Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday 25 April 2012

MAKANAN PERCUMA SEMPENA IMTIHAN FINAL 2012

Assalamualaikum wbth,

1.Semoga anak-anak MM di Mesir sentiasa berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt ! Semoga Allah swt sentiasa memberi kemudahan dalam setiap apa yang diusahakan dan akhirnya memberikan Natijah yang TERBAIK. AMEEN.

2.Seperti musim-musim imtihan sebelum ini, MedicMesir menyediakan MAKANAN PERCUMA SEMPENA IMTIHAN. Ini adalah untuk memastikan anak-anak MM dapat memberi perhatian penuh terhadap persediaan imtihan.  Harapan MM dan juga keluarga di Malaysia agar ianya secara tidak langsung akan menaikkan prestasi akademik anak2 di Mesir.

3. MAKANAN PERCUMA SEMPENA IMTIHAN ini TERBUKA UNTUK PENDAFTARAN untuk pelajar TAHUN 1 - TAHUN 5 DISEMUA UNIVERSITI.

4. Untuk mengelakkan pembaziran hanya mereka yang mendaftar sahaja yang akan diberi makanan.  Oleh itu tempahan perlu dibuat terus oleh pelajar berkenaan megunakan ID FB masing-masing dan bukan wakil.  Untuk pendaftaran MAKANAN PERCUMA SEMPENA IMTIHAN kali ini pendaftaran akan dibuat melalui FACEBOOK UMMIMEDICMESIR  http://www.facebook.com/ummi.medicmesir.  Sila daftar diruang yang disediakan mengikut universiti masing-masing.

5. Pendaftaran dibuka dari sekarang sehingga jam 12 malam waktu Mesir 25hb April 2012.  Maklumat lanjut tarikh mula makanan percuma ini akan bermula akan dimaklumkan seterusnya dalam amsa terdekat.
Semoga usaha ini mendatangkan menafaat.


Uhibbukum Fillah 
uMMiMM, Kajang



No comments:

Post a Comment