Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday, 30 June 2013

PEMBUKAAN BILIK GERAKAN MEDICMESIR

Assalamulaikum, wbth

1. Semoga sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt. Semoga Allah memberi keamanan serta perlindungan buat saudara2 Islam  kita di bumi Mesir terutamanya anak2 Malaysia yang kini berada di bumi Mesir.

2. Berikutan situasi Mesir yang kurang stabil rentetan perhimpunan yang bakal diadakan oleh rakyat Mesir yang menentang Presiden Mesir, Dr Morsi pada hari ini, 30hb June 201/6/2013 ini, maka pihak Medic Mesir mengambil inisiatif menubuhkan Bilik Gerakan Khas yang berpusat di Academic Centre, Bangunan Medic Mesir Tanta.

3. Alhamdulillah, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 29hb June 2013 bertempat di Academic Centre, MedicMesir Tanta yang dipengerusi oleh Ustaz Khairi Bin Jalalluddin (EME) dan En. Abdul Muhaimin (JAKIM) mewakili Kedutaan Besar Malaysia Kaherah 

4. Mohon pelajar MedicMesir tanpa mengira tahun atau Universiti samada yang berada di Mesir atau Malaysia untuk mengisi makluman dan STATUS ANDA ketika ini di link ini untuk kegunaan MedicMesir jika perlu. 

5. Berikut adalah beberapa langkah-langkah yang telah diambil :-

a. PEMBUKAAN BILIK GERAKAN 
Bilik Gerakan ini akan berfungsi untuk memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan semasa Mesir, menjadi tempat rujukan dan menerima arahan secara langsung dari pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah sepanjang tempoh berjaga-jaga mulai 29/6/2013 sehingga keadaan kembali stabil.

Bilik gerakan juga akan menyediakan stok makanan, bekalan air bersih, dan tempat perlindungan sebagai langkah berjaga-jaga atas sebarang kemungkinan.

b. FACE BOOK KHAS BILIK GERAKAN
https://www.facebook.com/BilikGerakanMedicMesir

c. PERHUBUNGAN MELALUI TWITTER
Layari laman Twitter kami : (bilikgerakanmm) untuk mendapatkan maklumat terkini dan hubungi talian HOTLINE bilik gerakan kami di nombor berikut :

d. PERHUBUNGAN MELALUI TELEFON

i) NOMBOR PERHUBUNGAN KEDUTAAN
PEJABAT EDUCATION MALAYSIA EGYPT +20237610013 / +20237610068 sambungan 101

BILIK GERAKAN +20237610270 / +2023761001 / +20237610068 sambungan 141

ii) NOMBOR PERHUBUNGAN 'UTAMA' KAKITANGAN MEDICMESIR DI MESIR  (Sila berhubung dengan telefon atau whassapp di talian dibawah)
TANTA : Ustaz Saifuddin +201119099334
ALEXANDRIA : Ustaz Fathul Qorib +201148102878
MANSOURA : Ustaz Hikam +201116352694 dan Cik Asma +201112542882
ZAGAZIG : Ustaz Ameer +201118581117
KAHERAH: Ustaz Yudi +201066425010

iii) NOMBOR PERHUBUNGAN WAKIL PELAJAR UNTUK TUJUAN OPERASI
TANTA
AHMAD SAMHAN AWANG : 01145060203 (Pengarah Operasi)
FAEZAH HASNOR : 01117409378 (Penolong Pengarah Operasi)
IZZUDDIN AZAHARUDDIN : 01147823827
AMIRAH MAZMI : 01119015617

MANSOURA
MARWAN +201117155275
ALIA MOHAMAD +201117153765

ALEXANDRIA
NU'MAN SALAHUDDIN +201144331966
NADIA NASSER +201141081165

ZAGAZIG
NIK MUHAMMAD FITRI +201141002848

KAHERAH
FAKHRUR RADZI +201148154750
ANIS SYAIRAH AZMAN +201117122929

6. Sila ambil maklum mana-mana pelajar yang mempunyai masalah Passpot samada hilang atau hampir tamat tempoh, boleh lah mendapatkan EMERGENCY PASSPOT (berwarna coklat) dengan menghubungi En Latif di talian +201118024335 

7. Anak2 di Mesir diharap sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan apa sahaja pengumuman demi keselamatan bersama.  Bagaimana pun, sila pastikan, didalam menghadapi imtihan, anak-anak perlu memberikan tumpuan yang terbaik demi kecemerlangan imtihan masing-masing.

8. Doa agar dimudahkan segala urusan dan agar suasana kembali tenteram seperti biasa. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Thursday, 27 June 2013

KEMUDAHAN TRANSIT BAGI PELAJAR YANG AKAN PULAN DARI SEKARANG SEHINGGA 1hb JUNE

{Hebahan dari Education Malaysia Egypt}

Assalamualaikum
Untuk Pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang risau penerbangan pulang mereka tersekat di pertengahan jalan sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah - 27 Jun -1 Julai 2013 ini boleh menghubungi saudara Azuan Pengerusi Jawatan kuasa Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah dan tim di talian 

H/p : 01100696584 untuk transit dahulu di sini.

Kami menasihatkan agar pelajar-pelajar muhafazah yang ingin ke airport Kaherah agar menginap di asrama Dewan Malaysia Abbasiah DMAK untuk transit sebelum penerbangan dan tidak perlu tidur di lapangan terbang Cairo. Rancang perjalanan dan jaga keselamatan

Sekian

MUHAMMAD IMRAN IBRAHIM
Atase Pendidikan Kebajikan Pembangunan Pelajar Multimedia
EME

Garis Panduan Keselamatan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah Bilangan 1 Tahun 2013


Tarikh: 26 Jun 2013

Assalamualaikum wbt,
YBhg. Datuk / Professor / Tuan / Puan,

Saya dengan hormatnya ingin merujuk perkara tersebut di atas.

2. Seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Keselamatan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah Bilangan 3 Tahun 2013  pada hari ini, 26 Jun 2013 di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK), bersama-sama ini dikepilkan Pekeliling Canseri No. 2 Tahun 2013 - Garis Panduan Keselamatan KBMK Bil. 1 Tahun 2013. 

3. Kerjasama YBhg. Datuk / Professor / Tuan / Puan untuk menyebarkan Garis Panduan Keselamatan KBMK Bil. 1 Tahun 2013 ini menerusi media yang bersesuaian adalah amat dihargai. 

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Shaiful Anuar Mohammad
Ketua Canseri 
b.p. Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah  


s.k. TYT Dato' Duta Besar Malaysia


Friday, 21 June 2013

KES PELAJAR C SESI PENGAMBILAN SEPTEMBER 2012

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.  Posting ini merujuk kepada kes pelajar C untuk sesi pengambilan September 2012 .

SURAT WARNING KEPADA PELAJAR C
2.  Seperti yang sedia maklum, semua pelajar telah pun tamat pengajian Tahun 1. Buat masa ini, pelajar di Mansoura telah menerima 'Surat Warning' dari pihak Universiti (seperti di lampiran). 
Dimaklumkan, beberapa Universiti akan mengeluarkan surat yang sama dalam masa terdekat. Ini adalah kerana buat masa ini, pihak EME hanya telah menghantar senarai nama pelajar sesi September 2012 hanya kepada Mansoura University dan untuk Universiti lain masih dalam proses.  Surat ini telah dikeluarkan kepada semua pelajar yang mempunyai C didalam SPM tanpa mengira agensi.


(klik imej)

PANDANGAN / PENERIMAAN PIHAK UNIVERSITI DAN PIHAK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MESIR TERHADAP ISU INI.
3. Buat masa ini, pihak Universiti telah bersedia dan bersetuju untuk menerima kumpulan pelajar-pelajar didalam kategori C Sesi 2012 atas alasan:-

a. Peraturan baru dan terkini untuk tidak menerima pelajar yang C didalam SPM hanya akan berkuatkuasa bermula sesi pengajian September 2013.  Rujuk notis dibawah yang hanya dikeluarkan pada 29hb Mei 2013.  Sila ambil maklum, notis ini bukan sekadar tidak menerima kemasukan pelajar yang ada C pada September 2013 tetapi sekaligus membatalkan semua Surat Tawaran yang telah dikeluarkan kepada mereka yang ada C (untuk pengambilan September 2013). Oleh itu pelajar yang C didalam SPM yang berminat mengikut sesi pengajian September 2013 membatalkan hasrat masing-masing.


(klik imej)
b. Senarai nama pelajar yang layak mendaftar untuk sesi pengajian September 2012 hanya sampai ke pihak Universiti setelah sesi pengajian 2012 telah tamat (Mei 2013).  Oleh itu, pelajar telah tamat atau hampir tamat peperiksaan Tahun 1. 
c. Sebagai usaha agar masalah yang sama tidak berlaku lagi, untuk Sesi 2013 pihak EME akan memaklumkan senarai nama pelajar yang sah mengikuti pengajian disetiap Universiti kepada pihak pentadbiran Universiti beberapa minggu 'sebelum pengajian bermula'. Ini akan memudahkan urusan fail dan dokumentasi di Universiti diselesaikan jauh lebih awal.

TINDAKAN / USAHA MEDICMESIR MENYELESAIKAN ISU INI
4. Untuk urusan kes pelajar C  sesi September 2012. Alhamdulillah, dengan bantuan beberapa pihak di Kementerian Pendidikan,  MedicMesir telah mendapat laluan untuk menyelesaikan hal ini dengan beberapa syarat iaitu:-

a. Serahan beberapa dokumen terkini , Slip SPM / Keputusan Tahun 1 / NOC
b. Tiada lagi pelajar yang mempunyai C akan dibenarkan untuk mendaftar bermula sesi September 2013.

5. Untuk tujuan diatas, semua pelajar yang terlibat, diminta untuk mengisi link RAYUAN PELAJAR C SESI SEPTEMBER 2012 dan menghantar 3 dokumen diatas melalui email ke  shida.medicmesir@gmail.com sebelum hari Ahad, 23hb June 2013. 
Semua dokumen akan diserahkan ke Kementerian Pendidikan pada hari Isnin, 24hb June 2013. InshaAllah

6. Bagi pelajar yang tidak mempunyai NOC buat masa ini, sila abaikan dokumen NOC. Bagaimanapun, sila pastikan permohonan NOC telah dihantar. Mana-mana pelajar yang NOC nya ditolak, sila hantar surat rayuan ke KPT dengan kadar segera. 

7. MedicMesir didalam proses mendapat slip peperiksaan rasmi dari pihak Universiti dengan beberapa pindaan format untuk bagi tujuan memudahkan urusan tajaan. Sila rujuk di FaceBook group masing-masing untuk urusan ini

RAYUAN BAGI AGENSI LAIN SELAIN MEDICMESIR
8. Bagi pelajar agensi lain yang telah menghubungi MedicMesir bagi mendapatkan bantuan untuk menyelesaikan bantuan diatas, mohon lakukan perkara yang sama.  Anda akan dihubungi mengenai hal ini. InshaAllah.

9. Segala urusan dan pertanyaan mengenai isu ini , sila berhubung dengan Cik Shikin atau Cik Izzah di talian 03 8945 9030 / 019 365 4555

10. Mohon doa dari semua agar dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Salam, 
UmmiMM

** Sila ambil maklum, Isu ini tiada kaitan dengan pelajar-pelajar Sesi 2011 dan terdahulu. 







Sunday, 16 June 2013

Program Keusahawanan 101 ~ 20-22 Jun 2013

MAKLUMAN EME:

Sebuah Program Keusahawanan 101 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh: 20-22 Jun 2013 (Khamis-Sabtu; 9.00am-5pm)
Tempat: DMAK

3. Berikut adalah perincian Program Keusahawanan 101:

i) "Program Entrepreneurship 101" tiga hari ini anjuran bersama EME, MTDC dan DMS. 
ii) Program berbentuk bengkel ini TERBUKA kepada semua pelajar tahun 2-6 secara percuma F.O.C. dengan makan-minum disediakan.
iii) Pelajar yang mempunyai keinginan dan minat yang mendalam untuk menjadi usahawan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pengkomersilan akan diberi pendedahan, maklumat serta tunjuk ajar bagi merealisasi impian mereka. 
iv) Peserta akan dibimbing menyiapkan kertas cadangan bisnes yang berkualiti, memasarkan produk dan idea serta berkongsi pengalaman tokoh kerjaya usahawan.
v) Pemilihan peserta terhad kepada 40 pelajar yang pertama mengisi borang on-line ini. Peserta yang layak akan dihubungi berdasarkan maklumat yang diisi dalam e-borang ini.
vi) Semua penceramah dan pembentang yang berpengalaman didatangkan dari Malaysia untuk memberi input dan info yang relevan dengan pasaran dan situasi keperluan negara.
vii) Sijil penyertaan akan dibahagikan kepada peserta di akhir Program/Bengkel.

4. Pegawai perhubungan EME adalah seperti di bawah:
i. Hjh Salwa Jasman (My PA): +201001470158, +201283962691, email: s.jmjn@yahoo.com,
ii. ust. Muhammad Imran Ibrahim (Education Attache): +201092006910, email: shell76park@yahoo.com

"1Malaysia; People First, Performance Now"

Datuk Assoc.Prof. Dr. Hj. Su'aidi Dato' Hj. Safei
Education Counsellor-cum-Director, Education Malaysia Egypt (EME)Embassy of Malaysia in Cairo 
21 el-A'nab Street, Mohandessin, Giza, Arab Republic of Egypt 

Wednesday, 12 June 2013

KEPUTUSAN / TAJAAN / PEPERIKSAAN ULANGAN ~ MANSOURA MANCHESTER TAHUN 1 SESI 2012

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah ! Keputusan Tahun 1 & 2 Mansoura Manchester telah pun diumumkan. TAHNIAH kepada yang berjaya cemerlang. Yang kurang cemerlang, USAHA lagi. DON'T GIVE UP ! 

2. Untuk Tahun 1 Sesi 2012 / 2103, hanya seorang pelajar Malaysia sahaja yang BERJAYA menduduki di 'Top 10', selainnya adalah pelajar-pelajar dari bumi Mesir. Kita berharap lebih ramai pelajar Malaysia lagi akan berjaya mendapat tempat teratas didalam ranking Universiti pada masa hadapan. TAHNIAH Muhammad Azfar bin Adam !  MedicMesir tumpang berbangga dengan kejayaan anda.  MedicMesir didalam proses membuat analisa keputusan dan InshaAllah akan dikongsi kelak di blog ini.

3. Shukran kepada pasukan JOM! Mumtaz Mansoura Manchester. Semoga segala pengorbanan serta sumbangan diterima Allah sebagai amal soleh.


4. Alhamdulillah, MedicMesir mempunyai salinan keputusan Sem 1 dan Sem 2. Bagi ibubapa yang berminat mendapatkan salinan keputusan tersebut, sila isikan makluman anda disini. Pihak MedicMesir akan email salinan slip peperiksaan selepas jam 2 petang pada hari Khamis, 13hb June 2013. InshaAllah.

5. Bagi pelajar yang belum memperolehi NOC atas sebab C didalam SPM sebelum berangkat ke Mesir, dinasihati berbuat demikian dengan kadar segera. Sila 'download' borang NOC disini dan kepilkan keputusan peperiksaan anda. Sila hantar terus kepada pelajat KPT dialamat yang tertera didalam borang ini.

6. Permohonan JPA akan mula dibuka pada 1hb Julai 2013. Bagaimanapun, sila sediakan dokumen-dokumen yang berpatutan sebelum permohonan tajaan dibuka.

7. Bagi permohonan MARA, sila download borang MARA di link ini. Mohon agar difotokopi muka depan dengan warna ungu dan yang lain nya putih seperti biasa. Sila isi didalam 2 salinan. Salinan pertama dihantar terus ke ibu pejabat  MARA dan salinan kedua dihantar terus ke MedicMesir (hanya melalui pos). Untuk salinan MedicMesir, rayuan akan dibaut terus melalui pejabat Perdana Menteri.  Sampul pos tersebut, sila nyatakan di bahagian kanan belakang sampul <NAMA><MANSOURA MANCHESTER> <PERMOHONAN MARA 2013> yang akan dipos ke pejabat MedicMesir . Sila postkan ke MedicMesir , 17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan (Tel: 03 8945 9030). Sila hantar selewat-lewatnya 15hb Julai 2013.

8. Bagi pelajar yang mengulangi imtihan Sem 2, sila pastikan persiapan dibuat sebaiknya untuk imtihan ulangan. Mohon balik lebih awal dari tarikh peperiksaan bagi mengelakkan sebarang permasalahan lain.

9. TAHNIAH kerana berjaya naik ke Tahun 2.  Semoga dipermudahkan segala urusan. Berjaya DUNIA dan AKHIRAT. InshaAllah. Ameen.

Shukran dan Salam,
UmmiMM


Tuesday, 11 June 2013

MANSOURA MANCHESTER SEMESTER 2 RESULT !


Prof Dr Adel BondokMansoura Manchester semester 2

(as posted in FaceBook)

Time for Celebration
Congratulations to all of you who successfuly completed year 1.
Special congratulation to the 10 superstars who won the race and the challenge.
Another post will be coming very soon


CONGRATULATION to all First Year Mansoura Manchester students ! 
Muhammad Azhar bin Adam (502) ~ Being the only Malaysian on TOP TEN List ! We are PROUD of you !

More good news coming ! More MUMTAZ InshaAllah ! Congratulation to all anak2 MM . We are happy for you !  May Allah grants you success !

Uhhibukum fillah,
UmmiMM



Friday, 7 June 2013

PROGRAM PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT - preMEDIC 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada makluman mengenai Program Persediaan Sebelum Berangkat ke Mesir ~ preMedic 2013.

3. TARIKH PROGRAM (29hb June - 2hb Ogos 2013)
a. Pendaftaran akan bermula jam 10-12 tghri (29hb June 2013)
b. Taklimat kepada IbuBapa akan diadakan pada jam 2-4petang
c. Kuliah pertama diadakan pada hari Ahad, 30hb June 2013
d. Program akan tamat pada jam 1 tghri, 2hb Ogos 2013.

4. JANGKASAMA PROGRAM
Jangkamasa program yang sepatutnya berjalan selama 6 minggu terpaksa di pendekkan kepada 5 minggu. Ini adalah kerana, MedicMesir hanya boleh memasuki Fakulti Perubatan sebaik pelajar UPM pulang bercuti dan program perlu ditamatkan sebelum Hari Raya AidilFitri.
Bagi menampung 5 hari yang sepatutnya berlangsung pada minggu keenam, jam kredit ini diganti pada 4 hari Sabtu dan 1 hari Ahad.

5. PERATURAN
a. Pelajar tidak dibenarkan pulang pada hujung minggu.
b. Ibubapa hanya boleh datang melawat pada hari Ahad sahaja.
c. Kenderaan persendirian tidak dibenarkan dibawa ke Fakulti Perubatan, UPM.
d. Pelajar lelaki perlu berpakaian kemaja dan bertali leher sepanjang kuliah.
e. Pelajar perempuan pula berpakaian menutup aurat.
f. Makanan disediakan untuk sarapan, makan tengahari dan malam.
g. Laptop tidak wajib, tetapi boleh dibawa ke UPM
h. Kehadiran ke kuliah adalah WAJIB.
i.  Ujian akhir preMedic juga adalah WAJIB.

6. PENDAFTARAN
a. Pendaftaran menyertai preMedic 2013, masih dibuka. Sila daftar di link ini.
https://docs.google.com/forms/d/1rB45_gfbVTHNJttJtWOZzOXWG0rqwYDQM0Oc1dEDZHM/viewform
b. Pendaftaran diBUKA kepada semua tanpa mengira agensi, KPT atau tajaan Kerajaan Negeri
c.  Makluman lanjut akan dihantar ke email peserta yang telah mendaftar.
Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Shida di talian 013 302 3030 / 03 8945 9030

Semoga dipermudahkan dan semoga usaha ini mendatangkan natijah yang MUMTAZ. Ameen

Salam,
UmmiMM


Monday, 20 May 2013

SEMAKAN PENUH KEPUTUSAN BERJAYA PROGRAM KHAS MARA 2013 - 20 MEI 2013


Keputusan penuh bagi permohonan di bawah Program Khas MARA 2013 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 boleh disemak di sini: http://apponline.mara.gov.my/piln/

Keputusan tersebut adalah muktamad. Bagi mereka yang berjaya, tiada sebarang rayuan bagi penukaran tempat pengajian, kursus yang ditawarkan, ataupun penangguhan tarikh pendaftaran / kemasukan akan dipertimbangkan. 

Kepada yang tidak berjaya, sebarang rayuan boleh dibuat terus secara bertulis ke alamat seperti berikut: 

PENGARAH
BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN MARA
TINGKAT 3, IBU PEJABAT MARA
21 JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR
(U/P: PROGRAM KHAS MARA 2013)

Walau bagaimanapun, tiada sebarang jaminan bahawa rayuan anda akan dipertimbangkan ataupun dilayan. Sebarang rayuan masih lagi tertakluk kepada pencapaian SPM 2013 pelajar dan juga prestasi temuduga pelajar, termasuk kekosongan yang mungkin ada di tempat-tempat yang disediakan.

Kepada calon yang berjaya, sila teliti arahan yang telah diberikan sebaik-baiknya. Sila ambil inisiatif menghubungi institusi anda masing-masing (boleh Google institusi untuk mendapatkan nombor telefon dan sebagainya - anda semua pelajar cerdik pandai) untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan pendaftaran anda. Sila nantikan arahan lanjut daripada MARA.

Kepada semua calon berjaya disenarai pendek, tahniah dan selamat maju jaya MARA ucapkan.

Sekian. 
(sumber Lepasan SPM 2012 / MARA )

Wednesday, 15 May 2013

BITAUFIQ WA NAJJAH FIL IMTIHAN !

Bismillahirahmanirahim ~


Ya Allah ! Mohon permudahkan imtihan anak2 kami di Mansoura, Al Azhar, Zagazig, Ainsham, Tanta , Alexandria. Ya Allah ! Berikanlah kefahaman yang baik, kemudahan dan ketenangan menjawab. Ya Allah! Kejayaan ini amat penting buat anak-anak ini dan buat UMMAH. Ameen

Utk Mansoura Manchester ~ Sem 2 ~ 1st paper bermula hari ini....BEST WISHES ! Allah YUsahhil

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"

Salam ikhlas,
UmmiMM dan semua warga MM
Mansoura
15.05.2013

Sunday, 12 May 2013

KEM ' I LOVE MEDIC ' 19hb Mei 2013 ~ Program pendedahan kerjaya Perubatan / Pergigian untuk lepasan SPM

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

 1. MedicMesir dengan kerjasama beberapa pihak akan menganjurkan Kem "I Love Medic". Program ini khas untuk  lepasan SPM 2012 yang ingin mendapatkan makluman lanjut serta motivasi mengenai kerjaya PERUBATAN. Program ini bertujuan untuk memastikan pelajar membuat pilihan yang tepat bersesuaian dengan kemampuan dan minat masing-masing sebelum memilih bidang yang 'paling kritikal' dan 'paling mencabar' ini.

2. Program ini tidak terhad kepada negara Mesir, tetapi juga terbuka kepada peluang melanjutkan pengajian didalam bidang perubatan di dalam negara dan luar negara seperti Indonesia, China, India, UK, Australia dan Moscow.


3. Pendedahan mengenai peluang kemasukan ke pengajian perubatan didalam negara dibawah universiti awam dan swasta juga akan diberikan oleh wakil dari Universiti tempatan.

4. Beberapa slot bersama Doktor-Doktor pakar juga akan diadakan bagi berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai 'realiti kerjaya pengamal perubatan' yang sebenar. Ini bagi memastikan, pelajar-pelajar yang memilih bidang ini membuat persediaan 'mental dan attitude' yang sebenarnya.


TARIKH / MASA PROGRAM 

5. Program akan berjalan pada hari Ahad, 19hb Mei 2013. Pendaftaran akan bermula jam 8 hingga 9 pagi. Majlis pembukaan akan bermula tepat jam 9 pagi dan akan berakhir jam 5 petang.   Sila mendaftar di LOBI UTAMA, FAKULTI PERUBATAN, UPM SERDANG (sebelah Hospital Serdang). 
KOD PAKAIAN ~ Baju Kurong untuk pelajar perempuan dan Kemeja dan bertali leher untuk pelajar lelaki.

PENDAFTARAN 

6. Pendaftaran TIDAK TERHAD kepada pelajar dibawah MedicMesir atau pelajar yang akan ke Mesir sahaja. Tetapi, TERBUKA kepada semua yang berminat untuk mendapatkan pendedahan serta motivasi kerjaya Perubatan dan Pergigian. 

7. Sila daftar DI LINK PENDAFTARAN KEM "I LOVE MEDIC" 2013 disini. Kos pendaftaran  adalah RM100 seorang. Sila bank in terus bayaran pendaftaran ke CampsuCity Management (Maybank ) 512802506800. Email slip bank in ke medicmesir@gmail.com dan NYATAKAN <NAMA PENUH> < NO HP> <I LOVE MEDIC>


HUBUNGI

8.  Segala pertanyaan mengenai Kem "I Love Medic", sila hubungi Cik Shida di talian 03 8948 9030 (10-5 petang)  atau medicmesir@gmail.com 

9. Mohon hebahkan kepada mereka yang berminat. Semoga program ini mendatangkan manfaat.


Salam,

UmmiMM

Monday, 6 May 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN YURAN LUAR NEGARA SESI 1/2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,


1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada keputusan tajaan JPA seperti yang dimaklumkan didalam link di bawah:

http://www.medicmesir.blogspot.com/2013/05/kemaskini-status-tajaan-jpa-mara-utk.html

3. Alhamdulillah, keputusan sudah boelh diperolehi di lama web JPA seperti dibawah http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=PYLN

4. TAHNIAH kepada semua yang berjaya. Yang TIDAK, USAHA LAGI.
Mohon kerjasama semua untuk UPDATE STATUS masing-masing di link ini. 
https://docs.google.com/forms/d/1WK8uXtf8ZGOXSNfkVoBrLwdv_QbQYEkrDj09CENibCM/viewform


5. Semoga dipermudahkan segala urusan. 

Salam,
UmmiMM

PEJABAT MEDICMESIR BERCUTI HARI NI

Bismillahirahmanirahim,

Sila ambil maklum bahawa pejabat MedicMesir bercuti 1 hari (6hb Mei 2013) sempena PRU 13. InshaAllah, pejabat akan mula dibuka pada esok hari.

Segala pertanyaan, berhubung di talian 013 3061313 atau 019 6206167

Harap Maklum,
UmmiMM

Wednesday, 1 May 2013

KEMASKINI STATUS TAJAAN JPA / MARA ~ UTK PELAJAR TAHUN 2 KEATAS

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,


1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada keputusan tajaan JPA dan MARA untuk anak-anak MedicMesir bagi sesi 2013.

TAJAAN JPA 
3. Seperti yang telah dimaklumkan melalui FaceBook, keputusan tajaan JPA yang sepatutnya diumumkan pada 26hb April 2013 telah diubah ke 6hb Mei 2013 atas alasan masalah teknikal server di JPA dan pegawai JPA juga terlibat didalam PRU 13. 

Sila rujuk posting asal :
http://medicmesir.blogspot.com/2013/04/keputusan-permohonan-tajaan-jpa-skim.html


TAJAAN MARA 
3. Merujuk kepada rayuan serta usaha tajaan bagi pelajar dalam kategori Jayyid. Alhamdulillah, bagi mereka yang menghantar borang dan rayuan awal, surat tawaran MARA telah mula dikeluarkan. Ini mungkin secara berperingkat dan dimaklumkan yang ianya akan mengambil masa kerana jumlah permohonan yang banyak.  Sila ambil maklum, segala kelulusan adalah hak mutlak MARA mengikut kelayakan SPM dan Tahun 1 anak-anak. 

USAHA RAYUAN LANJUTAN MEDICMESIR
4. Untuk menyelaraskan usaha rayuan MedicMesir yang berterusan. Sukacita sekiranya, dapat anak-anak MedicMesir yang terlibat untuk mengemaskini status masing-masing di link yang disediakan DISINI


'DOUBLE OFFER'
5. InshaAllah, seperti tahun-tahun yang lepas, akan terdapat kes dimana anak-anak akan mendapat 'double offer' ~ JPA dan MARA. Mohon agar, anak-anak dapat menerima pilihan MARA dan menolak JPA. Mohon kerjasama bagi pelajar yang didalam kategori ini, memaklumkan terus melalui didalam link diatas. Semoga dengan kerjasama ini, MedicMesir dapat membantu merayu bagi teman-teman kalian yang gagal mendapat sebarang tajaan.


'SELAMAT BERIMTIHAN'
5. TAHNIAH bagi yang berjaya :-) Bagi yang belum dikurniakan rezeki tajaan, USAHA lagi. Allah telah menetapkan rezeki semua anak Adam, hanya kita lah yang perlu berUSAHA untuk mendapatkan nya. BiTAUFIQ WaNajjah fi IMTIHAN! Cemerlang untuk Ummah. Doa agar dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ! Ameen ya Rabb.

Uhhibukum Fillah,
UmmiMM













http://medicmesir.blogspot.com/2013/04/keputusan-permohonan-tajaan-jpa-skim.html

Friday, 26 April 2013

KEPUTUSAN PERMOHONAN TAJAAN JPA ~ SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada permohonan tajaan JPA diatas serta link terdahulu mengenai perkara yang sama.

http://www.medicmesir.blogspot.com/2013/02/rayuan-tajaan-buat-pelajar-yang-lulus.html

3. InshaAllah, keputusan permohonan tajaan JPA ini boleh di dapati bermula dari hari ini di link ini http://www.jpa.gov.my/

4. TAHNIAH kepada yang BERJAYA. Kepada yang TIDAK, usaha lagi yang TERBAIK mungkin didalam IMTIHAN yang akan bermula tidak lama lagi.

RAYUAN JPA

5. Semua pemohon samada BERJAYA atau GAGAL diminta untuk mengemaskini makluman anda di LINK INI.

6. Bagi mereka yang GAGAL, sila emailkan kepada shida.medicmesir@gmail.com selewat-lewatnya Sabtu 27hb April , 12 tghri :-
     a. Paparan skrin yang menyatakan anda GAGAL dan
     b. Slip peperiksaan terakhir 
Nyatakan didalam 'SUBJECT' email : <NAMA><PROGRAM> <TAHUN PENGAJIAN><UNI> <Rayuan JPA 2013>

7.  MedicMesir akan berusaha untuk mengenegahkan RAYUAN SECARA BERKELOMPOK untuk mereka yang LAYAK tetapi GAGAL.

8.  Usaha dan DOA yang TERBAIK buat semua. Semoga Allah permudahkan segala urusan anak-anak untuk BERJAYA dunia dan akhirat.

Salam Ikhlas,
UmmiMM

Monday, 22 April 2013

SENARAI NAMA PENUH KELULUSAN PERMOHONAN MEDICMESIR SESI 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada kelulusan nama-nama yang telah memohon melalui MedicMesir setakat 21hb April 2013.  Sila rujuk di link ini untuk menyemak nama-nama anda. Sila maklumkan nama-nama ini kepada rakan anda yang turut memohon. LINK SENARAI NAMA KELULUSAN PERMOHONAN MEDICMESIR 2013 

3. SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA

a. Kelulusan ini berdasarkan pemohon memenuhi SYARAT KELAYAKAN KPT.
b. Syarat utama KPT adalah minima B didalam 8 subjek utama SPM iaitu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah..
b. Andainya, secara teknikal keputusan anda tersilap di 'keyin' dan keputusan sebenar TIDAK DIDALAM KELAYAKAN KPT. Maka surat tawaran Universiti ini diKIRA TERBATAL secara AUTOMATIK.
c. Pemohon dibenarkan untuk menukar universiti sementara kuota yang dibenarkan masih ada. 
e. Pemohon akan menerima Surat Tawaran Universiti melalui email BERMULA  pertengahan minggu ini. InshaAllah
f. Surat tawaran ASLI dan kelulusan KPT akan mula diedarkan selepas tarikh 6hb Mei 2013 (selepas PRU13 :-) )
g. Semua pemohon yang diluar SYARAT KELAYAKAN KPT perlu merujuk kepada posting terdahulu dan hebahan dari pihak KPT yang akan diadakan tidak lama lagi (dijangka pada awal June 2013).  InshaAllah.

4. MAKLUMBALAS - TINDAKAN SEGERA
Semua nama-nama yang tertera dibawah perlu memberi MAKLUMBALAS MENERIMA / MENOLAK TAWARAN / MENUKAR PROGRAM atau UNIVERSITI. Mohon agar pemohon yang ingin menarik diri juga memaklumkan dilink ini agar boleh diganti dengan pemohon lain yang sedang menunggu. Ini bagi memudahkan MedicMesir untuk bertindak mengikut MAKLUM BALAS ini dengan KADAR SEGERA.

Pengesahan penerimaan mestilah dibuat selewat-lewatnya 15hb Mei Selepas tarikh tersebut, ANDA dianggap TIDAK BERMINAT dan TAWARAN YANG DITERIMA AKAN DIBATALKAN.

5.  Surat tawaran ASLI boleh diperolehi secara POS atau dilokasi dimana TAKLIMAT MEDICMESIR berlangsung. Sila maklumkan pilihan anda LINK INI.

6. Mana-mana pemohon yang telah memohon sebelum tarikh 21hb April, dan didalam kelayakan KPT, tetapi namanya TIADA didalam senarai ini, Sila maklumkan melalui LINK 'BORANG MAKLUMAN NAMA TIADA DIDALAM SENARAI'.

7. Sila ambil maklum beberapa perkara didalam pemilihan tawaran Universiti seperti didalam senarai link diatas iaitu:
a. Pemohon Farmasi Alexandria disaran untuk berpindah ke Farmasi Zagazig atas kelebihan dan kos yang lebih rendah di Zagazig.
b. Pemohon Mansoura Medic yang ditawarkan buat masa ini adalah Mansoura Manchester. Semua pemohon mesti mengesahkan penerimaan tawaran masing-masing. Bagi pemohon yang memilih untuk program Mansoura Medic Conventional tetapi tertera Mansoura Manchester (MM). Mohon sahkan penukaran ke Mansoura Medic Conventional. 
c. Pelajar yang memohon ke Assiut University telah dimasukkan didalam senarai Mansoura Dentist. Jika anda masih mahu kekal di Assiut University, sila isikan maklumat penukaran.
d. Semua pemohon Zagazig Medic telah dipindahkan ke Tanta Medic. Sila buat penukaran jika anda masih mahu kekal untuk ke Zagazig Medic

8. TerimaKasih atas sokongan semua. Semoga dipermudahkan segala urusan. Segala pertanyaan mengenai surat tawaran, boleh berhubung dengan Dr Ahmad 013 306 1313 / UmmiMM 019 620 6167 / Cik Maimunah 013 302 3030 / Cik Farah 019 365 3444 / Cik Mira 019 310 6167 atau email ke medicmesir@gmail.com

Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga anak-anak diberikan kejayaan dunia dan akhirat.

Salam,
UmmiMM



Friday, 19 April 2013

MANSOURA MANCHESTER ~ PERMOHONAN YANG LAYAK DAN DITERIMA SETAKAT 15HB APRIL 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada kelulusan nama-nama yang telah memohon untuk mengikuti PROGRAM MANSOURA MANCHESTER untuk sesi 2013.

3. MAKLUMBALAS - TINDAKAN SEGERA
Semua nama-nama yang tertera dibawah perlu memberi MAKLUM BALAS TAWARAN ~ MENERIMA / MENOLAK / MENUKAR PROGRAM atau UNIVERSITI. Mohon agar pemohon yang ingin menarik diri juga memaklumkan dilink ini agar boleh diganti dengan pemohon lain yang sedang menunggu. Ini bagi memudahkan MedicMesir untuk bertindak mengikut MAKLUM BALAS ini dengan KADAR SEGERA.

4. SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA
a. Kelulusan ini berdasarkan memenuhi SYARAT KELAYAKAN KPT.
b. Andainya, secara teknikal keputusan anda tersilap di 'keyin' dan keputusan sebenar TIDAK DIDALAM KELAYAKAN KPT. Maka surat tawaran Universiti ini diKIRA TERBATAL secara AUTOMATIK.
c. Kelulusan ini adalah untuk permohonan setakat tarikh 15hb April 2013.
d. Pemohon dibenarkan untuk menukar universiti sementara kuota yang dibenarkan masih ada. 
e. Pemohon akan menerima Surat Tawaran Universiti melalui email pada pertengahan minggu hadapan. InshaAllah
f. Surat tawaran ASLI dan kelulusan KPT akan mula diedarkan selepas tarikh 6hb Mei 2013 (selepas PRU13 :-) )

g. Surat tawaran ASLI boleh diperolehi secara POS atau dilokasi dimana TAKLIMAT MEDICMESIR berlangsung. Sila maklumkan pilihan anda LINK INI.

h. Mana-mana pemohon yang telah memohon sebelum tarikh 15hb April, dan didalam kelayakan KPT, tetapi namanya TIADA didalam senarai ini, Sila maklumkan melalui LINK 'BORANG MAKLUMAN NAMA TIADA DIDALAM SENARAI'

5. TerimaKasih atas sokongan semua. Semoga dipermudahkan segala urusan. Segala pertanyaan mengenai surat tawaran, boleh berhubung dengan Cik Maimunah di talian 013 302 3030

Salam,
UmmiMM

PENGUATKUASAAN Syarat Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Mesir


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,
1. Semoga kita semua sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada MAKLUMAN TERKINI MENGENAI KEMASUKAN pelajar baru ke bumi Mesir untuk Program Pengajian Ijazah Perubatan, Pergigian dan Farmasi bagi sesi 2013.

3. Sejak akhir-akhir ini, Mesir telah menjadi tumpuan bagi lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti program diatas, terutamanya di kalangan pelajar Melayu dari Malaysia.  Kelayakan minima yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ialah B dalam 8 subjek di peringkat SPM iaitu didalam subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah.

4. Sebanyak 8 buah Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk program tersebut iaitu Alexandria, Tanta, Mansoura, AlAzhar, Kaherah, Ainsham, Zagazig dan Assiut.

PELUANG KEMASUKAN SEBELUM INI YANG LEBIH LONGGGAR di PIHAK UNIVERSITI / WAFIDEEN

Wednesday, 17 April 2013

HARI PENGUNDIAN POS DI MESIR


Rujukan: SR(050)337/4/2 Vol.1

Tarikh: 16 April 2013

Kepada:  Semua HBS
              Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) / Agensi-Agensi Kerajaan Malaysia Mesir


YBhg. Datuk / Professor / Tuan / Puan / Cik,

Saya dengan hormatnya ingin merujuk perkara tersebut di atas.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) telah ditetapkan sebagai Pusat Serahan dan Terimaan Kertas Undi Pos di Mesir.  Sehubungan dengan ini, KBMK telah dan sedang membuat persiapan terakhir bagi melaksanakan urusan tersebut dengan sewajarnya.

Tuesday, 16 April 2013

PENGUMUMAN SENARAI PENERIMA BUP SESI PENGAJIAN 2012/2013 (IJAZAH PERUBATAN)

Assalamualaikum wrt wbt.

Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Selangor di Mesir, pihak LZS (MAIS) telah mula membuat pembayaran bagi permohonan BUP yang dipohon oleh pelajar.

Untuk makluman, bermula tahun 2013, pembayaran BUP dilakukan oleh LZS (MAIS) dengan mengeluarkan cek di Malaysia. Ibubapa atau waris pemohon perlu menghubungi pihak LZS dan mengambil cek tersebut di Ibupejabat LZS (MAIS) di Shah Alam. Ibu bapa perlu bank in cek tersebut ke akaun pelajar di Mesir.

Pihak LZS (MAIS) tidak lagi mengkreditkan pembayaran BUP ke akaun Pej. HEP Selangor Mesir sebagaimana amalan tahun-tahun sebelum ini.

Friday, 12 April 2013

JOM AHLAN ! JAULAH KE MATRUH BUAT AKHAWAT ALEXANDRIA


{BERITA MEDICMESIR ALEXANDRIA }

Bismillahirahmanirahim ! 


Special untuk akhawat ALEX :) 12.04.2013 MATRUH !


Jom kita 'refresh' HATI, MINDA, FIZIKAL lepas Exam. Kita ambil kembali semangat yang membara ketika mula-mula menapak kaki di bumi Mesir ini. 


Ayuh, JOM AHLAN!






Weekend OF Wonders ! WOW Mansoura !


Bismillahirahmanirahim ! 

12 April 2013 Medic Mesir Mansoura is organizing WOW (Weekend of Wonders) an event that will be gathering the family of Medic Mesir from its first batch 2008 till now 2013! 



Aim in rejuvenating our body, mind and spirit. Its one of a kind. Comprising 4 Sport Houses that will compete to win exciting prizes and trophy!

We have line ups of thrilling games, from war games to fear factor , chicken fight to tarik tali ,delicious food ,BBQ ,medical checkup booth to bazaars and many more fun activities. 

The adventure is yet to begin!

Salam,
NAZEERAH NAZIR ! 
WOW Secretariat !
5th Year Mansoura Manchester !


Thursday, 11 April 2013

IBU ! IBU ! IBU !


Bismillahirahmanirahim

Sedikit perkongsian kesah pendek berhasrat untuk mengingat anak-anak terutamanya pada musim peperiksaan yang bakal menjelang. 

-----------------

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Wednesday, 10 April 2013

PANDANGAN MATA HATI BUAT ANAK-ANAK TERSAYANG !

Bismillahirahmanirahim! Assalamualaikum wbth, 

Video ini ditujukan kepada semua ibuayah dan anak-anak, terutamanya anak-anak warga MedicMesir. Harapan kami, agar anak-anak sentiasa terdidik untuk menghargai segala pengorbanan ibuayah masing-masing.

Dalam apa jua perkara, kita perlu menilai, bukan sekadar dengan mata kasar tetapi juga MATA HATI agar kita dapat lebih merasai keIKHLASan yang sukar dilihat dengan mata kasar !

Sempena Imtihan, MedicMesir mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA DUNIA dan AKHIRAT ! BITAUFIQ WANAJJAH FI IMTIHAN ! Semoga dipermudahkan segala urusan. Kullu Mumtaz. InshaAllah 

SELAMAT MENONTON (Klik Imej dibawah)



Uhhibukum Fillah dan Salam
UmmiMM

Tuesday, 9 April 2013

Dermasiswa Zakat MAIDAM bagi tahun 2013


[Pengumuman dari MAIDAM ]

Pihak Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah membuka Pemohonan Baru Dermasiswa Zakat MAIDAM bagi Tahun 2013. | Pihak KPT Mesir sedang berusaha untuk menguruskan penghantaran "Borang Pemohonan Dermasiswa Zakat MAIDAM bagi tahun 2013 ke Mesir dalam masa terdekat. | 

*Borang pemohonan tertakluk terma & syarat memohon | Rujuk : http://www.scribd.com/doc/133214247/Syarat-Mohon-Dermasiswa

*Kepada mana-mana mahasiswa/wi Terengganu yang ingin memohon, sila rujuk dan berhubung terus pihak MAIDAM ditalian : [+6096303030].

*Peringatan : Kepada mahasiwa/wi Terengganu yang ingin memohon zakat MAIDAM pada tahun ini, bolehlah membuat persediaan terlebih dahulu seperti salinan kad pengenalan pemohon/ibu bapa/penjaga, salinan keputusan peperiksaan, salinan dokumen-dokumen yang berkaitan dan lain-lain. 

Sekian, Terima Kasih.

[Jabatan Setiausaha Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir Sesi 2012/2013] 

Saturday, 6 April 2013

JADUAL MAKAN SEMPENA IMTIHAN AKHIR TAHUN 2012/2013 !


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha yang kita lakukan. Semoga segala usaha diakhiri dengan kebaikan dunia dan akhirat.

2. Musim imtihan akan tiba tidak lama lagi. Semoga anak2 MedicMesir sudah bersedia untuk berhadapan dengan imtihan yang amat bermakna ini. Semoga Allah swt berikan kekuatan dan istiqamah didalam merealisasikan kecemerlangan.

3. Seperti tahun-tahun sebelum ini, MedicMesir menyediakan makan imtihan PERCUMA untuk semua tahun, yakni bermula Tahun 1 hingga Tahun Akhir. Oleh itu, mohon sekiranya, 
a. Setiap muhafazah dapat berbincang kaedah perlaksanaan terbaik. 
b. Exco makanan PERCUMA sempena Imtihan di semua muhafzah juga perlu mengumpulkan tarikh imtihan serta tarikh bila 'study week' bermula bagi setiap program dan tahun pengajian. 


4. Mohon sekiranya dapat di 'update' kepada MedicMesir sebelum 13hb April 2013. InshaAllah, untuk tahun ini, semua makanan akan dimasak di 'Central Kitchen' MedicMesir Tanta dan akan diedarkan kepada semua muhafazah melalui perkhidmatan tramco.

5. Semoga usaha ini sedikit sebanyak membantu kecermelangan akademik anak-anak MedicMesir didalam imtihan yang akan datang.

MUMTAZ untuk semua ! Ameen 

Salam Sayang,
UmmiMM

Friday, 5 April 2013

SENARAI NAMA PENERIMAAN BORANG PERMOHONAN LENGKAP SETAKAT 1hb APRIL 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,


1. Semoga dipermudahkan segala urusan. 


2. Posting ini merujuk kepada permohonan dengan DOKUMEN LENGKAP ( dokumen peribadi pelajar dan semua dokumentasi Kementerian Pengajian Tinggi) yang telah diterima setakat 1hb April 2013. Dengan ini posting ini mengesahkan DOKUMEN YANG DITERIMA adalah LENGKAP. Penerimaan dokumen selepas 1hb April 2013 akan dikemaskini kemudian.

Wednesday, 3 April 2013

PERMOHONAN SIRI PERTAMA BERAKHIR 1hb APRIL 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga dipermudahkan segala urusan. 


2. Alhamdulillah, permohonan bagi Siri 1 yang berakhir 1hb April 2013 telah pun di PROSES. Sila ambil maklum, kesemua permohon akan menerima makluman melalui email selewat-lewatnya hari Ahad, 7hb April 2013.

Wednesday, 27 March 2013

RAYUAN BERKELOMPOK - TAJAAN JPA / MARA UNTUK PELAJAR TAHUN 2 /3 ( KEPUTUSAN JAYYID)


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt. Doa agar segala usaha kita dipermudahkan oleh Allah swt.

Rayuan Tajaan MARA
2. Posting ini merujuk beberapa posting yang awal mengenai usaha MedicMesir untuk mendapatkan tajaan MARA bagi pelajar-pelajar MedicMesir.