Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday 13 May 2012

RAYUAN PERMOHONAN TAJAAN YURAN LUAR NEGARA 2012

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak-anak terus dilimpahi dengan keimanan dan hidayah Allah swt.  Semoga terus diberi kekuatan berhadapan dengan musim IMTIHAN.
2. Posting terdahulu adalah dirujuk http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/04/keputusan-permohonan-yuran-pengajian.html. Alhamdulillah, uMMi telah berbincang dengan pihak JPA mengenai beberapa nama yang Jayyid Jiddan tetapi tercicir dari senarai layak tajaan didatas.
3. Didalam semakan yang dibuat didapati hampir 20 nama pelajar-pelajar yang kini berada di Tahun 3 yang telah mendapat Tajaan MARA tetapi LULUS didalam permohonan Tajaan Yuran Luar Negara JPA baru-baru ini.  Seperti tahun-tahun lepas perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak mencerminkan keprihatinan kita terhadap sahabat-sahabat lain yang turut memerlukan tajaan tersebut.
4. Oleh itu, bagi membantu menyelaraskan urusan tajaan anak2, MedicMesir memohon kerjasama dari semua iaitu:-
A. BERKONGSI MAKLUMAT PELAJAR YANG TELAH MENDAPAT 'DOUBLE' TAJAAN. 
Sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan mengenai mereka yang telah memperolehi tajaan lain tetapi masih LULUS TAJAAN YURAN LUAR NEGARA JPA 2012 untuk berkongsi maklumat disini. Nama pengadu  tidak diperlukan. Kerjasama anda diperlukan bagi memastikan mereka yang betul-betul memerlukan tajaan mendapatkan hak masing-masing.
B. MAKLUMAN PELAJAR JAYYID JIDDAN KEATAS TETAPI TERCICIR SENARAI BERJAYA JPA
Pelajar-Pelajar yang mendapat keputusan Jayyid Jiddan keatas yang GAGAL atas apa sebab sekali pun, isikan makluman anda disini. Mohon maaf, borang yang telah diisi sebelum ini telah diisi oleh mereka yang LULUS JPA juga dan mereka yang mendapat keputusan dibawah Jayyid Jiddan.
C. PELAJAR YANG MENGHANTAR PERMOHONAN SKIM PINJAMAN MARA 2012
Jika anda TIDAK MEMOHON atau GAGAL didalam permohonan JPA tetapi  menghantar permohonan PINJAMAN MARA 2012.  Sila isikan makluman anda disini.

5. Makluman ini penting bagi membantu MedicMesir mengajukan rayuan bagi pihak pelajar.Buat masa ini, sila teruskan apa jua usaha rayuan secara persendirian. Sila isi makluman ini sebelum 20hb Mei 2012, jam 12 tghri waktu Malaysia.  Semoga dipermudahkan segala urusan tajaan anak-anak MedicMesir. Allah Yusahhil.

Salam,
uMMi MM



No comments:

Post a Comment