Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday 16 April 2012

SESI PENGAMBILAN 2012 ~ BORANG KPT DAN DOKUMEN-DOKUMEN LAIN YANG DIPERLUKAN

Assalamualaikum wbth,
Semoga anak2 MM Sesi pengambilan 2012 berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.
Sila ambil maklum bahawa tarikh akhir untuk penghantaran dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan seperti dibawah adalah pada 15hb Mei 2012.

Dokumen yang diperlukan adalah:
1. 10 salinan fotokopi keputusan SPM
2. 10 salinan fotokopi kad pengenalan
3. 1 Cabutan sijil lahir (ASLI) dan 10 salinan fotokopi
4. 20 keping gambar ukuran paspot (sila tuliskan nama anda dibelakang gambar tersebut)
5. 5 salianan kad pengenalan mak / ayah
6. 2 salinan borang KPT

Sila ambil maklum mengenai perkara berikut;-
1. Dokumen yang diminta didalam borang KPT sudah termasuk senarai tertera diatas.  Oleh itu sila lengkapkan dokumen diatas mengikut senarai yang diminta didalam Borang KPT.
2. Untuk tahun 2012, pemohon tidak perlu mengisi borang SSLN.
3. Sila pastikan semua dokumen di SAHKAN BENAR oleh pegawai kerajaan / pengetua.
4. Dokumen terjemahan dan deraf bank akan disediakan oleh MedicMesir.
5. Pemohon yang sudah menyiapkan dokumen-dokumen yang disenarai kan diatas sebaiknya menghantar SEGERA agar urusan dengan pihak KPT dapat dilaksanakan secepatnya.

Segala pertanyaan mengenai urusan dokumentasi, sila berhubung dengan Cik Ain di talian 03 8945 9030
Semoga dipermudahkan

Salam :-)
uMMi~MM

1 comment:

  1. Kat mne nak hantar borang yang dah lengkap?

    ReplyDelete