Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, 28 August 2008

'LAST CALL' PENDAFTARAN 2008

Salam hormat,

Sukacita dimaklumkan atas permintaan ramai, Medicmesir menganjurkan Taklimat untuk Program Perubatan Mesir 2008. Sessi taklimat akan diadakan di Kota Bharu & Serdang.

Sessi 1: Jumaat, 29hb Ogos 2008 (9-11pagi)
Tempat: Pusat Pengajian Universiti PUTRA Malaysia,
Bangunan Majlis Daerah Tumpat, Wakaf Baharu

Sessi 2: Sabtu, 30hb Ogos 2008 (10-12 tghri)
Tempat: Fakulti Perubatan, Universiti PUTRA Malaysia, Serdang (sebelah Hospital SERDANG)

Sessi 3: Sabtu, 6hb September 2008 (10-12 tghri)
Tempat: Fakulti Perubatan, Universiti PUTRA Malaysia, Serdang (sebelah Hospital SERDANG)

Pelajar yang tidak berpeluang untuk menyertai taklimat tapi berminat untuk mendaftar,
sila download Borang Saringan dan email borang yang telah diisi ke medicmesir@gmail.com.

BERMINAT utk hadir. SMS < nama / sessi>ke 019 3106167.

Sekian Wassallam



Tuesday, 19 August 2008

Tiada TAJAAN MARA/JPA untuk PERUBATAN AL AZHAR utk Tahun 2-Akhir

Salam semua,

Saya ingin merujuk kepada Tajaan Zakat untuk Tahun Pertama. Ingin saya maklumkan bahawa Tajaan 100% ini Terhad utk Tahun Pertama sahaja.

Perlu diingatkan, bahawa pihak MARA / JPA tidak akan menaja mana-mana pelajar ke AlAzhar untuk Tahun Pertama / Kedua dan seterusnya.

Oleh itu pelajar mesti mempunyai sumber-sumber kewangan sendiri atau lain-lainnya.

Sila berhubung dengan MARA di 02 26915111 atau JPA, Bhg Biasiswa, 03888853386 utk keterangan lanjut atau YM medicmesir

Sekian Harap Maklum

Wednesday, 6 August 2008

Program Persediaan & Kursus Bahasa Arab Amiyah Intensif 2 minggu


Salam,

Sukacita dimaklumkan Program diatas akan diadakan seperti dibawah:

Tarikh : 18-30 hb Ogos 2008
Waktu Lapur Diri : 2-3 ptg
Taklimat : 3-5ptg
Tempat Pendaftaran :
Kolej 17, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan,
Universiti PUTRA Malaysia Serdang
(peta lokasi seperti diatas)

Agenda Program:
  1. Program akan bermula Isnin, jam 830malam, di Bangunan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
  2. Program Persediaan akan merangkumi Kelas Intensif Bahasa Arab Amiyah serta beberapa siri motivasi serta 'medical students tips & talks' oleh beberapa Doktor pilihan.
  3. Program akan bermula 9-12 tghri, 3- 5 petang dan 8-10mlm
  4. Ujian Bahasa Arab akan diadakan sebelum Program tamat

(senarai penuh Program akan dibekalkan semasa pendaftaran)

Kelengkapan Harian
1. Pakaian yang secukupnya
2. Bantal serta sarung & cadar
3. Toileteries secukupnya (termasuk utk membasuh pakaian sepanjang program)
4. Buku Nota Bahasa Arab

TIADA BAYARAN DIKENAKAN UNTUK PELAJAR MEDICMESIR
Pelajar bukan dibawah kelolaan MedicMesir dikenakan caj RM1000/seorang

Segala pertanyaan sila berhubung dengan Tengku Adzrene di Talian 03 89489030 atau sms di 019 3106167

Sekian & Jumpa di UPM



Tuesday, 15 July 2008

Bantuan Am Pelajaran (IPT)

Salam,

Bagi pelajar yang telah mendapat surat tawaran dan berminat untuk mendapatkan tajaan menerusi program diatas.

Permohonan terhad kepada warga Selangor / Wilayah / Kelantan sahaja.
Keutamaan diberikan kepada ibubapa yang berpendapatan rendah serta prestasi SPM yg baik .
Penaja akan menarik Tajaan pada bila-bila masa jika pelajar gagal didalam peperiksaan

FORMAT TAJAAN
Taklimat akan diberikan oleh pihak penaja dalam masa terdekat

Tajaan merangkumi:
1. Tajaan kapalterbang sehala
2. Wang Poket untuk Persiapan sebelum berangkat
3. Tajaan sepenuhnya sepanjang pembelajaran di Mesir

Sila sediakan dokumen dibawah dan serahkan diPejabat MedicMesir sebelum Sabtu, 19hb Julai 2008 , 5pm.
1. Salinan Kad Pengenalan pemohon/ ibubapa /penjaga dan tanggungan
ii. Salinan Sijil Kelahiran pemohon/ ibubapa /penjaga dan tanggungan.
iii. slip SPM
iv. Salinan penyata gaji / pencen / borang J ibubapa.
v. Salinan buku akaun Bank Simpanan Nasional (GIRO) pelajar yang menunjukkan nombor akaun
vi. Salinan Surat Tawaran Universiti
vii. Sijil Nikah IbuBapa / Surat Cerai ibubapa

Borang Asal permohonan boleh diambil dari pejabat MedicMesir (borang fotokopi tidak diterima sebagai SAH). Sila pastikan dokumen diatas lengkap sebelum datang ke pejabat MedicMesir.

Jika berminat untuk memohon sila sms (Nama-Bantuan Am Pelajaran) ke 019 3106167

Ini penting sebab borang adalah terhad. Pihak MedicMesir akan memaklumkan jika permohonan sudah tamat / semua borang sudah dipenuhi.

Sunday, 13 July 2008

Tajaan Khas Program Perubatan Al Azhar


Salam,

Sukacita dimaklumkan permohonan dibuka untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti program Perubatan di Universiti Al Azhar.

Syarat-syarat:
1. Minima 4B didalam mana-mana subjek Sains, Matematik dan Bahasa Arab Tinggi
2. Tiada LatarBelakang Tahfiz / sekolah agama diperlukan. Bagaimanapun, ia masih satu kelebihan.

Struktur Program Al Azhar
1. Program selama 6 tahun.
2. Modul Program adalah kombinasi

Modul Agama Dalam Bahasa Arab (Nahu, Balaghah, Adab Nusus, Fikah, Tarikh Tasyri', Tafsir, Hadis, Sirah, Aqidah & Akhlak * Hafazan 2 Juz)

Modul Perubatan((Anatomy, Histology, Physiology dan Biochemistry) + Bahasa Inggeris & Terminology + Komputer)

Untuk yang berminat untuk menyertai Program ini, sila email salinan slip SPM / cabutan sijil Lahir. Nyatakan alamat rumah dan no HP>>>Tajuk Email:
Email kepada medicmesir@gmail.com

Tarikh tutup permohonan ke AlAzhar adalah 15hb Ogos 2008.

Borang tajaan dan lain-lain yang berkaitan akan dihantar terus kepada pelajar.

YURAN TAJAAN INI AKAN DIBAYAR TERUS KEPADA UNIVERSITI




Thursday, 10 July 2008

Rayuan Tajaan Tahun Pertama Program Perubatan MESIR 2008

Salam,

PihakMedicMesir bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membantu pelajar-pelajar menampung perbelanjaan Tahun Pertama. Tajaan bergantung kepada keputusan SPM serta latarbelakang ekonomi ibubapa. Tajaan mungkin berbeza dari segi jumlah serta bentuk tajaan.

Tidak dapat dinafikan, keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam SPM. Ianya bukan pasti, tapi
adalah usaha tambahan Medicmesir bagi meringankan beban pelajar yg telah memohon.

Download Borang Rayuan Tajaan Tahun Pertama disini.

1. Sila isikan dalam 5 salinan (isi satu salinan & fotokopi 4 yg lain).
2. Pastikan tandatangan adalah 'original', buka fotokopi untuk semua salinan.
3. Salinan KP / Sijil Lahir, sila buat salinan dalam kertas A4
4. Kepilkan surat tawaran
5. Pastikan semua salinan telah disahkan.
6. Serahkan melalui Pos Express sebelum 29 July 2008.
7. Poskan ke :
Medicmesir, 17-1, Jln Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, SELANGOR DARUL EHSAN.

Segala pertanyaan, sila hubungi >>
>> 019 3106167 (Pn Siti Haniza @ ummi ) atau
>> 03 89489030 (Tengku Adzrene)
>> atau YM di medicmesir / email: medicmesir@gmail.com

Permohonan lewat tidak akan dilayan sama sekali.
Tingkatkan doa, agar usaha kita dipermudahkan serta diberkati Allah swt.


ikhlas,
medicmesir

Monday, 16 June 2008

Struktur Yuran Universiti

Mansoura University

Dentistry (5tahun)
Tahun Pertama= 3300 pound sterling (RM21K). Tahun Ke2-5= 1800 pound sterling(RM11K)

Ordinary Medic (6 tahun)
Tahun Pertama= 3300 pound sterling(RM21k). Tahun Ke2-5= 1800 pound sterling(RM11K)

Manchester Twinning Program (6tahun)
Tahun Pertama= 4000 pound sterling(RM25,600). Tahun Ke2-5= 3000 pound sterling(RM21K)

(*berdasarkan Kadar Pertukaran = 1 pound sterling = RM6.4)

Sila buat pembayaran jumlah dalam 'pound sterling' terus di atas nama 'Mansoura University' . Ansuran bayaran 2 atau 3 kali boleh diuruskan melalui MedicMesir.

------------

Universiti Al Azhar

Tahun Pertama= 2000USD (100% tajaan )- Yuran akan dibayar oleh MedicMesir terus ke universiti
Tahun 2-6= 8000 USD / setahun

Sila ambil maklum, JPA/MARA tidak menaja mana-mana pelajar ke Uni AL Azhar

------------

Universiti Alexandria

Tahun 1-6= 8000 USD / setahun

Yuran perlu dibayar sepenuhnya semasa mendaftar.

------------

Universiti Zagazig

Tahun Pertama= 2000USD
Tahun 2-6= 8000 USD / setahun





Tuesday, 10 June 2008

RM200,000 tajaan utk setiap pelajar (kecuali ke AlAzhar-program konvensional 7 tahun)

a


Petikan dari Garis Panduan

Mohon JPA Online disini

1. PRINSIP DAN KONSEP PINJAMAN

1.1 Kerajaan pada prinsipnya mengalakkan pelajar-pelajar mengikuti pengajian di dalam negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Sehingga kini terdapat 20 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan lebih 500 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai bidang pengajian kepada pelajar. Sungguhpun demikian, kerajaan menerima banyak permohonan daripada pelajar-pelajar persendirian yang sedang mengikuti pengajian di luar negara untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sehubungan itu, kerajaan meluluskan skim pinjaman yuran pengajian bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar persendirian di luar negara tertakluk kepada syarat dan kriteria yang tertentu.

1.2 Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM200,000.00 seorang. Had ini ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik selepas tamat pengajian nanti. Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.


2. JENIS PINJAMAN

Jenis-jenis pinjaman yang tawarkan adalah seperti berikut :-


2.1 Pinjaman Khas Perubatan


Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jaya.

2.2 Pinjaman Biasa

Pinjaman ini terbuka kepada pelajar-pelajar di dalam bidang-bidang lain yang diberi keutamaan selain daripada perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

3. BAYARAN BALIK PINJAMAN

Bayaran balik pinjaman perlu dibuat selepas pelajar berjaya menamatkan pengajian atau ditamatkan pengajian kerana sebab-sebab kelemahan akademik, sakit dan sebagainya. Bayaran secara ansuran bulanan adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang dibuat. Contoh jadual bayaran balik pinjaman sekiranya meminjam sebanyak RM200,000 adalah seperti berikut:

Jumlah Pinjaman

Jumlah Bayaran Balik

RM 200,000

RM 400 x 40 bulan


RM 600 x 120 bulan


RM 800 x 140 bulan

Wednesday, 4 June 2008

Permohonan Masih Dibuka



Yup! Permohonan masih dibuka sehingga akhir Ogos 2008. Bagi pelajar yang berminat sila mohon SEGERA dengan mengisi Borang Saringan. Email borang yg telah diisi ke medicmesir@gmail.com. Pihak Medic Mesir akan menilai dan mendapatkan Conditional Offer. KOS setakat ini PERCUMA!

Selepas berjaya SARINGAN, dokumen selanjutnya di proses bagi mendapatkan Surat Tawaran dari Universiti. Surat Tawaran akan dikeluarkan setiap 2 minggu. Bayaran deposit prosesan RM2000 beserta dokumen penting yg lain perlu diserahkan untuk proses selanjutnya.

Tempat TERHAD. Sila mohon awal !

Sertai Taklimat serta kaunselling secara peribadi setiap Sabtu di pejabat MedicMesir. SMS ke 019 3106167 utk tempahan seat taklimat.

Segala pertanyaan, sila hubungi HOTLINE MEDICMESIR di 019 310 6167

Sunday, 18 May 2008

FLIGHT PERCUMA KLIA - CAIRO bagi yang layak


Jangan lepaskan PELUANG!.

MedicMesir membantu pelajar-pelajar dibawah kelolaan MedicMesir yang gagal mendapat Biasiswa JPA / MARA dan lain, untuk mendapat kan tajaan Tiket Kapal Terbang.

Ini berharap dapat mengurangkan beban pelajar persendirian.

Penajaan tertakluk kepada kelayakan serta pertimbangan penaja.

Borang permohonan penajaan flight akan diberikan kepada pelajar sebulan sebelum berangkat.

Sekian,
Sekretariat Medic Mesir

Friday, 16 May 2008

GET Student REWARD


MedicMesir amat menghargai mereka yang menyampaikan makluman mengenai MedicMesir kepada kenalan yang berminat.

Atas usaha ini, MedicMesir 'reward' RM500 keatas setiap satu kenalan yang diperkenalkan.

'GET Student Reward' ini terbuka kepada semua. Baik pelajar baru MedicMesir, bakal pelajar, palajar yg kini menuntut di Mesir serta mak / bapa pelajar.

Apa yang perlu anda lakukan?

Mudah shj. Email kan nama kenalan ke ummi.medicmesir@gmail.com SEBELUM MEREKA MENDAFTAR ONLINE atau SEBELUM MEREKA MENYERTAI TAKLIMAT MEDICMESIR.

Diruang form ONLINE, mestilah tertulis NAMA ANDA. Oleh itu, anda dinasihati untuk mendaftarkan ONLINE bagi pihak mereka.

Terimakasih kami ucapkan.

Harapan kami semoga lebih ramai yang mengambil peluang ini.

Saturday, 10 May 2008

BIASISWA JPA

Keputusan program perubatan luar negara 20o8 boleh disemak di laman www.jpa.gov.my bermula Isnin, 12hb May 2008, 8pagi.

Semoga berjaya!

Thursday, 8 May 2008

BIASISWA MARA

Keputusan temuduga pelajar Perubatan yang memohon Biasiswa MARA akan boleh disemak di lama www.mara.gov.my bermula hari ini bermula jam 12 tengahari.

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang BERJAYA !!

Saturday, 16 February 2008

Kenapa Mahu Menjadi DOKTOR?

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

“Sebab minat biologi?”, Baca seterusnya

Layakkah anda?


Kelayakan minima

Sekurang-kurangnya 5 Kepujian dengan 4B bagi mata pelajaran Sains dan Matematik untuk Kursus Perubatan dan Pergigian.

Bagi mereka yang mendapat kurang dari syarat minima tetapi masih berminat untuk ke bidang Perubatan, sila berhubung dengan pihak MedicMesir untuk konsultansi lanjut.

Doktor Versi Mesir. Generasi Baru?

coming soon!

Khidmat MedicMesir

Perkhidmatan MedicMesir merangkumi
3 bhg A, B & C:
A- Khidmat mendapatkan ‘Penempatan di Universiti’
1. Khidmat Nasihat pemilihan program bersesuaian dengan minat dan kelulusan SPM pelajar (bagi yg belum membuat keputusan).
2. Urusan dokumentasi untuk urusan saringan pertama (PERCUMA)
3. Urusan dokumentasi lengkap untuk proses permohonan kerajaan Malaysia dan Kerajaan Mesir.
4. Mendapatkan surat tawaran penempatan dari universiti pilihan
B- Khidmat sebelum berangkat
1. Minggu Orientasi di Malaysia (khas utk mendedahkan realiti kerjaya Doktor di Malaysia. Akan disampaikan oleh beberapa doktor pakar di Malaysia)
2. Khidmat penempahan tiket ke Mesir (tiket ditaja sepenuhnya berdasarkan kelayakan)
3. Khidmat pengurusan VISA pelajar.
4. Khidmat pengurusan penerbangan pelajar di KLIA, Malaysia
5. Khidmat penempahan awal hostel Medic Mesir
(sewa percuma setakat 30hb June 2009). 
- Terhad kpd permohonan dgn 'bayaran penuh setakat 29 July 2008'. Bayaran
terhad kepada sewa sahaja. Mereka yang membayar selepas 29 July 2008 perlu membayar sewa dan barang rumah sendiri.
- Berkaitan cagaran RM600.
  - Mana-mana barang yang dibeli (selain dari apa yang diberi oleh tuan rumah)
    adalah dari wang pelajar sendiri atau dibayar melalui wang cagaran sebanyak RM600 yang dibayar kepada MM sebelum berangkat ke Mesir. 
- Sila ambil maklum, wang cagaran sewa yang dibayar dari tuan rumah adalah juga diambil dari wang RM600 yang diberikan kepada MM. Sila ambil maklum, adalah menjadi tugas pelajar untuk mendapatkan semula wang cagaran tersebut dari tuan rumah.
- Bagi pelajar yang membeli barang perabut rumah melalui wang cagaran RM600, MM berhak mendapatkan baki lebihan kos yang dibelanjakan setelah ditolak wang bagaran tuan rumah serta kos yang dibelanjakan terhadap barang perabut rumah.

C- Khidmat setelah tiba di Mesir
1. Khidmat penyelengaraan pelajar di Cairo Airport
2. Khidmat tranportasi pelajar dari airport ke Universiti masing-masing.
3. Khidmat kemasukan ke hostel atau rumah sewa yang ditempah.
4. Kursus Bahasa ARAB (Amiyah) (PERCUMA- tiada bayaran tambahan)
5. Khidmat pengurusan VISA pelajar dari tahun pertama sehingga tamat belajar.
6. Khidmat kebajikan pelajar dari mula hingga tamat pelajar (bagi yg memerlukan)

Tatacara Memohon & Borang

Download Borang Saringan. Saringan ini adalah untuk meneliti Universiti yang terbaik bergantung kepada keputusan SPM serta program yang dipilih.
Borang perlu dikembalikan MELALUI EMAIL ke medicmesir@gmail.com
(Tarikh tutup 10hb May 2008)
2. Dalam masa 5 hari, pemohon akan diberi jawapan ‘Conditional Offer’. Jika layak, kaunselor MM akan mencadangkan universiti bersesuaian dengan permohonan serta keputusan SPM. Ini juga berdasarkan, penerimaan awal pihak universiti.
3. Setelah lulus Saringan pertama, anda dikehendaki melengkapkan borang yang selanjutnya. Ini adalah urusan dokumentasi formal dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Universiti berkenaan.
4. Tarikh-tarikh penting:
10May 2008
Tarikh Tutup Borang Saringan

5hari selepas penghantaran Borang Saringan

Keputusan Saringan

25May 2008
Tarikh penghantaran Borang Permohonan ke Kementerian Pengajian Tinggi

1 July 2008
Minggu Orientasi di Malaysia
(pendedahan realiti kareer doktor diMalaysia. Sessi bersama doktor-doktor PAKAR berpengalaman)

15 August 2008
Jangkaan berangkat ke Mesir

16-30Aug 2008
Minggu Orientasi di Mesir & Kelas Bahasa Arab Amiyah

Awal Sep
Sessi pengajian tahun 2008 bermula.

5. Permohonan terbuka kepada semua lepasan
SPM 2004, 2005, 2006, 2007 warganegara Islam Malaysia.w

Borang Permohonan Rasmi KPT

Borang ini hanya perlu diisi selepas mendapat kelulusan SARINGAN

Sila download

1. Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti di Mesir (Borang KPT/Perubatan/Mesir/2006)

2. Borang Permohonan Sijil Sokongan Luar Negara (Borang KPT/SSLN/2006)

Checklist untuk serahan ke MedicMesir:

1) 4 set Borang KPT/Perubatan/Mesir/2006 &
2) 4 set Borang KPT/SSLN
/2006
3) 24 keping gambar berukuran passport
4) 10 salinan Kad pengenalan pemohon
5) 10 salinan slip SPM
6) 10 salinan passport(muka dalam yang bergambar)
7) 10 salinan Cabutan Sijil Lahir
8) 1 Salinan ASAL Cabutan Sijil Lahir
9) 10 salinan Penyata Bank Ayah
9) Cek / Tunai Deposit Prosesan RM2000.

- Urusan terjemahan sijil kelahiran / keputusan SPM akan diuruskan oleh MedicMesir

Yuran Medic Mesir

BIL
PROSES
BAYARAN
1
Borang Saringan
PERCUMA
2
DEPOSIT Yuran Khidmat
(selepas lulus Saringan awal penempatan universiti).
RM2000
3
Baki Yuran
Selepas mendapat surat tawaran Universiti. (Jumlah perlu diselesaikan bagi yg ingin mendapatkan surat tawaran utk urusan penajaan)
RM8000
4
Transportasi pelajar dari Cairo ke Universiti / hostel masing2
Termasuk
5
Orientasi di Malaysia (1 minggu)
Sessi bersama doktor2 pakar berpengalaman di Malaysia
PERCUMA
6
Kursus Bahasa Arab (2minggu di Mesir)
PERCUMA

7

SEWA HOSTEL sehingga 30hb June 2008 (terhad kpd pemohon yg membuat bayaran penuh setakat 29July)

Wang cagaran yang dibayar sebanyak RM600 adalah untuk tujuan bayaran wang cagaran kepada tuan rumah dan pembelian perkakas rumah. Jika tidak mencukupi, MM berhak meminta wang tambahan. 


Termasuk 
(Terhad kpd yang membayar penuh setakat 29July sahaja)

JUMLAH RM10,000

Nota:
a. Jumlah rm2000 dipulangkan dengan penuh hanya jika MM gagal mendapatkan sebarang tawaran untuk pelajar.
b. Kos Flight dari KLIA ke Cairo adalah RM1500-RM2000. Medic Mesir telah mengenal pasti ‘sponsor’ untuk mereka yang layak. Sponsor adalahterhad dan mengikut kelayakan.
Keutamaan diberikanmengikut tarikh pendaftaran.
*Perubahan struktur ini berkuatkuasa 29April2008

Yuran Universiti

Pihak MedicMesir dalam proses kemaskini Yuran terkini dari universiti masing-masing.
sila kembali lagi.

tkasih

Yuran Sara Hidup

Pelajar Tajaan Kerajaan

Setakat ini JPA / MARA / Yayasan memberi sebanyak RM800-RM1000 sebulan. Iaitu sekitar 1300-1600 LE. Jumlah ini amat selesa dengan kos sara hidup di Mesir

Pelajar Tajaan Sendiri

Jika mengikut anggaran budget dibawah, RM400-RM500 sudah memadai:

Sewa Rumah + utiliti 300 LE

Makan (masak dirumah) 100 LE

Lain-lain 200 LE

Jumlah diperlukan 600 LE

Bersamaan RM360

(sila ambil maklum, hostel / rumah sewa sehingga june 2009 diberi secara PERCUMA). Pembelian perabut dan barangan tambahan (selain dari yang dibekalkan oleh tuan rumah) adalah tidak termasuk. Pelajar perlu membayar sendiri.

Cara mengeluarkan wang di Mesir

Pelajar dicadangkan membuka joint-account HSBC bersama Ibu atau Bapa di Malaysia sebelum berangkat. Ini membolehkan, ibubapa mengdeposit wang ke HSBC di Malaysia, dan , pelajar mengeluarkannya di Mesir.

Pastikan, kad Bank anda di ‘activate’ PLUS sebelum berangkat.

Wang boleh dikeluarkan dimana-mana ATM HSBC atau mana-mana ATM Plus yang lain

Tajaan / Biasiswa

JPA / MARA

1. JPA dan MARA hanya akan menaja pelajar-pelajar yang sudah memohon dan lulus temuduga. Bagaimanapun pelajar-pelajar yang terlepas peluang ini masih boleh memohon selepas Tahun 1, iaitu dengan mengunakan keputusan Tahun 1. Tarikh permohonan yang akan datang akan dimaklumkan terus kepada pelajar-pelajar dibawah MedicMesir.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

TAJAAN-TAJAAN LAIN SEBELUM BERANGKAT

2. Bagaimanapun, MedicMesir telah mengenalpasti peluang Biasiswa untuk pelajar-pelajar yang masih ingin mengikuti Program Perubatan di Mesir. Biasiswa penuh ini merangkumi Yuran Pengajian, Yuran Buku dan Sara Hidup.

Tajaaan bergantung sepenuhnya kepada keputusan SPM dan faktor kemampuan keluarga. Semua borang boleh didapati dari pihak MedicMesir.

Tarikh tutup permohonan tajaan Biasiswa adalah pada 10hb May 2008. MedicMesir tdak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan.

(bagaimanapun pihak MM akan menutup tawaran ini pada bila2 masa, tanpa sebarang notis, jika jumlahnya sudah mencukupi)


Pelajar yang layak akan dipanggil temuduga oleh pihak penaja dalam bulan June 2008.

Bagi yang berminat untuk memohon biasiswa ini, sila sediakan dokumen tambahan dibawah semasa menghantar Borang KPT kepada MedicMesir. Dokumen dibawah ini adalah KHAS untuk kegunaan permohonan Biasiswa.

  1. 4 salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. 4 salinan Surat Beranak pemohon
  3. 4 salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga
  4. 4 salinan pasport pemohon
  5. 4 set salinan Sijil Berhenti Sekolah & Sijil Ko-Ku dan berkaitan
  6. 4 set salinan penyata gaji atau pencen atau borang J/EA ibu bapa/penjaga
  7. 4 set surat tawaran Universiti (akan disediakan oleh MedicMesir)
  8. 4 set surat pengesahan KPT (akan disediakan oleh MedicMesir)
Segala pertanyaan mengenai perkara diatas sila berhubung dengan Pn Haniza, 019 2306167
atau YM , medicmesir.











Hubungi MedicMesir

Contact Person:

CEO
Siti Haniza Mohd Nazri , 019 2306167 (Malaysia) / +20112582670 (Mesir)

Pendaftaran Program :
Waheeda Wahab, 019 3106167

Perunding Pemilihan Program:
Dr Ahmad Rodzi Mahmud +6 019 6506167

Pembayaran
Akmar +6 019 6206167



Alamat :

17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan

Selangor Darul Ehsan
(berdekatan Jaya Jusco )


Email : medicmesir@gmail.com
YM : medicmesir

Anda Tanya, Kaunselor Jawab

Hantarkan soalan anda di bahagian comment. Insyallah, MM akan menjawab dan publish dalam ruang ini . TerimaKasih.