anak-anak pengambilan sesi 2011 dan yang pulang bercuti telah memulakan sesi pengajian masing-masing.

InshaAllah, tidak lama lagi, umat Islam akan merayakan Eidul Adha. Oleh itu, seperti tahun-tahun yang lepas, MedicMesir akan merayakan majlis Qurban Eidul Adha bersama anak-anak yang berada diMesir. Untuk tujuan tersebut, MedicMesir mengalu-alukan sumbangan kepada ibubapa yang berminat untuk menyertai Qurban atau Aqiqah ini.

Anggaran kos bagi Qurban Unta adalah dalam 6000-7000LE seekor. Oleh itu anda boleh mengambil beberapa bahagian mengikut hajat masing-masing. Bagaimanapun, harga sebenar akan dimaklumkan, apabila binantang qurban diperolehi.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai Qurban Eidul Adhan atau Aqiqah ini, sila maklumkan di BORANG QURBAN EIDUL ADHA DAN AQIQAH 1432H

Segala pembayaran boleh dibuat melalui anak di Mesir.

Semoga usaha ini memeriahkan lagi suasana Eidul Adha anak-anak di Mesir. Semoga qurban dan sumbangan kita dikira sebagai amal yang soleh. Ameen

Salam,
UmmiMM

Thursday, 6 October 2011

Rayuan KEDUA TAJAAN JPA 2011 dibawah MEDICMESIR

Assalamualaikum wbth,

1. Merujuk kepada permohonan JPA seperti didalam post terdahulu, Alhamdulillah, hampir kesemua pemohon MedicMesir yang telah menghantar dokumen melalui MedicMesir telah berjaya mendapatkan tajaan JPA.

2. Alhamdulillah juga, rayuan pertama untuk mereka yang tidak sempat untuk memohon secara online telah diberi juga kelulusan kesemuanya. TerimaKasih atas sokongan serta kelulusan pihak JPA tersebut. Ini penting bagi memastikan kesinambungan pengajian anak-anak MedicMesir di Mesir.

3. Seperti yang telah dimaklumkan beberapa kali, tajaan JPA terhad kepada mereka yang mendapat Mumtaz dan Jayyid Jiddan. Oleh itu, rayuan ini TERHAD kepada mereka yang Mumtaz dan Jayyid Jiddan sahaja. Mereka yang Jayyid kebawah akan disalurkan ke tajaan dibawah MARA dan AMANAH RAYA. Sila nantikan makluman mengenainya dalam masa terdekat.

4. Oleh itu, MedicMesir akan memanjangkan rayuan kedua. Rayuan ini TERHAD kepada mereka yang memperolehi Mumtaz dan Jayyid Jiddan juga, TETAPI tidak menghantar dokumen melalui MedicMesir. Bagaimanapun sila pastikan anda mempunyai dokumen lengkap seperti yang dihantar ke JPA. Sial pastikan anda turut mengepilkan satu salinan pengesahan pendaftaran online. Tanpa salinan ini, rayuan akan ditolak. Sila pastikan semuanya lengkap dan di'bind'. Segala dokumen yang tidak lengkap tidak akan dimajukan langsung ke JPA.

5. Semua salinan dokumen ini perlu DIPOS kepejabat MedicMesir sebelum Rabu, 12hb Oktober 2011. Alamatkan ke MedicMesir, 17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan.

Sila nyatakan nama anda / universiti / RAYUAN JPA 2011 di belah kanan atas sampul tersebut.

6. Segala pertanyaan, sila berhubung dnegan Cik Farah ditalian 03 8948 9030

7. Semoga usaha ini membantu menambahkan bilangan pelajar MedicMesir yang mendapat tajaan dan terus cemerlang didalam mencapai cita-cita yang diidamkan. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan KITA. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Friday, 30 September 2011

Ahlan Misr 2011

Assalamualaikum wbth,

1. Pertamanya, MedicMesir mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa serta pelajar MedicMesir 'Intake 2011' kerana memilih MedicMesir sebagai agensi penghantaran pelajar perubatan ke Mesir.

2. Sebagai agensi yang sudah 3 tahun berturut-turut menghantar paling ramai pelajar perubatan ke Mesir, ini satu kekuatan untuk mempastikan anak-anak MedicMesir mendapatkan yang TERBAIK. InshaAllah, untuk tahun 2011 MedicMesir sedang dalam usaha pembaikan dalam beberapa aspek bagi mempastikan kebajikan dan prestasi anak-anak MedicMesir kekal cemerlang. InshaAllah, MedicMesir akan melakukan yang TERBAIK. Amanah dan kepercayaan ini tak akan kami sia-siakan dan kerjasama dari ibu bapa dan pelajar amatlah kami hargai didalam mempastikan amanah ini dapat dilakukan dan membuahkan hasil yang TERBAIK. Ameen.

3. Bagi pihak MedicMesir, saya juga mengucapkan Alf Shukran kepada seniors di Mesir serta ibubapa yang banyak memberi sokongan kepada MedicMesir. Ini adalah kerana kebanyakan yang mendaftar melalui MedicMesir adalah dari rujukan seniors , ibubapa dan pegawai kerajaan Malaysia di Mesir, walaupun MedicMesir tidak mengamalkan sistem ‘student get student’ atau ‘komisen’. Ini mempamerkan keikhlasan semua didalam memberi sokongan. MedicMesir tidak akan sia-siakan harapan dan sokongan ini. MedicMesir berharap dapat sama-sama menjadi platform bukan setakat untuk pelajar MedicMesir, tetapi memberi manfaat untuk warga pelajar Mesir yang memerlukan bantuan.

4. Untuk tujuan penyelarasan minggu sambutan pelajar, MedicMesir telah melantik penama-penama dibawah sebagai pengendali untuk sambutan pelajar baru MedicMesir yang dinamakan Ahlan Misr 2011. Jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya dan segala sumbangan / sukarelawan untuk muhafazah masing-masing boleh dirujuk kepada mereka. MedicMesir juga berterimakasih kepada semua, yang datang dari pelbagai agensi yang menjayakan sambutan pelajar-pelajar baru ke bumi Mesir untuk tahun ini. Semoga Alalhs wt membalas segala usaha dengan sebaik-baik balasan. Ameen.

5. Program Orientasi untuk peringkat Alexandria dan Tanta telah bermula 1hb dan tamat 5hb Oktober 2011. Manakala, di Mansoura dan di Azhar dijangka akan diadakan pada 3-7hb Oktober 2011.

6. MedicMesir juga amat berterimakasih kepada pihak Kedutaan Malaysia dan Education Malaysia atas sokongan yang tidak putus-putus terhadap MedicMesir. Jutaan terimakasih juga kepada wakil Education Malaysia (Egypt) kerana sudi meluangkan masa pada hari ini, jam 130 tghri di Imarah MedicMesir, Tanta.

7. Doakan semua berjalan dengan lancar dan dipemudahkan segala urusan anak-anak untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar perubatan sebaik mungkin. Seterusnya, menjadi insan yang soleh dan soleh dan Mumtaz dunia dan akhirat. Ameen

Ukhuwah fillah abadan abada,

UmmiMM

-----------------------------------------------------------------------------------------

Senarai Jawatankuasa Induk

Penasihat Ustaz Abd Hariz Bin Bain

Safian Bin Taiyib Hamidin @ Pak Ngah

Pengarah Keseluruhan : Ahmad Samhan Bin Awang

-----------------------------------------------------------------------------------------

Pengarah Program Muhafazah

Tanta : Ustaz Abd Hariz Bin Bain (Penasihat Khas Tanta)

Pengarah Tanta : Azizul Hakim Bin Mahdi

Timbalan : Amalia Nadrah Binti Samsuri

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Saifuddin

---------------------------------------------------------------------------------------

Alexandria : Safian bin TAiyib Hamidin (Pak Ngah) - Penasihat Alex

Ikrimah Bin Abd Haris (Timbalan Penasihat Alex)

Pengarah Alex : Muhammad Nu'man Salahuddin /

Timbalan : Nur Afifah Otheman

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Mohamad

-------------------------------------------------------------------------------------

Mansoura :

Pengarah Alex : Ustaz Luqman Zaharuddin

Timbalan : Shazwani Nasir

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Ameer

-----------------------------------------------------------------------------------

AlAzhar :

Pengarah AlAzhar : Hanzalah Bin Ahmad Termizi

Timbalan :Kauthar Binti Kamaruzaman

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Zuhri

---------------------------------------------------------------------------------

Zagazig :

Pengarah Zagazig : Aisyah bt Azalan

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Ameer

---------------------------------------------------------------------------------



Tuesday, 27 September 2011

Alhamdulillah Penerbangan PERTAMA selamat di Bahrain dan akan ke Cairo!

Asslamualaikum wbth,

Alhamdulillah, kumpulan pertama yang berangkat ke Mesir semalam telah selamat sampai di Bahrain. Mereka ditempatkan di Hotel Golden Tulip, Bahrain. Setakat berita terkini, mereka sekarang berada di Bahrain International Airport untuk perjalanan seterusnya ke Cairo.
: Laporan dari Pak Ngah

Sebaik tiba, mereka akan disambut oleh senior dan selepas makan tengahari, mereka akan bersiar-siar ke persekitaran Piramid sebelum menju ke Alexandria dan Tanta.

Semoga selamat perjalanan dan diberi kemudahan didalam semua urusan. Ameen

Salam,
ummiMM

Friday, 23 September 2011

KARGO BULAN OKTOBER 2011

Assalmualaikum wbth,

Sukacita dimaklumkan MedicMesir menyediakan perkhidmatan kargo bagi pelajar-pelajar yang berhajat untuk membawa muatan lebihan. Sila dapatkan makluman dan isi borang di link ini.

Caj perkhimatan adalah RM60 sekilo (door to door) dan tiada caj tambahan di Mesir.

Sila pastikan semua barang-barang dihantar sebelum 15hb Oktober 2011. Barang-Barang tersebut boleh juga dihantar semasa berlepas nanti. InshaAllah.

Semoga perkhidmatan ini membantu.

Salam,
ummiMM

KEPUTUSAN PERMOHONAN SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA 2/2011


Assalamualaikum wbth,

1. InshaAllah, keputusan JPA untuk sesi 2011 akan diumumkan hari ini, 23hb September 2011. Kita sama-sama doakan agar semua pemohon MedicMesir berjaya untuk mendapatkan tajaan JPA.

2. Untuk memudahkan urusan MedicMesir menghantar rayuan kedua bagi mereka yang gagal mendapatkan tajaan. Mohon agar dapat diisi makluman diatas. Prioriti rayuan hanya akan dipanjangkan untuk mereka yang mendapat Mumtaz dan Jayyid Jiddan dan memohon online secara SAH SEBELUM 31hb May 2011

3. Bagi yang mendapat Jayyid kebawah, nama-nama anda akan dikemukakan untuk permohonan MARA . Segala prosedur akan dimaklumkan kemudian.

4. Sila maklumkan keputusan anda samada BERJAYA ATAU GAGAL disini. Bagi mereka yang tidak memohon JPA juga diminta memanfaatkan borang ini.


5. Sila pastikan anda memohon apa jua tajaan yang ada termasuk dengan zakat negeri yang berkaitan

Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan tajaan kita. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Wednesday, 14 September 2011

KAJI SELIDIK PELAJAR TAHUN 2 KEATAS YANG BELUM MENDAPAT MANA-MANA TAJAAN

Assalamualaikum wbth,

MedicMesir ingin membuat kajian terkini status bilangan pelajar-pelajar Tahun 2 keatas yang masih belum mendapat tajaan. Pelajar tahun 1 Sesi 2010/2011 tidak terlibat didalam kaji selidik ini. Ini dapat membantu MedicMesir didalam urusan selanjutnya yang berkaitan dengan tajaan. Makluman ini amat kritikal bagi mereka yang berhadapan dengan masalah membayar yuran pengajian. Sila isikan sebelum 20hb September 2011.


Semoga dipermudahkan segala urusan tajaan dan pengajian. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Tuesday, 13 September 2011

SENARAI NAMA PENERBANGAN 2011 (setakat 14hb Sept 2011)

Assalamualikum wbth,
Bersama ini semua senarai nama2 yang telah 'confirm' untuk penerbangan pada tarikh yang disenaraikan. Baki 115 pelajar yang nama tidak disenaraikan didalam senarai ini akan dimasukkan didalam penerbangan 3hb dan 9hb September 2011.



Semoga makluman ini membantu. Tiket hanya dapat diemail sebaik sahaja diterima dari Gulf Air, inshaAllah, paling lewat Isnin, 19hb September 2011.


Selamat membuat persiapan terkahir ke Mesir. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen

Senarai rumah akan dikeluarkan dalam minggu ini melalui wakil ketua rumah.

Salam, UmmiMM







Wednesday, 7 September 2011

Makluman Keberangkatan 2011

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, sudah hampir tiba waktu untuk berangkat ke Mesir. InshaAllah, rata-rata, kuliah akan bermula dari 7-10hb Oktober. 6 Oktober 2011 yang lebih dikenali sebagai 'Sittah Oktober', adalah hari cuti umum di Mesir sempena konflik Arab-Israel pada tahun 1973.

Untuk tahun ini, Alhamdulillah, dengan sokongan semua, MedicMesir akan mengadakan 7 penerbangan ke Mesir.

1. Penerbangan Pertama : 26hb September, 1055 pagi
2. Penerbangan Kedua : 28hb September, 1055 pagi
3. Penerbangan Ketiga : 29hb September, 1055 pagi
4. Penerbangan Keempat : 1hb Oktober, 1055 pagi
5. Penerbangan Kelima : 2hb Oktober, 730 malam
6. Penerbangan Keenam : 3hb Oktober, 1055 pagi
7. Penerbangan Ketujuh : 9hb Oktober, 1055 pagi

Bersama ini, sedikit sebanyak link makluman keberangkatan yang mungkin membantu. Segala pertanyaan sila bincang lanjut di Facebook MedicMesir Intake 2011.
Senarai tarikh penerbangan boleh dirujuk di FaceBook Intake 2011 juga.

Semoga dipermudahkan urusan keberangkatan anak-anak MedicMesir ke bumi Mesir. Ameen Ya Rabb.

Salam,
UmmiMM

Tuesday, 30 August 2011

Salam Eidul Fitri 2011 & Shukran !

Assalamualaikum wbth,

Sempena 1 Syawal ini, Saya dan semua warga MedicMesir ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua muslimin dan muslimat, khususnya ahli keluarga MedicMesir. Taqabbalullah minna waminkum.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan MABRUQ kepada semua yang terlibat, termasuk anak2 Mesir, ibubapa dan rakan korporat saya yang memberi sokongan didalam menjayakan Kempen Dana JOM! Kasih Ramadhan 2.0. Alhamdulillah, Kempen ini telah mencapai kutipan melebihi sasaran awal. Sebanyak hampir 146,000LE telah berjaya dikutip. InshaAllah, seperti yang dirancang, agihan telah mula dilaksanakan untuk komuniti Malaysia, Mesir, Ghana dan Somalia.

Kepada yang bersama-sama terlibat didalam proses pembahagian kepada mereka yang memerlukan, saya mengucapkan Jazakallahu khairan Khatira. Semoga Allah swt membalas segala usaha kebaikan ini dengan sebaik-baik balasan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat atas usaha meringankan beban insan2 lain.

Doa saya agar Tarbiyah Ramadhan 2011 mampu membuka lembaran baru kearah kehidupan yang Mumtaz Dunia dan Akhirat. Ameen Ya Rab Alamin.

"al-ukhwatu fillah wa akhawatu lillah"

Salam,

Siti Haniza Mohd Nazri @ CTH @ UmmiMM

Thursday, 25 August 2011

KES PELAJAR TAJAAN JPA / MARA YANG TIDAK MENDAPAT TAWARAN PROGRAM PERUBATAN

Assalamualaikum wbth,
Hebahan ini adalah merujuk kepada pelajar-pelajar tajaan JPA / MARA yang kebanyakkan sudah tamat ditahap A-Level tetapi atas apa jua alasan, tidak dapat melanjutkan pengajian keluar negara atau tidak mendapat tajaan untuk pengajian perubatan atau tidak mendapat sebarang tawaran UPU.

JPA / MARA telah memajukan beberapa nama kepada MedicMesir. Bagi tujuan penyelarasan untuk membantu kumpulan ini, maka adalah dipohon agar mereka yang dari kumpulan pelajar ini, yang berminat untuk mengikut program perubatan di Mesir mengisi borang khas yang disediakan.

Pihak MedicMesir akan memproses permohonan anda ke Universiti dan seterusnya mengemukakan tawaran untuk urusan tajaan kepada penaja samada JPA atau MARA.

Sila isikan makluman ini sebelum Jumaat, 26hb Ogos 2011, 12 tengahari. Sila email slip SPM dan surat tawaran JPA / MARA ke medicmesir@gmail.com selepas mengisi makluman ini secara online. Nyatakan nama anda sebagai tajuk email apabila menghantar email.


Semoga usaha ini membantu merealisasikan impian anda untuk menjadi Doktor. Sila warwarkan kepada teman-teman yang berkaitan secepat mungkin..

Salam,
UmmiMM, 019 2306167

Tuesday, 23 August 2011

JOM! Kasih Ramadhan 2.0

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, JOM! Kasih Ramadhan menemui kita kembali tahun ini. Ramadhan juga kini hampir meninggalkan kita. Oleh itu, bagi mengambil peluang sementara Ramadhan masih bersama kita, maka MedicMesir bersama pelajar-pelajar dan ibubapa serta rakan korporatnya melancarkan JOM! Kasih Ramadhan 2.0.

1. InshaAllah, JOM! Kasih Ramahan 2.0 mensasarkan kutipan dana sebanyak 130,000LE dan jangkamasa kutipan adalah 5 hari (bermula dari 23 sehingga 27 Ramadhan sahaja!.)

2. Kemana kutipan 130,000LE akan disumbangkan?
1. 50,000LE Sumbangan ke Islamic Relief, Mesir untuk tujuan pembinaan rumah anak2 Mesir yang termasuk 'anak2 yatim, miskin, serba kekurangan dan keupayaan diri' di Helwan, Cairo.
2. 46000 LE untuk Program Kasih eShrin.
Kasih eShrin (20) adalah sumbangan pak makanan Ramadhan kepada 50 keluarga miskin di Malaysia (10 buah negeri) dan 120 keluarga Miskin di Mesir (lokasi di Tanta).
3. 20,000LE untutk sumbangan ke Somalia Refugee Camp.
4. 4000LE untuk sumbangan 800 Mushaf Quran ke Ghana.
5. 10000LE untuk program komuniti dan pemeriksaan kesihatan bersama Orang Asli CAmeron Highland.

3. Apa yang anda boleh bantu?
Warwarkan Kempen JOM! Kasih Ramadhan 2.0 ini kepada kenalan anda. (Klik di ikon FB dibawah)

4. Setiap anda mampu menjayakan kempen 130,000LE ini dengan hanya bermula 20LE !!
1. eShrin (20) Sumbangan mengikut matawang anda...20LE, RM20, 20USD, 20GBP, $20......
2. IbuBapa atau sumbangan dari anda yang bekerja sumbangan ikhlas denominasi RM200 amatlah digalakkan.
3. Warga Korporat. Sumbangan zakat RM2000 dari organisasi anda amatlah dialu-alukan

5. Bagaimana menyumbang?

LANGKAH PERTAMA: PLEDGE atau NIAT Sumbangan ANDA sekarang!
Sila PLEDGE diborang yang disediakan, anda boleh menyampaikannya kemudian kepada wakil2 JOM! Kasih Ramadhan atau memasukkan didalam bank kemudian. Pastikan PLEDGE dan NIAT anda dilakukan semasa anda berada didalam Zon Ramadhan! LINK BORANG 'PLEDGE atau NIAT'

LANGKAH KEDUA: PEMBAYARAN
Di Malaysia : Masukkan ke akaun 'Mansoura Consultancy' - Maybank - 512802511290
Di Mesir : Sampaikan terus ke wakil2 muhafazah

6. Apa yang perlu anda buat setelah bayaran dibuat (samada di Mesir atau Malaysia)
Maklum secara email slip atau sumbangan ke Zakwan Ilias (mansoura.medicmesir@yahoo.com) +60148635694

7. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan :
Pengarah (Malaysia) : Aiman Jusri ~+60133746393
Timbalan Pengarah (diMesir): Azizul Hakim Mahdi ~ +20142970299
Sekretariat program: Zahida ~ +60173947297

8. Wakil Muhafazah anda:
(wakil Muhafazah...sila berhubung dengan pengarah atau timbalan bagi mana-mana yang kurang jelas)

Alexandria
Malaysia: Muhammad Asyraf / Tengku Nurlisa
Mesir: Ruhaini Ruslan
Tanta
Malaysia : Tasneem / Siti Maisarah Razali / Siti Hawa Razali / Nabilah Omar /
Mesir : Amalia Nadrah
Mansoura :
Mesir : Anan Mohamad Akmal
Malaysia: Aiman Latiff / Kausar / Khairun Nisa / Nur Amanina Jamain / Salina /
AlAzhar
Malaysia; Siti Hajar Yunos / Munnawar / Faris Ramli / Naim CK
Mesir : Farris Hanafi
Zagazig:
Mesir : Nik Muhd Fitri
Malaysia: Shikin Nordin

9. Segala perbicangan mengenai perkembangan JOM! Kasih Ramadhan 2.0, sila hadirkan diri anda ke FB group ini ! http://www.facebook.com/groups/166266350089841/

10. Anda juga boleh mendapat makluman terkini dari blog dibawah:

11. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk kita sama-sama merebut peluang ibadah dibulan Ramadhan, Semoga ibadah kita ini diterima oleh Allah swt.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Salam,
Siti Haniza Mohd Nazri @ UmmiMM

Tarikh penerbangan untuk Tiket TAJAAN sesi 2011

Assalamualaikum wbth,

Saya merujuk kepada senarai penerbangan mengikut universiti seperti didalam posting

Bagi pelajar yang memohon tiket tajaan dan telah memberi nama melalui www.facebook.com/MedicMesir, sila ambil maklum bahawa tarikh tiket anda akan diselaraskan mengikut universiti, iaitu tarikh yang diberikan didalam posting diatas.

Untuk urusan ini, pihak MedicMesir sendiri akan berurusan dengan pihak penaja.

Harap Maklum,
UmmiMM

Monday, 22 August 2011

Jadual penerbangan pelajar Sesi 2011 ke Mesir

Assalamualaikum wbth,

Ramadhan Kareem! Semoga kita semua berada didalam kerahmatan dan maghfirah dan keampunan Allah swt.

Alhamdulillah, MedicMesir baru sahaja menyelesaikan menyusun tarikh penerbangan untuk sesi 2011.

Semua penerbangan adalah dengan menaiki pesawat GULF AIR . Waktu penerbangan adalah pada jam 1055 pagi dan semua pelajar dikehendaki berkumpul di KLIA pada 4 jam sebelum penerbangan ( iaitu 645pagi). Bersama ini adalah jadual penerbangan mengikut universiti:-

Penerbangan pertama: Alexandria University
Isnin, 26hb Sept ~ 1055 pagi

Penerbangan kedua : Tanta University
Rabu, 28hb Sept ~ 1055pagi

Penerbangan ketiga : Tanta University
Khamis, 29hb Sept - Jam 1055pagi

Penerbangan keempat : Mansoura, Zagazig dan Universiti AlAzhar
Sabtu, 1hb October ~Jam 1055pagi

Makluman lanjut akan dihantar dalam masa terdekat. Sekian

Salam,
UmmiMM

Thursday, 18 August 2011

NOC untuk pelajar KPT

Assalamualaikum wbth,

Merujuk kepada beberapa permohonan pelajar-pelajar KPT sesi 2010 yang memohon penghantaran dokumen JPA melalui MedicMesir. Sila ambil maklum, KPT tidak mengeluarkan NOC kepada pelajar-pelajar KPT secara automatik. Oleh itu sesiapa yang memerlukannya perlu menghantar semula borang ke KPT.

Bagaimanapun, MedicMesir perlu menghantar segera dokumen JPA anda. Oleh itu, Sukacita sekiranya, jika dapat diemail kepada ummi.medicmesir@gmail.com, surat panggilan KPT ke Mesir yang diterima sebelum berlepas ke Mesir dulu. Ini hanyalah dokumen sementara bagi mengantikan dokuemn NOC yang mungkin mengambil masa.

Segala pertanyaan bagi urusan ini sila berurusan dengan Cik FAtin di talian 0389459030 atau UmmiMM di talian 019 2306167

Harap Maklum.

Salam,
UmmiMM

Tuesday, 16 August 2011

preDENTAL TANTA

Assalamualaikum,

TAHNIAH kepada semua pelajar preDental Tanta University yang lulus 100% (TANPA DHUR THANI). Alhamdulillah, pihak Universiti telah memaklumkan semua keputusan kepada MedicMesir.


Ini membolehkan pihak MedicMesir terus menghantar terus keputusan ke JPA pada pagi esok.

TAHNIAH dan Alhamdulillah.

Salam,
UmmiMM

NOC bagi pelajar yang ada C

Assalamualaikum wbth,

Sila ambil maklum, bahawa pelajar yang mempunyai C didalam SPM bertanggungjawab untuk mengisi semua Borang SSLN (boleh didapati di muka depan blog MM) dan mengemukakan keputusan Tahun 1.

Untuk makluman, buat masa kini, syarat KPT masih memerlukan sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan untuk tahun pertama bagi meluluskan NOC. Mereka yang mendapat Jayyid boleh mencuba tetapi tidak ada apa-apa jaminan.

Oleh itu, semua pelajar dinasihatkan untuk menghantar permohonan NOC masing2 terus ke KPT. Menghantar sendiri secara individu adalah lebih cepat dibandingkan jjika secara berkumpulan. Bagaimanapun, jika memerlukan perkhidmatan MedicMesir untuk urusan ini, sila berhubung terus dengan Cik Atifah atau Cik Mira di talian 03 89459030 atau di email medicmesir@gmail.com.

Harap Maklum dan Semoga Najjah!

Salam,
UmmiMM


SENARAI NAMA DOKUMEN JPA TIDAK LENGKAP

Assalamualaikum wbth,

1. Dibawah adalah senarai nama2 yang telah menghantar dokumen JPA tetapi tidak lengkap. Jika anda mempunyai dokumen yang dimaksudkan, sila email dengan KADAR SEGERA ke medicmesir@gmail.com sebelum jam 11 waktu Malaysia, 16hb Ogos 2011.
JIka sudah menghantar sebelum ini, mohon forward sahaj lagi sekali.

2. Jika TIADA DOKUMEN atau sebarang makluman yang nak disampaikan, sila maklumkan melalui link

3. Bagi pemohon yang tidak menyediakan dokumen:

a. Penerimaan permohonan online - MM akan beranggapan anda TIDAK MEMOHON ONLINE sebelum 31hb Julai 2011. Jika ada tolong email segera. INI SEBAGAI BUKTI ANDA TELAH MEMOHON ONLINE.

b. NOC - semua pelajar MM sepatutnya sudah mempunyai NOC, kecuali mereka yang mempunyai C didalam SPM. Oleh itu borang NOC serta dokumen berkaitan perlu disediakan.

c. Keputusan Tahun 1 - sila nyatakan dalam link jika masih tidak dapat.

d. Permohonan yang tidak LENGKAP akan turut dihantar dan mempuntyai RISIKO untuk diTOLAK.

4. Sila warwarkan kepada rakan yang nama mereka tertera didalam senarai ini.

Segala pertanyaan mengenai urusan dokumen diatas, sila berhubung dengan Cik Farah di talian 03 8945 9030 (urusan Dokumen JPA)

Harap Maklum ,
UmmiMM

BIL

NAMA

DOKUMEN YANG TIDAK LENGKAP

1

FATIN NADHIRAH BT JAMAL ABD NASIR

a

Surat Tawaran

b

Keputusan Tahun 1

b

Sijil SPM

d

NOC

2

FATIN AISYAH BT MOHD BASAR

a

Surat Tawaran

b

Keputusan Tahun 1

c

NOC

3

HANI SOFIA BT OMAR

a

Surat Tawaran

b

Keputusan Tahun 1

c

NOC

d

Bukti boleh menampung kos sara hidup

4

KHADIJAH BT ANWAR

a

Surat Tawaran

b

Keputusan Tahun 1

c

NOC

5

MOHAMAD SHAHRUL RIZAL

a

Keputusan Tahun 1

b

NOC

c

Bukti boleh menampung kos sara hidup

6

NOR ADIBAH AMIRAH BT NORZELAN

a

Surat Tawaran

b

Keputusan Tahun 1

7

NURUL AFIFAH BINTI ROSMAN

a

Keputusan Tahun 1

b

NOC

c

Bukti boleh menampung kos sara hidup

8

NURUL AIN BINTI WAN SABRI

a

Keputusan Tahun 1

9

NURUL ATHIRAH BT YAACOB

a

Surat Tawaran

b

Keputusan Tahun 1

c

NOC

10

SHARIFAH NABILAH BT SYED MOHD HAMDAN

a

Surat Tawaran

b

Keputusan Tahun 1

c

NOC

11

YASMIN SAFINAH BT MOHAMAD NASEM

a

Surat Tawaran

b

Keputusan Tahun 1

c

NOC

12

SITI NUR AZLINA BT ZOLKEFLE

a

Keputusan Tahun 1

13

MOHAMMAD HAFIZI BIN IDRIS

a

Keputusan Tahun 1

14

ANIS SALWA BT AMIN

a

Keputusan Tahun 1

15

JUHANAZ NADIA BT HAJI JAMALUDIN

a

Keputusan Tahun 1

16

ATIQAH SYAIRAH BT KAMAROZAMAN

a

Keputusan Tahun 1

b

NOC

17

NUR SHAERA BT ABDUL MAJID

a

Keputusan Tahun 1

18

AL-AZRIL BIN ARIFIN

a

Keputusan Tahun 1

b

NOC

c

Bukti boleh menampung kos sara hidup

19

NOR AIMAN LIYANA BT MOHAMAD SAUPI

a

Keputusan Tahun 1

b

IC adik beradik

c

Surat beranak adik beradik

20

MUAHAMMAD FAEZ ZULKIFLI

a

Surat beranak (pelajar/ibu bapa)

21

ABDUL HALIM BIN MAHAMUD

a

NOC

22

MUHAMMAD ZAKUAN BIN ISHAK

a

KP pemohon & keluarga

b

Surat Tawaran

c

Passport pelajar

d

Maklumat pendapatan ibu bapa

e

Bukti boleh menampung kos sara hidup

23

NUR HIDAYAH BINTI ABU BAKAR

a

Bukti boleh menampung kos sara hidup

24

SITI NORADILAH BT AZMI

a

Penerimaan permohonan online

b

Surat beranak (pelajar/ ibu bapa)

c

KP pemohon & keluarga

d

Passport pelajar

e

Surat tawaran

25

NURUL IZZATI BT MOHD ARIFF

a

Penerimaan permohonan online

26

NUR ADILA BT ROSMAZI

a

Penerimaan permohonan online

b

Surat beranak (pelajar/ ibu bapa)

c

NOC

27

MOHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MOHAMAD NOOR

a

Penerimaan permohonan online

b

Surat beranak (pelajar/ ibu bapa)

c

NOC

d

Bukti kos sara hidup

28

MOHD ARIF FARAHIN BIN MOHD NOR

a

Penerimaan permohonan online

b

Maklumat pendapatan ibu bapa

c

NOC

d

Bukti kos sara hidup

29

NOOR ATHIRAH LIYANA BINTI SALLEH

a

Penerimaan permohonan online

b

NOC

30

JEHAN IZYAN SIDHU BINTI AMIR HARJEET

a

Penerimaan permohonan online

b

NOC

31

AINAL MARDHIAH BT AHMAD ZAHIDI

a

Penerimaan permohonan online

b

NOC

c

Bukti kos sara hidup

32

MUHAMAD BADRUL AMIN

a

Penerimaan permohonan online

33

MOHAMAD AMIRUL HAFIZ BIN NORAZMI

a

Penerimaan permohonan online

34

AHMAD FADIL BIN AHMAD YUNOS

a

Penerimaan permohonan online

b

NOC

c

Bukti kos sara hidup

35

FARHANA AISYAH BT NATDZRI

a

Penerimaan permohonan online

36

ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN

a

Penerimaan permohonan online

b

Maklumat pendapatan ibu bapa

c

Bukti kos sara hidup

37

NUR FARAHIN BINTI MOHD RIDZUAN WUI

a

Penerimaan permohonan online

b

Maklumat pendapatan ibu bapa

c

Bukti kos sara hidup

38

MUHD SYAZWAN BIN MOHAMMAD NAZRI

a

Penerimaan permohonan online

b

Kad pengenalan pelajar

c

Surat tawaran

d

Sijil SPM

e

Maklumat pendapatan ibu bapa

f

NOC

g

Bukti kos sara hidup

39

NOR FATHIHAH BINTI NORDIN

a

Penerimaan permohonan online

b

NOC

40

MOHD ARIF BIN AHMAD

a

Penerimaan permohonan online

41

MUHAMMAD SYAHIR BIN AHMAD

a

Penerimaan permohonan online

42

NORASHIKIN BINTI ABDULLAH

a

Penerimaan permohonan online

43

NUR 'ATIKAH BINTI ALI MUNAWAR

a

Penerimaan permohonan online

44

ZAIYAN MASTURAH BINTI MOHD YASIN

a

Penerimaan permohonan online

b

NOC

45

NUR ATIKAH BINTI ABDUL RAHIM

a

Penerimaan permohonan online

b

NOC

46

NUR AKHBARIAH BINTI MD NAJAS

a

Penerimaan permohonan online

47

HAJAR AISYAH BT AZMAN

a

Penerimaan permohonan online

48

HAZHEEM SYAZWAN BIN HUSSIN

a

Penerimaan permohonan online

b

Bukti kos sara hidup

49

NOOR HAWANI BINTI MAHMOOD

a

Penerimaan permohonan online

b

Keputusan Tahun 1

50

IFFATUL HANIS BT ZAKARIA

a

Penerimaan permohonan online

b

Keputusan Tahun 1

51

NUR DALILA BT AZMI

a

Penerimaan permohonan online

b

Keputusan Tahun 1

c

NOC

52

NUR ADIBAH BT MOHAMAD ZAINI

a

Penerimaan permohonan online

b

Keputusan Tahun 1

53

NOR IZZATI SHAQIRAH BT ZAINUDDIN

a

Penerimaan permohonan online

b

KP pemohon & keluarga

c

Surat beranak (pelajar, ibubapa/penjaga)

d

Keputusan Tahun 1

54

NUR SYAHIRAH BT AZHAM SHAH

a

Penerimaan permohonan online

b

KP pemohon & keluarga

c

Surat beranak (pelajar, ibubapa/penjaga)

d

Keputusan Tahun 1

E

Sijil SPM

F

NOC

g

Bukti boleh menampung kos sara hidup

55

ADRI BIN SURJANA

a

Penerimaan permohonan online

b

Keputusan Tahun 1