Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, 2 May 2012

DOKUMEN DAN BORANG KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Assalamualaikum wbth,
Semua pemohon sesi 2012 yang telah mendaftar dan membayar deposit diminta untuk menyempurnakan semua dokumen yang diminta seperti dibawah selewat-lewatnya 15hb Mei 2012. Sila pastikan semua dokumen dibawah telah disahkan oleh mana-mana pegawai kerajaan.
  1. 20 keping gambar berukuran paspot (sila tuliskan nama anda dibelakangnya)
  2. 10 salinan slip SPM
  3. 10 salinan Kad Pengenalan pelajar
  4. 10 salinan passport
  5.  1 SALINAN ASAL Cabutan Sijil Lahir (dan 10 salinan yang difotokopi) Cabutan sijil lahir boleh diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Negara terdekat dengan bayaran RM5.
  6. 5 salinan kad pengenalan mak / ayah
  7. 2 salinan Borang KPT  (mohon download dari blog MedicMesir) (sila ambil maklum salinan dokumen yang diminta diatas telah termasuk sebahagian dari salinan yang diminta oleh Kementerian Pengajian Tinggi )
Pemohon diminta tidak menunggu disaat akhir. Ini adalah kerana Kementerian Pengajian Tinggi akan tutup pada 31hb Mei. Dokumen yang dihantar lewat akan menjejaskan proses dokumentasi. 

Harap Maklum dan semoga dipermudahkan

Salam
uMMi MM


No comments:

Post a Comment