Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday 31 January 2011

Perjumpaan Ibubapa, JPM dan Kem. Luar Negeri.

Salam untuk semua
Satu perjumpaan antara Ibubapa, Setiausaha politik PM, Dato' Sahlan, dan Setiausaha Politik Menteri Luar Negeri, Dato' Norhaidi dan bekas Duta Malaysia Dato' Zainal yang baru pulang dari Mesir telah diadakan di Palm Garden, IOI berhampiran Putrajaya semalam (30hb Jan 2011). Hampir 100 orang telah hadir walaupun dijangka 20 orang sahaja. Tujuan diadakan ialah untuk berkongsi maklumat serta taklimat rengkas mengenai perancangan yang akan dilakukan

Antaranya:-
1. Ibubapa diharap bersabar dan bertenang dengan situasi sekarang kerana keadaan masih terkawal.
2. Wisma Putra telah membuka bilik operasi 24jam dan membuat pemantauan berterusan mengenai perkembangan di sana. Tel: 03-8889 2746 / 8887 4570.
Manakala Bilik Operasi di Kedutaan Besar Malaysia di Mesir: Tel: +202-3761 0013 ext. 116 / +202-3761 0164, Pegawai bertugas: Hj. Shahrudin, Hj. Shamsul, En. Iskandar
3. Pada hari ini keadaan di Mesir di berikan Kod Oren yang membawa makna berjaga-jaga. Sebelum ini diberi Kod Kuning - keadaan masih selamat.
4. Dimaklumkan mesyuarat di Wisma Putra akan di adakan lagi pada hari ini (Isnin, 31hb)
5. Anak-anak di minta dihubungi dari masa ke semasa dan perlu diingatkan untuk tidak turut bersama berdemonstrasi, tidak dengan sengaja pergi ketempat-tempat sensitif dimana rakyat Mesir akan berkumpul untuk memulakan demonstrasi.
6. Ibubapa juga diminta untuk menasihati anak-anak supaya tinggal berkumpul dalam kelompok yang lebih ramai
7. Pelajar juga diminta untuk menyimpan stok simpanan makanan berlebihan.
8. Jika ada pelajar yang ingin balik, pihak WP mengatakan eloklah berbuat demikian sekiranya berpeluang terutama yang telah tamat peperiksaan. Menurut pihak Wisma Putra ada kira-kira 11,000 pelajar di Mesir dan sehingga ini 350 telah kembali ke tanah air.
9. Dato' Norhaidi dan Dato' Sahlan akan ke Egypt untuk meninjau dan membuat perancangan selanjut. Misi ini juga penting untuk mengatur strategi dan ko-ordinasi dengan kakitangan di Mesir disamping mendapat maklumat terkini dan 'first-hand'.
10. Berita dari CNN dan seumpamanya kini dikhuatiri terlalu mengeksploitasi situasi khususnya kepada negara-negara Islam.

Turut di ingatkan kejadian ini ada banyak hikmah untuk pelajar-pelajar Malaysia dan akan memberi pengalaman besar buat mereka. Mudah-mudahan maklumat ini membantu disamping doa-doa berterusan dari ibubapa sekelian.
T/kasih.

No comments: