Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 14 June 2011

ADUAN PERMASALAHAN BERKAITAN FILE PELAJAR DI UNIVERSITI DAN ADUAN MENGENAI UNIVERSITI

Assalamualaikum wbth,

Semoga anak-anak diMesir sentiasa berada didalam pemeliharaan Allah swt. Agar diberi segala kebaikan serta kekuatan bagi berhadapan dengan imitihan yang telah pun bermula. Semoga tenang menjawab, diberi petunjuk dan memperolehi Najjah! Ameen.

Pihak universiti telah mengadu beberapa kes yang mana pelajar tahun 2 dan 3 yang masih belum tiba failnya ke pihak Universiti. Sungguhpun, ianya tidak menjejaskan kemasukan ke dewan exam, tetapi, ini perkara serius yang mana tidak sepatutnya berlaku. Tiap-tiap tahun, kita mendengar perkara yang sama. Ini berlaku bukan sahaja dikalangan pelajar agensi tetapi termasuk pelajar tajaan dan KPT.

Untuk tujuan penyelarasan, pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyusun satu pertemuan dengan Kementerian Penganjian Tinggi di Malaysia. Oleh itu, sukacita sekiranya semua pelajar di Mesir tidak mengira dari agensi mana atau KPT mengisi makluman seperti didalam borang dilink ini. Makluman ini akan dicetak dan diserahkan kepada pejabat JPM.

Saya juga memohon kepada semua pelajar KPT yang telah memohon menukar status dari G2G kepada MOU memanfaatkan borang yang sama juga.

Saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada pihak JPM, khasnya, Yg Bhg Dato' Sahlan bin Ismail atas initiatif ini. Semoga usaha kita untuk membuat pembaikan dipermudahkan Allah swt. Ameen!

Sekali lagi, Selamat maju jaya didalam berhadapan dengan imtihan, Allah Yusahhil !

Salam,
ummiMM




1 comment: