Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday, 13 May 2012

PENGAMBILAN SURAT TAWARAN RASMI DARI UNIVERSITI

Assalamualaikum wbth,

Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dan barakah Allah swt.

InshaAllah, surat tawaran rasmi universiti akan diemail kepada semua pemohon bermula Khamis (17hb Mei 2012).  Hanya mereka yang melengkapkan semua dokumen terutamanya Borang KPT akan diemail surat tawaran asli masing-masing.


Tatacara terperinci untuk mendapatkan surat tawaran asli akan dimaklumkan didalam email tersebut.  Salinan asal boleh diperolehi samada melalui:-
1. Pos Ekspress (mula dipos bermula Selasa, 22hb Mei 2011)
2. Mengambil sendiri di Foyer DK3, Fakulti Perubatan, UPM pada hari Sabtu , 19hb Mei 2011 bermula jam 10-12 tengahari.
3. Di pejabat MedicMesir bermula Selasa, 22hb Mei 2011
UNTUK KELANCARAN PENGURUSAN MEDICMESIR, SILA MAKLUMKAN PILIHAN ANDA DISINI 

Makluman lanjut sila rujuk diemail masing-masing bermula Khamis, 17hb Mei 2012, jam 10pagi.
TAHNIAH! Semoga dipermudahkan segala urusan.  TerimaKasih atas sokongan anda terhadap MedicMesir.

Salam,
uMMiMM

No comments:

Post a Comment