Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 30 August 2011

Salam Eidul Fitri 2011 & Shukran !

Assalamualaikum wbth,

Sempena 1 Syawal ini, Saya dan semua warga MedicMesir ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua muslimin dan muslimat, khususnya ahli keluarga MedicMesir. Taqabbalullah minna waminkum.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan MABRUQ kepada semua yang terlibat, termasuk anak2 Mesir, ibubapa dan rakan korporat saya yang memberi sokongan didalam menjayakan Kempen Dana JOM! Kasih Ramadhan 2.0. Alhamdulillah, Kempen ini telah mencapai kutipan melebihi sasaran awal. Sebanyak hampir 146,000LE telah berjaya dikutip. InshaAllah, seperti yang dirancang, agihan telah mula dilaksanakan untuk komuniti Malaysia, Mesir, Ghana dan Somalia.

Kepada yang bersama-sama terlibat didalam proses pembahagian kepada mereka yang memerlukan, saya mengucapkan Jazakallahu khairan Khatira. Semoga Allah swt membalas segala usaha kebaikan ini dengan sebaik-baik balasan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat atas usaha meringankan beban insan2 lain.

Doa saya agar Tarbiyah Ramadhan 2011 mampu membuka lembaran baru kearah kehidupan yang Mumtaz Dunia dan Akhirat. Ameen Ya Rab Alamin.

"al-ukhwatu fillah wa akhawatu lillah"

Salam,

Siti Haniza Mohd Nazri @ CTH @ UmmiMM

No comments:

Post a Comment