Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday 14 August 2011

TAHNIAH JOM! Crew 2011 atas kejayaan JOM! ON CALL 2011

Assalamualaikum wbth,

TAHNIAH setinggi2 TAHNIAH kepada JOM! Crew terutamanya team seniors JOM! Mansoura yang menjayakan JOM! On Call 2011 yang telah berlansung pada 7-9hb Ogos 2011 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putra Jaya (Masjid Besi). Terimakasih juga kepada jemputan yang menjayakan program ini antaranya Prof Dr Abdul Latiff Mohamed dan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif. Penghargaan juga kepada IKRAM Putrajaya dan Pengurusan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putra Jaya atas kerjasama yang diberikan.

Ummi yakin mereka yang berkesempatan mengikut program ini dapat merasai manfaat luar biasa. Apatah lagi, ini satu peluang bagi adik2 'junior' 2011 berinteraksi dengan abang dan kakak 'seniors' Mesir.

SYABAS kepada JOM! Crew kerana segala program diatur sendiri dan bebas tanpa sebarang input dari Ummi. Ini membuktikan kematangan seniors JOM! Crew. Alhamdulillah, Senior JOM! Crew meliputi pelajar-pelajar dari agensi selain MedicMesir, iaitu MARA, JPA, AQM dan GMN. Ini mempamerkan kesatuan objektif dan fikrah dikalangan mereka.

Ummi juga memohon maaf dan terasa TERKILAN kerana tidak berkesempatan bersama-sama semasa program berjalan. Ini kerana terpaksa memberi perhatian kepada urusan imtihan pelajar-pelajar di Mesir. Alfu Shukran kepada semua. Semoga usaha kita berkasih sayang dan membina ukhuwah keranaNYA di berkati.

Salam Sayang,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment