Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, 31 January 2011

Perjumpaan Ibubapa, JPM dan Kem. Luar Negeri.

Salam untuk semua
Satu perjumpaan antara Ibubapa, Setiausaha politik PM, Dato' Sahlan, dan Setiausaha Politik Menteri Luar Negeri, Dato' Norhaidi dan bekas Duta Malaysia Dato' Zainal yang baru pulang dari Mesir telah diadakan di Palm Garden, IOI berhampiran Putrajaya semalam (30hb Jan 2011). Hampir 100 orang telah hadir walaupun dijangka 20 orang sahaja. Tujuan diadakan ialah untuk berkongsi maklumat serta taklimat rengkas mengenai perancangan yang akan dilakukan

Antaranya:-
1. Ibubapa diharap bersabar dan bertenang dengan situasi sekarang kerana keadaan masih terkawal.
2. Wisma Putra telah membuka bilik operasi 24jam dan membuat pemantauan berterusan mengenai perkembangan di sana. Tel: 03-8889 2746 / 8887 4570.
Manakala Bilik Operasi di Kedutaan Besar Malaysia di Mesir: Tel: +202-3761 0013 ext. 116 / +202-3761 0164, Pegawai bertugas: Hj. Shahrudin, Hj. Shamsul, En. Iskandar
3. Pada hari ini keadaan di Mesir di berikan Kod Oren yang membawa makna berjaga-jaga. Sebelum ini diberi Kod Kuning - keadaan masih selamat.
4. Dimaklumkan mesyuarat di Wisma Putra akan di adakan lagi pada hari ini (Isnin, 31hb)
5. Anak-anak di minta dihubungi dari masa ke semasa dan perlu diingatkan untuk tidak turut bersama berdemonstrasi, tidak dengan sengaja pergi ketempat-tempat sensitif dimana rakyat Mesir akan berkumpul untuk memulakan demonstrasi.
6. Ibubapa juga diminta untuk menasihati anak-anak supaya tinggal berkumpul dalam kelompok yang lebih ramai
7. Pelajar juga diminta untuk menyimpan stok simpanan makanan berlebihan.
8. Jika ada pelajar yang ingin balik, pihak WP mengatakan eloklah berbuat demikian sekiranya berpeluang terutama yang telah tamat peperiksaan. Menurut pihak Wisma Putra ada kira-kira 11,000 pelajar di Mesir dan sehingga ini 350 telah kembali ke tanah air.
9. Dato' Norhaidi dan Dato' Sahlan akan ke Egypt untuk meninjau dan membuat perancangan selanjut. Misi ini juga penting untuk mengatur strategi dan ko-ordinasi dengan kakitangan di Mesir disamping mendapat maklumat terkini dan 'first-hand'.
10. Berita dari CNN dan seumpamanya kini dikhuatiri terlalu mengeksploitasi situasi khususnya kepada negara-negara Islam.

Turut di ingatkan kejadian ini ada banyak hikmah untuk pelajar-pelajar Malaysia dan akan memberi pengalaman besar buat mereka. Mudah-mudahan maklumat ini membantu disamping doa-doa berterusan dari ibubapa sekelian.
T/kasih.

Sunday, 30 January 2011

Nasihat untuk anak-anak

Salam untuk semua ibubapa
Memandangkan suasana pergolakan di Mesir masih berterusan adalah disarankan ibubapa turut menghubungi anak masing-masing secara berkala. Di dapati panggilan telefon adakalanya dapat dibuat ke sana.
Sila nasihatkan mereka:-
a. Untuk tidak sekali-kali terlibat dan turun ke demonstrasi jalanan
b. Jika ada keperluan untuk keluar membeli barangan, minta mereka keluar secara berkumpulan
c. Keluar hanya waktu selamat - jangan keluar terutamanya selepas jam 4 petang hingga 8 pagi
d. Beli barangan makanan sedikit berlebihan untuk stok simpanan
e. Guna masa dirumah sebaik mungkin untuk mentelaah pelajaran
f. Jangan keluar untuk sengaja melihat-lihat / mengintai / mengambil gambar suasana demonstrasi.
h. Jangan bertandan kerumah kawan-kawan terutamanya sebelah petang dan malam

Kepada ibubapa yang berhasrat untuk bercuti ke Mesir sempena cuti Tahun Baru Cina di nasihatkan untuk menangguhkan perjalanan tersebut.

Mudah-mudahan peringatan ini dapat membantu, InsyaAllah.

Friday, 28 January 2011

Demonstrasi di Mesir

Salam untuk semua
Keadaan di Mesir di laporkan tegang. Di laporkan perarakan besar-besaran di rancang selepas solat Jumaat. Buat masa ini Ummi sekarang berada di Mesir. Pelajar-pelajar Malaysia di minta tidak terlibat sama sekali. Semua hubungan komunikasi melalui telefon, SMS dan internet telah diputuskan lewat jam 4.30petang waktu malaysia. Laman FB, twitter, dll telah di blok. Mohon turut sama berdoa moga krisis politik ini dapat mereka tangani dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah swt dan tidak terganggu pengajian mereka. InsyaAllah.

Berita terkini boleh di lawati di :-


Manchester Student Exchange Program



Congrats! Naazirah(mak), Khadijah, Farah Amaludin for being selected to 'Manchester Student Exchange Program'...proud of u peeps...May the experience gain will benefit all Mansoura Manchester students. Insha Allah...
UMMI

Thursday, 27 January 2011

Pengambilan Februari 2011

Salam,
Sukacita dimaklumkan bahawa pengambilan Februari 2011 masih lagi DIBUKA. Permohonan ini diBUKA untuk SPM 2007,2008, 2009 dan 2010. Sila DAFTAR ONLINE DISINI

Untuk makluman lanjut mengenai pengambilan ini. Sila download INFOPACK 2011 disini. Sila ambil maklum, bahawa akan berangkat sekitar 23hb Februari 2011. Kelas khas ini akan bermula pada akhir Februari 2011. Untuk makluman lanjut sila berhubung dengan En Aliff Afzan di talian 019 6206167

Semoga peluang ini dimanfaat sebaik mungkin.

Salam,
Sekretariat Pengambilan 2011

Saturday, 22 January 2011

MedicMesir~Rus~Infaq

Salam,
Sukacita dimaklumkan, MedicMesir menguruskan edaran beras dengan kadar separuh harga dari harga jualan biasa. Oleh itu mana-mana pelajar yang berminat untuk membuat tempahan, sila isikan BORANG MM RUS INFAQ.

Edaran akan dibuat dimuhafazah masing-masing melalui koordinator yang akan dimaklum kemudian.

Membeli dengan niat untuk menjual semula adalah DILARANG sama sekali.
Usaha ini adalah dibiayai melalui wang peninggalan arwah Ibu Ummi yang dipesetujui oleh semua keluarga untuk dimanfaat kepada anak2 Mesir yang bermusafir mencari Ilmu. Alfatihah buat Arwah. Semoga usaha ini mendatangkan manfaat. Ameen.

Ikhlas dan Salam Sayang,
UmmiMM


Wednesday, 19 January 2011

TAKLIMAT PROGRAM PERUBATAN 2011 - INTAKE FEB 2011 & OKT 2011

Salam...
Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat mengenai Program Perubatan Mesir akan diadakan spt dibawah:

AHAD, 23 hb JANUARI 2011, 10-12 tghri
Dewan Kuliah 3, Fakulti PERUBATAN, UPM

Utk pengesahan kehadiran sila sms -akan hadir 23hb Jan- ke 019 6206167 atau

Sila ambil maklum, tarikh berangkat ke mesir utk pengambilan Februari adalah 24hb FEB 2011. Sila hebahkan kepada rakan-rakan terutama SPM 2008 / 2009 / 2010. Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan.

Salam hormat
UmmiMM

Friday, 7 January 2011

Pengambilan KHAS FEBRUARI 2011

Salam,
Sukacita dimaklumkan bahawa, MedicMesir akan mengadakan Taklimat Khas kepada pelajar lepasan SPM yang ingin mendapatkan maklumat mengenai 'Pengambilan KHAS FEBRUARI 2011'.

Taklimat akan diadakan pada hari Sabtu, 15hb Januari 2011, di Dewan Kuliah Utama 3, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang. Masa: 10-12 tengahari. Masuk PERCUMA

Sila isikan borang pengesahan kehadiran. (klik sini). Sila bawa bersama salinan sijil lahir dan slip SPM semasa pendaftaran taklimat.

TARIKH BERANGKAT KE MESIR 24HB JANUARI 2011. Pelajar akan dimasukkan didalam kelas khas dan jadual imtihan juga tidak sama dengan pelajar yang terdahulu. Bagaimanapun, pelajar yang lulus akan masuk ke tahun 2 bersama-sama pelajar terdahulu pada bulan Oktober 2011.

Pelajar Matrikulasi, Asasi sains, PASUM dan mana-mana yang berkaitan digalak untuk hadir.
Sebarang pertanyaan sila berhubung En Aliff, di talian 019 6206167

Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Salam,
Siti Haniza Mohd Nazri @ ummiMM

Monday, 20 December 2010

Pengeposan DOKUMEN ke Malaysia untuk Disember 2010

Salam,

Sila ambil maklum, untuk bulan Disember 2010, sebarang dokumen yang hendak dibawa pulang dari Mesir ke Malaysia. Sila serahkan dokumen ke ketua pelajar masing-masing sebelum 30hb Disember 2010. Sila masukkan didalam envelope dengan nama dan alamat keluarga masing-masing untuk tujuan pegeposan di Malaysia.

Harap Maklum,
ummiMM

Urusan zakat sesi 2010

Salam,
Sila ambil maklum, semua pelajar Tahun 1 (atau mana-mana yang masih tidak mendapat Tajaan) dikehendaki menyerahkan borang zakat negeri masing-masing sebelum 31hb Disember 201o.

Sebagai makluman tambahan , terutama untuk pelajar Tahun 1:
1. Salinan VISA yang dimaksudkan oleh pihak zakat adalah pengesahan 'chop visa' semasa kemasukan ke Mesir. Ini adalah sebagai pengesahan pelajar telah sampai ke Mesir.

Pelajar dinasihati 'scan' dokumen masing-masing terus kepada ibubapa pelajar untuk diserahkan ke pusar zakat masing-masing sebelum 31hb Disember 2010.

Sebarang persoalan mengenai perkara ini, sila email ke medicmesir@gmail.com

Harap Maklum

Salam,
ummiMM


Friday, 17 December 2010

Yuran Pengajian Universiti Sesi 2010-11

Assalamualaikum wbt.

Sukacita bersama ini disertakan makluman mengenai pembayaran yuran bagi sesi pengajian 2010-2011. Segala pertanyaan, sila berhubung melalui BORANG PERTANYAAN YURAN PENGAJIAN ini.

Segala pertanyaan mengenai yuran sila berhubung dengan En Aliff di talian 03 89459030.

Kadar YURAN

Universiti

Program

Tahun

Kadar

Jumlah (RM)

Alexandria

Perubatan/ Pergigian

1/2

8000USD

25,600

AlAzhar

Perubatan/ Pergigian

1

2000USD

6,400

Perubatan/ Pergigian

2

8000USD

25,600

Tanta

Perubatan

1

3000USD

9,600

Perubatan

2

8000USD

25,600

Pergigian

PreDental

3000GBP

15,000

Mansoura

Manchester

1

2000USD

6,400

Manhester

2

8000USD

25,600

Manchester

3

3000GBP

15,000

Regular

3

1800GBP

9,000

Dentistry

1/2

1800GBP

9,000

Zagazig

Farmasi

1

2500USD

8,000

2

5000USD

16,000

*jumlah didalam RM adalah mengikut kadar semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui blog MedicMesir.

Tarikh Akhir Bayaran

Alexandria : 1hb Mei 2011

Mansoura / Azhar / Tanta / Zagazig : 5hb Januari 2011

(Atas beberapa sebab, MedicMesir tidak menguruskan sebarang pembayaran yang dibuat semasa cuti musim panas)

Bayaran melalui KWSP

Pelajar yang membayar melalui pengeluaran KWSP dibenarkan untuk membayar lewat (selewat-lewatnya sebulan dari tarikh diatas), tetapi perlu memaklumkan MedicMesir melalui borang diatas. Surat KWSP dari universiti akan mula di email bermula 21hb December 2010 (bagi yang telah memohonnya terdahulu). Sila ambil maklum, KWSP akan mengeluarkan deraf atas nama Universiti masing-masing.

Cara Pembayaran

Cara Pertama: Bayaran melalui MedicMesir.

1. Masukkan jumlah didalam RM diatas ke akaun MedicMesir.

2. Nama Akaun: ‘CampusCity Management’ , Maybank, 512802506800

3. Fax bank in slip ke 0389423827. Nyatakan Nama pelajar / Uni / Tahun/ Alamat untuk tujuan pengeposan resit / No HP untuk tujuan pengesahan penerimaan fax.

4. Resit hanya dikeluarkan dalam masa 1 bulan.

Cara Kedua: Penyediaan Deraf oleh Keluarga Pelajar

1. Sediakan bank deraf luar negara mengikut jumlah USD atau GBP diatas.

2. Anda sama boleh menyerahkan kepada anak di Mesir atau mengeposkan deraf tersebut ke pejabat MedicMesir.

3. Salinan penerimaan akan diposkan. Oleh itu pastikan, nama pelajar ditulis dibelakang deraf yang disediakan. Sila nyatakan alamat untuk tujuan pengeposan penerimaan deraf tersebut.

4. Nama Penerima Cek:

Alexandria: Alexandria University

Mansoura: Mansoura University

Al Azhar: President, Al Azhar University

Zagazig: Zagazig University

Tanta: (Perubatan) : Dean, Faculty of Medicine, Tanta University

(Pergigian): Dean, Faculty of Dentistry. Tanta University


Semoga maklumat ini membantu. Insyallah

Salam Ikhlas,UmmiMM @ Siti Haniza Mohd Nazri

Wednesday, 8 December 2010

Menghayati Hijrah !

Salam Hijrah buat anak-anak Ummi semua ..


Alhamdulillah kita di ketemukan lagi dengan 1 Muharram 1432. Dan sewajarnya kita menghayati dan memperkukuhkan hijrah kita yang lalu. Dari sudut geografi nya anak-anak semua telah pun berhijrah merantau jauh ke bumi Mesir ini. Oleh itu, walaupun berjauhan dari ayah dan ibu, kita semestinya sentiasa memperkasakan iman dan taqwa. Panjatkan doa untuk mereka. Ingatlah hijrah ini adalah juga satu pengorbanan untuk mereka.


Anak-anak yang disayangi...

Mengambil kesempatan tahun baru hijrah ini, marilah kita mengislahkan diri, melihat mana-mana sudut yang boleh diperbaiki. Sebagai seorang mahasiswa kita perlu sentiasa peka bukan sahaja terhadap teknologi dan penemuan baru, tetapi juga perlu sentiasa membaiki akhlaq, hormat-menghormati terhadap teman-teman apatah lagi pensyarah yang menjadi sumber utama kita memperolehi ilmu. Lantaran itu adab-adab ‘berteman’ dan ‘berguru’ perlu kita hayati dengan sebaik mungkin agar keberkatan dapat mengiringi pergaulan dan pengetahuan yang kita perolehi.

Adalah amat wajar untuk anak-anak semua merendah diri dengan para pensyarah. Memuliakan guru amat di tekan oleh Islam. Hormati dan muliakan mereka baik di bilik kuliah mahupun diluar. Berikan salam terlebih dahulu jika berseliseh di jalanan, jangan meninggikan suara jika berbicara, jangan mengejek atau mentertawakan pendapatnya apatah lagi memburukannya di hadapan orang lain. Semasa di kuliah hormatilah pensyarah dengan tidak bercakap-cakap di belakang, tidak keluar tanpa izinnya, jika perlu berdiri jika ingin bertanya, dan mengucapkan terimakasih setelah selesai kuliah.

Anak-anak yang dikasihi.....

Jadikan awal Muharram ini sebagai titik tolak untuk memperbaharui tekad yang lalu. Jika ada antaranya bertekad untuk tidak ponteng kelas, maka perkukuhkan azam ini. Hargailah ilmu. Menghadiri majlis ilmu diibaratkan seperti pergi ke ‘taman-taman syurga’. Jangan sempitkan pengertian majlis ilmu. Ia bukan terbatas kepada program ‘smart-circle’, liqa, usrah atau ceramah. Ilmu Allah itu maha luas. Menghadiri kuliah juga menghadiri majlis ilmu. Lantaran itu hadirilah kuliah kerana ia juga adalah taman-taman syurga. Jangan biarkan diri menonton dari jauh. Lantaran itu kita harus bijak mengatur waktu dan mengemudi diri sebagai seorang mahasiswa. Jangan biarkan aktiviti sosial, khususnya di FaceBook, mengganggu ketepatan masa menghadiri majlis ilmu serta melalaikan fokus kita didalam majlis ilmu tersebut.


Anak-anak yang di hargai....

Di kelangsungan kita menuntut ilmu kedoktoran... wajarlah juga ia di hiasi dengan ilmuan yang menjurus kearah akhirat. Kerana itulah matlamat akhir kita. Berilah ruang waktu untuk kita menghadirkan diri dalam program-program yang mematangkan iman dan taqwa. Aktiviti ini amat perlu kerana tanpanya kita khuatir iman kita semakin luntur. Iman perlu sentiasa di pertingkatkan. Peningkatan ilmu akhirat akan menjadikan kita Doktor Muslim yang membezakan kita dengan doktor-doktor biasa yang lain. InsyaAllah.


Akhir kalam, Selangkah kita mencari Allah berkali langkah Allah mendekati kita, berjalan kita mencari Allah berlari Allah mendekati kita.


Salam Ma’al Hjrah.

Salam Sayang dan Sayang,

ummiMM

I Muharram 1432

Sunday, 28 November 2010

PILIHANRAYA MESIR

Salam semua,


Semoga semua berada didalam pemeliharan Allah swt. Memandangkan, esok, 28/11/2010 adalah tarikh PILIHANRAYA Mesir, maka semua pelajar diminta supaya lebih berhati-hati, terutama bagi pelajar yang tidak cuti dari kuliah pada esok hari. Bagi yang cuti, dinasihati duduk 'diam-diam' dirumah, ambil peluang mengulang kaji pelajaran sebaik mungkin.


Anda dinasihati:

1. Tidak keluar ke muhafazah lain, sebab dikhuatiri terkandas dimana-mana didalam perjalanan atau permasalahan dengan pengangkutan umum (ini satu perkara biasa)

2. Tidak makan diluar.

3. Solat dimasjid yang biasanya menjadi tumpuan terlampau ramai warga Mesir.

4. Berkumpul bersama dikalangan warga Arab yang bertelingkahan.


Kita doakan agar PILIHANRAYA Mesir berjalan dengan baik dan mendatangkan kebaikan kepada Islam. Akhirkata, Jaga diri baik-baik !!!


Salam Sayang,

ummiMM

Tuesday, 23 November 2010

Iklan Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya

Keratan Akhbar Utusan Malaysia 22/11/2010



Sunday, 21 November 2010

Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya

Salam,

Sukacita dimaklumkan mengenai tawaran
Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya. Semua pelajar yang masih belum mendapat mana-mana tajaan diminta untuk menghantar permohonan sebelum 27hb November 2010. Permohonan terhad kepada pelajar yang telah naik ke tahun 2 sahaja.

Jika anda ingin mendapatkan bantuan menyerahkan dokumen di Malaysia melalui MedicMesir, sila serahkan kepada ketua di Muhafazah masing-masing sebelum 25hb November 2010. Semoga usaha ini membantu.

Muat turun Borang dan Garispanduan

Sila ambil manfaat atas tawaran ini. Semoga dipermudahkan urusan tajaan anda semua. Salam.

Barakallahufeekum,
ummiMM

Tuesday, 9 November 2010

JOM! R&R (recharge and revive) ~ Sesi bersama PAKAR PERBIDANAN DAN SAKIT PUAN

Salam,
Semua pelajar MedicMesir di semua muhafazah dijemput hadir untuk bersama-sama Dr Ariza Mohammad dan Dr Fatimah Mustafah pada 10hb Nov, Rabu, 730mlm, di Academic Centre , Tanta.

Sesi Motivasi dan pendedahan awal kerjaya 'O & G' akan memberi semangat kepada JOM!@ MUMTAZ!!

Jika berminat, sila berhubung dengan ketua pelajar muhafazah masing-masing.

BarakAllahu Fik!
ummiMM

JOM! 'Qurban @ Mesir' 2010

Salam,

Menjelang Eidhul Adha yang bakal menjelang, MedicMesir mengelolakan Majlis Qurban di Mesir. Ibubapa yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam Majli Qurban ini amatlah dialu-alukan.

Makluman mengenai Qurban: Unta / lembu : satu bahagian = 900LE atau RM540. Bagi yang berminat, sila isikan
Borang JOM! 'Qurban @ MESIR' 2010. Insyallah, Majlis kenduri akan diadakan disetiap Muhafazah pada masa yang akan dikenal pasti kelak.!

Semoga Eidhul Adha tahun meninggal pengertian yang bermakna untuk semua anak-anak MedicMesir. Insyallah.

Salam,
ummiMM

-------------

TAZKIRAH
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Wednesday, 27 October 2010

Permohonan Pengeluaran KWSP

Salam,
Perhatian kepada ibubapa pelajar yang berminat mengeluarkan wang KWSP untuk tujuan pembayaran yuran pengajian anak di Mesir. Sila nyatakan makluman didalam borang PENGELUARAN KWSP sebelum 1hb November 2010. Semoga usaha ini membantu.

Salam,
ummiMM

Borang Perjanjian MARA / JPA

Salam,
Perhatian kepada ibubapa pelajar Tahun 2 dan 3 yang baru mendapatkan borang perjanjian MARA/JPA yang hendak dihantarkan kepada anak masing-masing yang kini berada di Mesir. Sila serahkan kepada pejabat MedicMesir, sebelum 28hb Oktober, jam 5 ptg. Kiriman akan dihantar ke anak masing-masing pada keesokan harinya. Insyallah. Sila berhubung dengan Puan Lina (03 8945 9030) untuk urusan lanjut.

Bagi pelajar yang sudah menyiapkan Borang Perjanjian dan Medical Checkup masing-masing diMesir, sila serahkan kepada wakil di Muhafazah masing-masing sebelum 5hb November 2010, untuk dihantar kepada ibubapa masing-masing di Malaysia.
Semoga usaha ini membantu mempercepatkan segala urusan.

Salam,
ummiMM

Tuesday, 26 October 2010

JOM 'PMS 2010' - United Kingdom - 24-27hb December 2010

Salam,

Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt.

Alhamdulillah, tahun 2010, MedicMesir akan bersama-sama menjayakan JOM! "Perhimpunan Musim Sejuk 2010 UK-EIRE" yang akan berlangsung pada 24-27hb December 2010. Untuk tahun ini, PMS 2010, akan diadakan di Jamiaa Al Huda, Sheffield, United Kingdom.

Objektif MedicMesir mempelawa warga MedicMesir yang berminat dan berkemampuan adalah untuk memberi pendedahan serta membina jaringan kenalan terutamanya dengan pelajar perubatan di United Kingdom dan EIRE. Program ini TERBUKA kepada semua, dan TIDAK TERHAD kepada pelajar MedicMesir sahaja.

Ini juga salah satu persediaan jaringan awal terhadap 'JOM! UK 2012' yang dilancarkan di JOM 'Pulau Kapas 2010'. "JOM! UK 2012' insyallah akan diadakan pada cuti musim sejuk tahun 2012. 'JOM! UK 2012' adalah program khas lawatan ke 8 muhafazah di UK / EIRE , khasnya membina jaringan dikalangan pelajar perubatan Mesir dan UK/EIRE. Disamping membina jaringan, ini membuka peluang untuk masing-masing berkongsi pengalaman dan menerokai peluang-peluang yang ada di UK dan EIRE dan pelbagai aspek kerjaya untuk masa hadapan.

Untuk 'JOM! PMS 2010' , MedicMesir akan menaja sebahagian kos kapalterbang dan berkaitan bagi pelajar-pelajar yang terpilih.

Memandangkan, program ini melibatkan 3 hari waktu kuliah (25hb Disember adalah cuti bagai sebahagian universiti). Maka, persediaan awal kuliah serta kebenaran Dekan adalah diperlukan. Hanya pelajar Tahun 2 keatas sahaja dibenarkan untuk menyertai 'JOM! PMS 2010'. Insyallah, Ummi serta keluarga dan 'ibubapa keluarga' MedicMesir dan 'JOM! Crew' akan bersama-sama sepanjang program berlangsung.

Bersama ini cadangan perjalanan program:
23hb Disember , malam (Sabtu ) : Bertolak ke London (melalui lapangan terbang Sharm El Sheikh)
24-27hb Disember (Ahad-Rabu): Program JOM! PMS 2010
28hb Disember (Khamis) : Melawat beberapa lokasi utama di London
29hb Disember (Jumaat): BEBAS
30hb Disember : Bertolak balik ke Mesir

Sesiapa yang berminat, sila nyatakan di link 'BORANG JOM! 'PMS 2010'
Segala pertanyaan, sila berhubung di Yahoo Messenger >>>medicmesir@yahoo.com

Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kita mengembangkan silatulrahim dan ukhuwah, disamping menambah ilmu dan berjaulah ke UK.

Salam,
ummiMM (+6019 2306167 @ +20112582670)

Sunday, 17 October 2010

Permohonan MARA

Salam,
MedicMesir memohon kepada semua pelajar Tahun 2 atau 3, Sesi 2010/2011, yang masih belum mendapat tajaan untuk memohon MARA secepat yang mungkin.

Harap Maklum,
ummiMM

Monday, 4 October 2010

Perjanjian MARA / JPA

Salam,

Bagi pelajar yang telah mendapat tajaan JPA / MARA, tetapi BELUM mendapat dokumen perjanjian, sila pastikan anda mengambil sendiri perjanjian tersebut secepat mungkin.

Bagi mereka yang berada diMesir, untuk mempastikan dokumen dilengkapkan secepatnya, sila minta wakil keluarga serahkan ke pejabat MM selewat2nya Selasa ini. Ini membolehkan dokumen tersebut dibawa bersama Ummi ke Mesir Selasa ini dan diserahkan kepada anda.

Bagi yang mempunyai masalah mendapatkannya dari JPA, sila email kepada ummi.medicmesir@gmail.com atau sms ke +60192306167. Insyallah, MM akan mendpatkannya dari JPA Selasa ini. Insyallah.

Harapan, agar usaha ini membantu mempercepatkan semua proses.

Salam,
ummiMM

Wednesday, 29 September 2010

Peruntukan 100,000LE untuk program pelajar MedicMesir

Salam,

Sukacita dimaklumkan, pihak MedicMesir memperuntukkan sebanyak 100,000LE untuk menjayakan program yang dianjurkan atas inisiatif pelajar bagi sesi akademik 2010/2011. Program ini, samada berbentuk peningkatan akademik, peningkatan kendiri atau kemahiran tertentu, program peningkatan khidmat sosial / ilmu agama dan program meningkatkan 'ukhuwah fillah' sesama warga MedicMesir khasnya dan warga Mesir umumya.

Belanjawan akan diberikan mengikut muhafazah. Oleh itu wakil pelajar setiap muhafazah perlu menghantar cadangan program untuk kalendar akademik 2010/2011 yang berakhir Julai 2011. Cadangan mestilah dihantar selewat-lewatnya 15hb Oktober 2010.

Cadangan program dan pembentangan mengikut muhafazah perlu diadakan antara 20-30hb Oktober 2010 di Mesir bersama Ummi sebelum kelulusan dapat dibuat. Oleh itu, setiap muhafazah perlu kreatif dan proaktif didalam mempastikan peruntukan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Semoga peruntukan ini memberi keselesaan didalam melatih diri antum kearah pembentukan ikon Doktor Muslim yang dinanti oleh ummah. Semoga dimudahkan segala urusan ! Ameen.

Salam Sayang,
ummiMM

Tuesday, 14 September 2010

TAJAAN MARA - Peruntukan BARU 2010

Salam,

Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt!
Syukor Alhamdulillah atas peruntukan pendidikan yang telah diterima oleh MARA.

MedicMesir telah memanjangkan semua permohonan tajaan MARA yang dihantar melalui MedicMesir. Bagi pelajar tahun 2/3 sesi 2010, tidak tertakluk kepada apa jua keputusan tahun 1/2, sila hantar borang permohonan SEGERA.

Dapatkan borang di mana-mana pejabat MARA atau HQ di Medan MARA.
Sila pastikan semua permohonan dihantar DALAM BULAN SEPTEMBER !

Segala pertanyaan sila email terus ke ummi.medicmesir@gmail.com

Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan tajaan! Ameen

Salam,
ummiMM