Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, 30 June 2010

JOM- Journey of MedicHood

Salam,

Sukacita dimaklumkan Kelab MM Mansoura dengan kerjasama pelajar2 Medic lain di Mesir akan menganjurkan program JOM ke Pulau Kapas pada 19-22hb Julai 2010.!

Program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar yang akan berangkat ke Mesir pada sesi 2010 dan pelajar tahun 1 2009!. Tempat adalah TERHAD....Maka, tak semua yang mendaftar akan dipilih!!

Yuran penyertaan adalah rm150, dan sebahagian lagi di taja oleh penajaan korporat!


Insyallah, Program outdoor ini akan mendatangkan banyak menafaat!

JOM kita ke Pulau Kapas!!

salam,
ummi

Thursday, 10 June 2010

Bacaan Yassin & Solat Hajat di UPM!

Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Solat Hajat dan Bacaan Yassin, agar Allah swt mempermudahkan urusan pelajar-pelajar pengambilan 2010 , mempermudahkan urusan imtihan semua 'seniors' di Mesir dan untuk saudara kita di Palestine!

Solat hajat akan bermula selepas Isyak, pada 10hb June 2010, di surau Kolej 17, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang!

Semoga Allah swt memperkenankan hajat kita!!..Ameen

ummiMM

Thursday, 3 June 2010

Sempena Imtihan

Ya ALLAH, bukakan olehmu atas hikmat engkau dan bentangkan olehmu atas anak2 kami gedung rahmat Engkau. Ya ALLAH, tuhan yang amat pengasih dari segala yang pengasih.

Ya ALLAH, Sinarilah hati anak-anak kami dengan hidayatMu sebagaimana Engkau menyinari bumi dengan matahariMu Wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui, bukakanlah pintu hati mereka dengan pembukaan yang hampir, wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui.

Ya ALLAH, keluarkan anak2 kami dari kegelapan ragu-ragu. Kurniakan anak2 kami sinaran kefahaman bukakanlah bagi anak2 kami pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.

Ya ALLAH, tambahkanlah kepada anak2 kami ilmu dan berilah mereka faham dan pengertian yang baik.


Ya ALLAH ya tuhan ku, kurniakanlah anak2 kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah mereka kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.


Ya ALLAH, ilhamkanlah kepada anak2 kami kecerdasan dan lindungilah mereka dari kejahatan syaitan dan nafsu!


Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Wahai tuhan, ingatkanlah anak2 kami apa yang mereka lupa.


Ya ALLAH, persiapkanlah anak2 kami mengenai dengan urusan imtihan mereka dengan petunjuk Mu.

BiTaufiq WaNajjah FiImtihan....Kullu Mumtaz!! Rabbuna Yusahhil!!

salam ikhlas,
dari ummi dan ibuayahMM

Wednesday, 26 May 2010

ICDL - International Computer Driving License

Salam,
Untuk makluman, ICDL adalah ujian kompetensi kemahiran pengunaan perisian komputer. Sejak pendaftaran pelajar ke Universiti Mesir pada tahun 2008, ujian ICDL menjadi WAJIB kepada semua graduan Mesir. Buat masa ini, ICDL bukan syarat wajib bagi graduan di Malaysia, tetapi, berkemungkinan besar akan menjadi WAJIB juga tidak lama lagi. Anda boleh mendapatkan makluman mengenai ICDL di laman web :


Atas permintaan yang ramai terhadap ICDL ini, terutama dari pelajar yang sudah berada di Mesir. Maka, MedicMesir menguruskan ujian KHAS UNTUK PELAJAR MESIR. Ujian ini juga TERBUKA untuk pendaftaran kepada pelajar yang baru, iaitu pelajar yang akan berangkat pada bulan September 2010. Usaha ini TERBUKA untuk semua dan tidak TERHAD kepada pelajar MedicMesir sahaja.

Oleh itu, jika anda berminat. Sila nyatakan MINAT anda didalam Borang Pendaftaran dibawah. Anda akan dihubungi pada akhir June 2010 untuk urusan selanjutnya.


Semoga usaha ini mendatangkan menafaat kepada semua pelajar.

Shukran Awi & Salam !
ummiMM

Wednesday, 19 May 2010

AVANZA untuk Program Pelajar MedicMesir

Alhamdulillah,

Seminggu yang lepas, MedicMesir telah membeli sebuah AVANZA. Insyallah, kenderaan ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk khas untuk program pelajar. Cara permohonan pengunaan kereta akan dimaklum melalui Muhafazah.

Semoga ianya mendatangkan menafaat kepada semua !

Alhamdulillah!

TAKLIMAT MEDICMESIR - UPM SERDANG

Salam,

Sudah di Matrikulasi? tetapi tidak mendapat bidang yang dipohon!
Keputusan matrikulasi sudah diumum? Tetapi TIDAK LAYAK untuk ke Program Perubatan!
Mengharapkan tajaan JPA / MARA untuk program perubatan, tetapi disalurkan ke program lain!

Oleh itu, ANDA dijemput untuk menghadiri Taklimat Program Ijazah Perubatan Mesir 2010 pada:

Hari : Ahad, 23hb May 2010, 10 -12tengahari
Bertempat: Dewan Kuliah 6, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang

Masuk PERCUMA . Berminat untuk hadir, sila daftar DISINI

Salam ikhlas,
Sekretariat Pengambilan 2010
HOTLINE : 019 3106167 @ medicmesir@gmail.com


Wednesday, 12 May 2010

KHAS TAHUN 1 & 2 2009/2010 - SENARAI NAMA BORANG MAIP (PERAK) yg telah diterima di MAIP setakat ini!

Salam, tertera ini senarai nama borang-borang MAIP yang telah diterima secara SAH di MAIP. Mohon sesiapa yang namanya tak tertera disini menghubungi BKAN Perak di Cairo atau Pejabat MAIP di Ipoh.

Sila pastikan borang dihantar sebelum 31hb May utk kemasukan ke mesyuarat awal bulan depan.

Sekian, Salam,
Unit Tajaan, MM
---------------------------------------------------------------------------------

1 Abdul Mukmin bin Abdul Manan
2 Ahmad Asyraf bin Ahmad Zawawi
3 Ahmad Fahmi Bin Baharuddin
4 Aimi Syahirah Binti Bahaman
5 Ainun Mardhiah Binti Jamaluddin
6 Ameeza Farahin Binti Khalid
7 Aminatul A'syiqin Binti Zainal Abidin
8 Dzul Izzat Bin Husin
9 Ezwan Rafizi Bin Zakaria
10 Faizatul Syazana Binti Mohd Osmani
11 Farahiyah Binti Abraham Peintkowsky
12 Farhani Binti Tamami
13 Fizatul Hawa Binti Mohd Zuki
14 Hamizah Binti Muhamad
15 Hanis Atia Binti Hassan
16 Hasyida Binti Basarudin
17 Intan Nur Atiqah binti Mohamad Yunus
18 Lokman Bin Yaacob
19 Mardhiah Binti Mohd Shuhaimi
20 Maryam binti Abu Bakar
21 Masitah Binti Samsudin
22 Masyitah Binti Abdul Halilah
23 Megat Safuan Zakuan Bin Safian
24 Mohamad Zaid Bin Che Zonkapri
25 Mohd Amir Safwan Bin hamdan
26 Mohd Syahmi Bin MD Razali
27 Muhamad Abdullah khalid Bin Mohamad Fadzil
28 Muhammad Amir Hamzah Bin Ahmad
29 Muhammad Hairieal Bin Shari
30 Muhammad Haris Bin Alias
31 Muhammad Hashif Bin hamzah
32 Muhammad Najmi Bin Saad
33 Muhammad Nasir Bin Zaimanan
34 Muhammad Solehuddin Bin Mohd Isa
35 Murni Najwa Binti Mior Mazlan
36 Mutmainnah Binti Mohd Shuhaimi
37 Nasibah Binti Abu Bakar
38 Nik Taqiah Nursyafaf Binti Nordin
39 Noor Aisyah Binti Ismail Suhaimy
40 Noor Amirah Binti Mat Nawi
41 Noor Atiqah binti Ismail Suhaimy
42 Noorul Hidayahtika Binti Safian Sauri
43 Noraryana Binti Ariffin
44 Norfarah Afiqah Binti Sajali
45 Nornazila Binti mohamad Shafil
46 Norsyazwani Binti Abu Kassim
47 Nur Aiman Binti Natri
48 Nur Ain Binti Zahari
49 Nur Alyan Syahmi Binti Mustapa
50 Nur Amanina Binti Jamain
51 Nur Amira Husna Binti Zaafar
52 Nur Aqida Binti kamarul Azlan
53 Nur Asyiqin Binti Zulkifli
54 Nur Fadhilah Binti Mohd Muhauyidin
55 Nur Husna Binti Samat
56 Nur Iradah Binti Azami
57 Nur Izwani Binti Rosni
58 Nur Syafina Binti Wazer
59 Nurmusfirah Binti Ahmad
60 Nursakinah Binti Che Zonkapri
61 Nurul Faizdrin Binti Hamdan
62 Nurul Farhana Binti Zainudin
63 Nurul Fathiah Binti Mohd Jamil
64 Nurul Syuhada Binti Razali
65 Putri Zainab Binti Megat Azamuddin
66 Rabiatul A'dawiah Binti Ramli
67 Raja Lellsya Noor binti Raja Yussof
68 Roslindarwinayanti Binti Rosli
69 Saiful Aqmal Bin Saiful Azhar
70 Sarah Farhana Binti Ahmad Kamil
71 Sharifah Nor Liyana Binti Syed Mohd Noor Hisam
72 Sharifah Syaeirah Binti Syed Safian
73 Siti Aisyah Binti Nordin
74 Siti fatimah Binti Ahmad
75 Siti Hanisah Binti Tuan Stia
76 Siti Hawa Asilah Binti Omar
77 Siti Nabila Binti Noor Azmi
78 Siti nadia Binti Noor Azmi
79 Siti Nor Adila Muhammad Idrus
80 Siti Nur Amirah Binti Ahmad Daud
81 Sofiyyah Binti Hasbullah
82 Suraya Hani Binti Tahar
83 Syaiful Azwan Bin Roslan
84 Syarifuddin Assiddiqin Bin Adam Syukri
85 Syazwan Bin Mohd Amirudin
86 Wirdatul Ainna Binti Jamaluddin

sekian.

Monday, 10 May 2010

Selamat Hari Ibu.....

Salam....

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari IBU kepada semua ibu-ibu yang banyak berkorban didalam mempastikan kejayaan anak-anak di dunia dan di akhirat!

Semoga keringat serta pengorbanan ini dibalas sebagai amalan yang solehah! Ameen! Untuk anak-anak di Mesir, yang semuanya sedang berada didalam fatrah IMTIHAN.....berikanlah keputusan yang TERBAIK ...HADIAH buat insan yang tersayang yang digelar IBU, MAMA, MA, MAK & UMMI!.....

Ya Allah! permudahkan lah usaha anak-anak kami ! Ameen!

ummiMM

Friday, 23 April 2010

TUNTUTAN TIKET DAN BANTUAN UMUM RM5000


Salam,


Perhatian pelajar Tahun 1 dan 2 yang kini berada di Mesir!

MedicMesir mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapatkan tajaan penuh MAIS dan bantuan umum utk pelajar Tahun 2 yang disampaikan di mesir minggu lepas. Syukor alhamdulillah juga kepada pelajar Tahun 1 yang telah menerima cek bantuan umum dari pihak yang sama. Bagi membantu mereka yang layak, tetapi masih belum menerima bantuan, sila isikan borang dibawah. Ini bagi melicinkan urusan 'follow-up' pihak MedicMesir dengan MAIS.


Semoga usaha ini membantu. Insyallah!!

Salam ikhlas,
ummi :-)

Wednesday, 21 April 2010

Salam Imtihan 2010!

Salam, MedicMesir mengucapkan Salam IMTIHAN kepada semua warga Tantarian Tahun 1- Tahun 5 yang akan memulakan IMTIHAN FINAL pada pagi ini, esok dan seterusnya!

Ya Allah! Engkau tenangkan lah hati anak2 kami didalam menghadapi IMTIHAN ini! Ya Allah! Engkau permudahkan lah IMTIHAN ini....Berilah Bantuan...Anugerahkan Kekuatan!! Agar......Yang Lupa ...Diingatkan!!...... Yang Salah...dibetulkan!! ...............Yang Sukar...Di mudahkan!!...Hati yang resah...ditenangkan!!

Agar mereka BERJAYA dan BERJAYA di dalam kesemua paper yang diambil!!..Ameen Ya Rabb!....Bit Taufiq Wan Najah Fil Imtihan!!

Begin with MUMTAZ in MIND.........goMUMTAZ 2010~
Salam Sayang :-)
ummi

Tuesday, 20 April 2010

Keputusan DERMASISWA MAIS 2010/2011

Salam,
MedicMesir mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua pelajar yang telah BERJAYA mendapat tajaan 6 tahun dari MAIS. Senarai nama boleh disemak disini.

Pelajar yang telah memohon tetapi tidak LAYAK, masih boleh memohon bantuan tiket dan wang saku RM5000 setahun dari pihak MAIS.

Harap Maklum

Friday, 16 April 2010

SEMAKAN SEMULA TAJAAN JPA (selepas Tahun 1)

Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa MedicMesir membantu mana-mana pelajar yang sepatutnya LULUS TAJAAN JPA tetapi keputusan ONLINE menunjukkan GAGAL. Jika anda ingin membuat semakan semula, sila berikan maklumat DISINI.

Semoga Allah swt mempermudahkan urusan tajaan antum!

Salam ikhlas,
ummi :-)

Wednesday, 14 April 2010

BANTUAN BAYARAN YURAN TAHUN 1 2009/2010

Salam,

Bagi pelajar2 yang masih tidak berkemampuan menyelesaikan Yuran Tahun 1, sila berhubung dengan MM dengan kadar segera. Keutamaan Tabung Bantuan MM adalah untuk membiayai Yuran Tahun 1 adalah kepada pelajar-pelajar yang mempunyai rekod kehadiran ke kuliah yang baik.

Tabung Bantuan MM ini adalah dari peruntukan MedicMesir sendiri. Oleh itu pelajar-pelajar sesi 2008 yang pernah menerima bantuan dari Tabung Bantuan MM dan sudah mendapat Tajaan, harap dapat membayar balik agar setelah wang Tajaan diperolehi agar boleh dimanfaat oleh adik-adik yang lain.

Pelajar-pelajar dari agensi lain yang telah mengunakan Tabung Bantuan MM terhad pinjaman kepada 6 bulan.

Sila mohon bantuan dengan segera dengan menghantar permohonan ke medicmesir@gmail.com, agar tidak terjejas kemasukan ke exam FINAL!.

Selamat menjalani IMTIHAN FINAL! Bi TAUFIQ wa Najah lil Imtihan

TAKLIMAT MEDICMESIR AKAN DATANG !!

Salam,

Sila ambil maklum lokasi taklimat akan datang

17hb April , Sabtu, 10 pagi: Hotel Seri Malaysia, MELAKA

18hb April, Ahad, 10pagi: DKU3, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang

19hb April, Isnin, 10 pagi: Hotel Seri Malaysia, TAIPING, PERAK
19hb April, Isnin, 8 malam: Hotel Seri Malaysia, IPOH , PERAK
(19hb April adalah Cuti Sempena Keputeraan DYMM Sultan Perak)

TAKLIMAT PERCUMA dan TERBUKA PADA SEMUA.
Segala pertanyaan mengenai taklimat sila berhubung di talian 019 3106167

Harap Maklum

YM Conference Banin Tibb Asnan Al Azhar

Salam......kpd semua pelajar2 lelaki Dentist Al Azhar!!

Semoga sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt!! Sila ambil maklum, satu YM conference akan diadakan antara ummi and semua pelajar dentist Al Azhar.

Pls be online and add YM: medicmesir , Thursday, 15th April, 8pm (Mesir time).

Kehadiran online wajib! huhu!!

take care and salam:-)
ummi

FINAL REMINDER : BIASISWA BAITULMAL

Salam,

Kepada sesiapa yang masih belum menghantar permohonan Biasiswa Baitulmal, sila berbuat demikian SEGERA. Tarikh tutup adalah 15hb April 2010 (esok). Tidak TERHAD kepada warga WILAYAH sahaja.


Semoga Allah swt mempermudahkan urusan tajaan! Ameen

Salam ikhlas,
Sekretariat Intake 2010

Wednesday, 7 April 2010

Hospital Attachment Summer Holiday 2010

Salam,
Atas permintaan ramai, usaha penempatan ' Hospital Attachment' diteruskan. kepada yang berminat sila daftar disini. Borang rasmi akan diserahkan di Mesir pada awal May 2010 kepada yang mendaftar. Keputusan penempatan adalah hak mutlak KKM. Semoga program ini memberi pendedahan awal kepada mereka yang terlibat
Semoga BerJAYA! Ameen!

Senarai nama penerima bantuan umum bagi pelajar perubatan bagi sesi pengajian 09/10

Salam,

Kepada pelajar tahun 2, sessi 2009/10 yang menerima bantuan umum MAIS, anda boleh menuntut cek pada Hari : Ahad – Khamis /Waktu : 8.00 pagi – 3.00 petang Sila bawa bersama passport anda.

Jika ingin mewakilkan pengambilan cek, sila kemukan 3 perkara :

1) Surat rasmi mewakilkan pengambilan cek

2) Salinan passport anda

3) Salinan passport yang diwakilkan

Sebarang masalah sila hubungi pejabat HEP di talian : 02-4092393 pada waktu pejabat.

Sila semak nama anda disini.

ummi ;-)

Thursday, 1 April 2010

Blog pelajar MedicMesir Tanta














Salam, sukacita dimaklumkan dengan berkat usaha anak2 MM Tanta, satu blog telah dihasilkan. Ibubapa di galakkan membuat rujukan di blog ini >> www.tantamedicmesir.blogspot.com

Kami juga mengalu-alukan sumbangan penulisan dari ibu bapa!
Insyallah, usaha ini akan turut membantu kejayaan anak2 di amsa hadapan!

Salam ikhlas, Sitihaniza @ ummi

SENARAI TAKLIMAT MEDICMESIR!

Sila ambil maklum taklimat-taklimat di lokasi dibawah!!

jam 10-12 tengahari!
2hb April - Fakulti Perubatan, USM , Kubang Kerian, KB, Kelantan
3hb April - Fakulti Perubatan, UDIM, Kuala Trengganu
4hb April - Kuliyah Perubatan, UIAM, Kuantan Pahang
8hb April - Kolej Matrikulasi Kuala Nerang
9hb April- Kolej Matrikulasi Kulim, Kedah
10hb April - Hotel Seri Malaysia, IPOH
11hb April- Fakulti Perubatan, UPM, Serdang

Segala rujukan lokasi Taklimat, sila hubungi 019 3106167

Monday, 29 March 2010

TAWARAN BIASISWA 1 MALAYSIA

Salam,

Sukacita dimaklumkan seperti didalam Taklimat MedicMesir terdahulu. Semua pemohon yang telah membuat permohonan rasmi dikehendaki mengisi Borang Biasiswa diatas.

Sila serahkan Borang Biasiswa 1 Malaysia beserta dokumen sokongan selewat-lewatnya hari Rabu, 31hb Mac 2010 ke pejabat MedicMesir atau secara pos laju. Dokumen akan diserahkan secara berkumpulan.

Borang serta makluman lanjut, boleh klik disini > Tawaran Biasiswa 1 Malaysia

Harap maklum dan terima kasih atas sokongan anda terhadap MedicMesir!

salam,
siti haniza mohd nazri@ ummi

Friday, 19 March 2010

TAKLIMAT MEDICMESIR 2010 - Ahad, 21hb Mac 2010

























Sila cetak dan hebahkan.
Pelajar dinasihati untuk :
1. Tidak terus mendaftar tanpa mendengar taklimat dan fahami betul-betul.
2. Tidak terburu-buru membuat keputusan tanpa berhubung dengan senior / pegawai di Mesir. (anda boleh mendapatkan senarai contact yang penting di mesir dari MedicMesir)
3. Tempat yang diperuntukkan di Mesir masih banyak. Menurut tahun-tahun sebelumnya, Kuota ini tidak pernah penuh!
4. Pelajar perlu membuat keputusan mengikut minat serta kemampuan kewangan masing-masing!
5. Bila sudah membuat keputusan, pelajar hanya perlu membayar deposit RM500 dan bakinya hanya setelah penempatan secara rasmi diterima.

Semoga dipermudahkan segala urusan! Ameen

sitihaniza @ ummi



Thursday, 11 March 2010

TAHNIAH kepada anak-anak SPM 2009


TAHNIAH setinggi TAHNIAH kepada semua anak-anak SPM 2009 yang berjaya dengan cemerlang. Bagi yang kurang berjaya, ambil pengalaman SPM untuk lebih berjaya di masa hadapan.

Bagi mereka yang bercita-cita menjadi Doktor Muslim. Ini adalah penentu haluan masa depan anda. Semoga Allah swt mempermudahkan usaha anda untuk mencapai cita-cita murni ini.


Wednesday, 10 March 2010

Al FATIHAH buat Syeikhul Azhar Muhammad Sayyid at-Tantawi











Al FATIHAH buat Syeikhul Azhar Syeikh Muhammad Sayyid at-Tantawi. Jasa beliau kepada umat Islam amat besar! Semoga Allah swt sahaja yang memberi sebaik-baik ganjaran serta balasan baik. Semoga Rohnya ditempatkan bersama para solihin dan wali-wali yg beramal soleh.

Ameen Ya Raab!

Monday, 8 March 2010

Taklimat PROGRAM PERUBATAN MESIR 2010

Sukacita anda semua dijemput ke taklimat dibawah:

FAKULTI PERUBATAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG
Ahad 21hb Mac 2010
(Ahad, 14hb Mac 2010 - di tunda)
10pagi - 1 tengahari

Terbuka kepada semua pelajar dan ibubapa, sila bawa bersama salinan fotokopi sijil lahir dan slip keputusan SPM

Makluman lanjut : Waheeda 019 3106167

Sunday, 7 March 2010

Doctors wanted at 162 health clinics

KUALA LUMPUR: The Health Ministry invites application from private doctors who are registered with the Malaysian Medical Council and fulfil the service requirement to serve at the 162 government health clinics nationwide.
Its director-general Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said they could work at the clinics on “sessional” or “locum” basis and be paid RM80 per hour.
The working hours is from 8am to 5pm on normal working days (sessional), while the extended time is from 5pm to 9.30pm on Monday to Friday and 8am to noon on Saturday (locum), he said in a statement.
Those keen to apply can obtain further information and the application form by surfing the ministry’s website www.moh.gov.my/MohPortal/categoryView.jsp.
-- Bernama :Source: The Star Online (5th March 2010)

Friday, 5 March 2010

M Class!! Tanta 1st year 2009/10

Salam all....

M class registration is OPEN now until
Saturday, 6th Mac, 5pm (mesir time)


All the best!!....May Allah swt guide and ease our path!!

Ameen

Jaulah Gamasah Dumyat 2010! REST to ReFRESH




REST to REFresh........(click to view some pix on Pantai Gamasah!)

All MM peeps from Tanta, Alexandria, Mansoura, Zagazig, Ainsham and Al Azhar are invited to join the trip!......Santai2 di pantai Gamasah...BBQ...group presentation....sukan pantai..and many other interesting events!

Let's have a break after exam !!! Let's Refresh before we MOVE FORWARD for FINAL EXAM!!...Place limited!. Cost partly sponsored by MedicMesir!!

For more info....pls contact..........Program Director:
Idrul Nafiz (0117346331) / Nabilla Adzib : (0147823881)
Enquiry...pls YM >> nabilla67@yahoo.com

Friday, 29 January 2010

NOC / SSLN - Perhatian utk Pelajar Tahun 2

Salam,

Mohon semua pelajar tahun 2 yang masih belum mendapat NOC / SSLN untuk email 2 dokumen penting iaitu :
1. Slip keputusan Tahun 1 yang telah diterjemahkan (slip dalam Bahasa Inggeris adalah diterima)
2. Pengesahan Pengajian Tahun ke 2 oleh Kedutaan Mesir di Cairo.

Sila email ke medicmesir@gmail.com dgn kadar segera.

Bagi pelajar yang telah menerima NOC, tapi dinyatakan Universiti lain, sila email NOC yang diterima tersebut untuk urusan pertukaran nama Universiti didalam NOC.

Harap Maklum!

Thursday, 28 January 2010

KHAS UNTUK PELAJAR SPM 2009

TerimaKasih atas permohonan anda semua.

Bagaimanapun, sila ambil maklum, bahawa, pihak MedicMesir hanya akan dapat memberi keputusan kelayakan penempatan di Mesir dalam masa 2 minggu dari tarikh SPM dikeluarkan. Hanya keputusan SEBENAR diambil kira, dan BUKAN keputusan PERCUBAAN.

Ini adalah kerana, semua pelajar perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, sekurang2nya 3B didalam 7 matapelajaran utama 'Bio, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Sejarah, Bahasa Inggeris'.

Bagaimanapun, anda digalakkan memohon secara online dari sekarang, dan membuat PENGESAHAN selepas keputusan SPM sebenar diumumkan.

HANYA PELAJAR YANG LAYAK SAHAJA diterima masuk untuk Program preMedic 2010!

Bagi pelajar SPM 2008 atau terdahulu, anda sudah boleh memohon dan diberi makluman mengenai kelayakan anda.

Harap Maklum!

Sunday, 24 January 2010

preMedic 2010 ( Program Persediaan Untuk Pelajar Perubatan Pengambilan 2010)

Alhamdulillah, preMedic2010 kini disusun, bagi memantapkan persediaan bagi pelajar yang ingin mengikuti program ijazah perubatan pada tahun 2010, tak kira, dimana pun anda akan belajar!. Tempat terhad utk 300 pelajar sahaja. (DAFTAR sini untuk maklumat lanjut )>>Hebahkan kpd rakan2 yg berminat!!

Monday, 11 January 2010

Jadual Cuti & Exam Mid Year - Tanta University - Winter 2010

CUTI WINTER : 6-19 Februari 2010

TAHUN 1:
-20/2/2010 ANATOMY
-22/2/2010 HISTOLOGY
-24/2/2010 BIOCHEMISTRY
-27/2/2010 PHYSIOLOGY

TAHUN 2
-21/2/2010 ANATOMY
-23/2/2010 HISTOLOGY
-25/2/2010 BIOCHEMISTRY
-28/2/2010 PHYSIOLOGY

Ya Allah!! Permudahkan urusan imtihan mereka!! Ameen Ya Raab! Ya Nur!!

Sunday, 10 January 2010

Jadual Imtihan Sem 1 Tahun 1 - Farmasi - Zagazig University

Ya Allah! Ya Rabb! Ya Nur!....Engkau permudahkanlah urusan imtihan anak2 MedicMesir....Jauhkan dari perkara 2 yang lalai dan membuang masa. Berikanlah kekuatan kefahaman dan ketajaman pemikiran untuk mereka berjaya dgn mudah!

Ameen Ya Rabb!


Wednesday, 6 January 2010

Borang Pinjaman MARA - Utk pelajar tahun 2

salam....

Pelajar Tahun 2 yang berminat untuk menghantar borang tajaan MARA melalui MedicMesir, sila pastikan penyerahan dibuat sebelum 8hb Jan 2009, 12 tengahari.

Penyerahan akan dibuat secara berkelompok.

Semoga Allah swt memudahkan urusan tajaan kalian....

salam,ummi

Tuesday, 5 January 2010

Back Home after 3 months

salam...all...

sorry..it's been quite a while..tak ber-update....partly, because...i've lost my camera (ni kira niat sedekah kat driver taxi!!!)...and ErtiSolat Broadband line terminated due to unforeseen reason...(Sob!!..Sob!!)..

Now back home from Mesir...after 3months...dok sama anak2 MedicMesir.....tak terkata perasan sedih meninggalkan Mesir....It was sleepless night few days b4 leaving..kiri tak kena..kanan tak kena..sedih dah nak balik!!!

The departure really brought tears to my eyes....padahal next month nak dtg lagi ...To those making surprise appearance at Terminal 2 , Cairo Airport....Shukran Awi...no words can express how i felt.... Love u all so MUCHHHH.. :-)

Last but not least............ALL THE BEST!! and wanna see all of U MUMTAZ...this year..insyallah.
May Allah swt showers u...MM peeps, with his blessings and grants all good wishes!!

Take care & Salam,
ummi

Wednesday, 23 December 2009

Pengesahan Pelajar Alexandria

Salam,

Semua pelajar diminta mendapatkan dokumen pengesahan status pelajar Universiti Alexandria dengan kadar segera. Pelajar perlu hadir sendiri dengan membawa surat tawaran dan passport. Sila berurusan dengan pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) Ustazah Zakiah di talian 0145844474.

Sila serahkan satu salinan kepada Sdr Fuad (utk lelaki) dan Anis Suzanna (utk perempuan) sebelum Jumaat 25hb Dec 2009.

Senarai pelajar yang telah dikeluarkan oleh pihak universiti adalah senarai awal. Pelajar yang namanya tiada didalam senarai awal telah dimasukkan dalam senarai terkini yang telah dihantar oleh pihak JPMK kepada pihak universiti.

harap maklum

Thursday, 10 December 2009

Jamuan '4 in 1' Mansoura 2009

Salam...

semua warga MM dijemput ke Jamuan '4 in 1' Mansoura 2009> Post Raya Korban, Post Imtihan , Ahlan utk Adik2 Baru MM 2009 & Jamuan Ahlan 2010...

Jumaat :11hb December 2009 Lokasi : Bujang Senang
Akhawat : 230pm-5pm dan Ikhwah: 6pm-830pm

AJKuasa PCM Mantan dan Baru + Mushrif/ah yang terlibat >>>semua dijemput hadir
and semua YM friends medicmesir...jemput2 dtg

Menu: Nasi Beriani + Gulai Kwah Daging Korban + Sambal Malas kelate!
Nasi Lemak & Beehon bungkus daun pisang.....dan banyak lagi...................

ummi :-)

Monday, 7 December 2009

Salam Imtihan 2009

Salam...

setelah selesai musim makan daging...tiba pula musim mid sem atau mid year exam!..
DOA...agar imtihan kalian dipermudahkan Allah swt !!!...Do ur Best!!

Ya Allah! engkau terangkan hati2 mereka agar mudah menerima ilmu mu ...
Ya Allah! engkau mudahkan urusan imtihan mereka...agar mereka tergolong dalam hamba2 mu yang menerima kejayaan...dunia wa akhirat
Ya Allah! mudahkan urusan tajaan mereka...Ameeen Ya Raab!!

ummi

Friday, 4 December 2009

Tajaan JPA 2009

TAHNIAH kepada semua yang berjaya mendapat Tajaan JPA baru2 ni...
Kepada yang tidak berjaya, sila mohon semula bila permohonan dibuka semula pada bulan Januari 2010.

MedicMesir telah pun mendapat maklumbalas dari JPA mengenai status permohonan Tajaan JPA pelajar di Universiti Tanta yang memulakan pengajian pada bulan Februari 2009. Antara, syarat Tajaan JPA adalah minima pengajian setahun diluar negara. Oleh itu, pelajar dinasihati memohon semula pada bulan Januari 2010 nanti. Bagaimanapun, mereka yang memperolehi markah 70% diberi keutamaan. Faktor pendapatan ibubapa tidak diambil langsung.

Untuk tujuan ini, pelajar Tanta Tahun kedua dibawah kelolaan MedicMesir dibenarkan untuk membayar yuran sehingga bulan 3/2010, sementara menanti kelayakan memohon JPA. Sila pastikan semua permohonan Zakat dan seumpamanya telah disempurnakan terlebih dahulu.

Harap Maklum

Terimakasih barisan EXCO PCM / PCT / PCI !!

Salam...
MedicMesir mengucapkan TAHNIAH kepada mereka yang terpilih untuk memegang amanah barisan exco pimpinan pelajar untuk sessi 2009/2010. TerimaKasih juga kepada pimpinan pelajar yang banyak menghulur bantuan dan tunjuk ajar kepada adik-adik MedicMesir di semua muhafazah selama ini. Segala tunjukajar antum masih diperlukan dalam meniti menara kejayaan ini...

Tak tertinta juga nama-nama antum disini .....
Setinggi-tinggi penghargaan untuk mantan Pengerusi, Timbalan & Barisan exco!
Di Mansoura>>>> Sdr Ezzat Kamal, Sdr Irham dan barisan exco...
Di Tanta >>>Sdr Zulkifli, Sdr Nurul Husna Sani dan barisan exco...

Untuk di Alexandria ...yang akan bermesyuarat pada awal Januari 2010..
Sdr Mohd Hafizuddin, Sdr Nawwar Afifah dan barisan exco...

Tak terbalas budi baik antum ...semoga Allah swt sahaja yang membalasnya....

Ya Allah, Kau permudahkanlah setiap urusan baik yang mereka lakukan terhadap adik2ini .Ya Allah kau terangkanlah pintu Hati & Tajamkanlah minda mereka untuk menerima ilmu PERUBATAN mu. berikan mereka MUMTAZ!! Lindunglah dan rahmati mereka...Ya Allah kurniakan mereka kejayaan dunia dan akhirat...Rahmati ibu bapa mereka yang membesarkan mereka !!! Ameen Ya Raab...

salam ikhlas dari ummi

Eid-al-Adha 1430H

Shukran Awi.....kepada mereka yang terlibat menjayakan Majlis Korban serta Kenduri Eid Adha 1430. Alhamdulillah, tahun ni, MedicMesir telah berpeluang mengorbankan 4 ekor lembu...

Raya pertama :2 ekor di Tanta,
Raya kedua : 1 ekor di Alexandria,
Raya ketiga : 1 ekor di Mansoura

Majlis Kenduri di Tanta , alhamdulillah telah sempurna pada Raya Pertama...
Insyallah, utk di Mansoura dan Alex, kenduri ditangguhkan kepada selepas IMTIHAN, utk mempastikan tumpuan diberikan kepada persediaan IMTIHAN.

Insyallah, jika tiada halangan...
Kenduri di Mansoura akan diadakan pada Jumaat, 11hb December 2009
dan di Alexandria akan diadakan pada Jumaat, 18hb December 2009

Semua warga MedicMesir dari muhafazah lain dijemput hadir.....

salam, ummi

Friday, 20 November 2009

Borang Pengesahan Zakat

Salam,

Kepada pelajar2 yang telah menghantar dokumen tajaan / zakat ke JPMK (kebanyakan dari Kelantan / Terengganu). Sila ambil maklum, MedicMesir tidak akan memulangkan dokumen tersebut kepada pelajar, tetapi, akan dipos terus kepada ibu bapa di Malaysia untuk urusan selanjutnya. Ini bagi menjimatkan masa keseluruhan proses.

Pemohon MAIP (Perak) - Semua permohonan telah diserahkan ke BKAN Perak di Cairo. Pegawai MAIP telah menyerahkan semua permohonan ke Pejabat MAIP, Ipoh. Oleh itu, segala urusan follow up mesti dibuat di Pejabat MAIP Ipoh.

Pemohon MAIS (Selangor) - Semua dokumen bagi pelajar yang telah melengkapkan dokumen tuntutan tiket / bantuan umum akan dihantar ke pejabat MAIS, Selangor bermula 23hb November 2009. Maaf atas kelewatan, ini berikutan kelewatan mendapatkan pengesahan status pelajar sebagai pelajar dari universiti.

Sila ambil maklum bahawa pelajar pengambilan 2008, yang telah mendapat tajaan zakat pada tahun 2009, dikehendaki mengisi borang yang sama bagi mempastikan tajaan zakat 2010 dapat diproses.

Pelajar pengambilan 2008 yang telah mendapat tajaan MARA / JPA / Yayasan Negeri dan seumpamanya, ditegah untuk mengambil wang zakat. Kejujuran anda amat penting demi keberkatan masa depan anda serta memberi peluang mereka yang pertama kali memohon.

TerimaKasih atas kerjasama.

Harap Maklum.

Sunday, 15 November 2009

Yuran Tahun 2 - Sesi 2009/2010

Salam,

Buat masa ini, pihak MedicMesir akan berusaha untuk menangguhkan pembayaran Yuran Tahun 2 untuk Universiti Mansoura, Alexandria dan Tanta sehingga ke bulan Mac 2010. Bagaimanapun, pihak kami akan memaklumkan tarikh akhir yang dibenarkan untuk menjelaskan yuran tersebut.

Bagi pelajar semester 3 Program Mansoura-Manchester , yuran perlu dibayar sebelum 1hb Januari 2010. Pelajar boleh membayar secara terus ke universiti. Bagi pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan MedicMesir untuk urusan bayaran, sila berhubung dengan Cik Waheeda di talian 03 8945 9030 pada waktu pejabat.

Harap Maklum

Yuran Tahun 1 - UNIVERSITI TANTA

Salam,

Pelajar Tahun 1 , 2009/2010 Perubatan - Universiti TANTA perlu dibayar selewat-lewatnya sebelum 15hb Disember 2009. Berikut adalah maklumat yang diperlukan:

Jumlah YURAN yang perlu dibayar: RM7200.
Akaun: CampusCity Management (Maybank : 512802506800)
(Sila ambil maklum bahawa pihak pejabat MedicMesir tidak menerima sebarang bayaran bentuk TUNAI, tetapi hanya CEK atau Bank in secara terus ke Maybank)

Sila fax ke 03 89423827 atau email ke medicmesir@gmail.com slip bank in dan nyatakan nama pelajar

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Waheeda di talian 03 8945 9030

Harap Maklum,
Sekretariat MedicMesir

Yuran Tahun 1 Pergigian Al Azhar

Salam,

Pelajar Tahun 1 , 2009/2010 (preDental) - Universiti Al Azhar perlu dibayar selewat-lewatnya sebelum Sabtu, 21hb November 2009. Berikut adalah maklumat yang diperlukan:

Jumlah YURAN yang perlu dibayar: RM6000.
Akaun: CampusCity Management (Maybank : 512802506800)
Sila fax ke 03 89423827 atau email ke medicmesir@gmail.com slip bank in dan nyatakan nama pelajar

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Waheeda di talian 03 8945 9030

Harap Maklum,
Sekretariat MedicMesir

Rayuan Tajaan JPA

Salam,

TAHNIAH kepada pelajar yang telah berjaya mendapatkan tajaan JPA. Bagi yang tidak, sila kemukakan rayuan terus ke JPA sebelum 25hb November 2009. Bagaimanapun, permohonan JPA akan dibuka semula pada bulan Januari 2010. Sila pastikan anda memohon semula.

Harap Maklum

Sunday, 8 November 2009

Ijazah Pergigian Al Azhar - Pengambilan November 2009

Salam,

Universiti Al Azhar mempelawa mana-mana lepasan SPM yang berminat mengikuti Program Pergigian di Al Azhar untuk kemasukan akhir November.

Tempat adalah terhad, 10 untuk perempuan dan 20 untuk lelaki. Sila isi borang disebelah>>>>>>>>>>>>>

Jika anda mempunyai masalah mengisi borang ini, sila email terus Slip Keputusan SPM dan Sijil Lahir ke medicmesir@gmail.com ATAU Fax ke 03 89423827. Sila nyatakan alamat tempat tinggal dan nombor talian tetap atau HP anda

Untuk bantuan terus, sila hubungi talian 019 6206167

Sekian TerimaKasih

Cik waheeda,
Sekretariat MedicMesir

Friday, 6 November 2009

Surat Pendaftaran Universiti dan Surat Pengesahan Tiada Tajaan

Salam,
Sila ambil maklum bahawa 2 buah surat penting telah dikeluarkan kepada setiap pelajar iaitu:

1. Surat Pengesahan Pendaftaran Belajar di Universiti (yang dikeluarkan oleh pihak Universiti)
dan
2. SuratPengesahan Pendaftaran di Universiti dan Pengesahan tiada Tajaan Kewangan (yang telah disahkan Oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah)

Kedua-dua surat diatas adalah penting untuk tuntutan zakat serta pengeluaran KWSP.
Oleh itu, pelajar perlu email satu salinan kepada ibu/bapa di Malaysia untuk menyelesaikan urusan diatas (terutamanya untuk urusan KWSP).

Bagi pelajar yang masih tidak menerima kedua-dua surat diatas, sila berhubung dengan Ketua Pelajar MedicMesir di Muhafazah masing-masing.

Harap Maklum

Ummi @ ARMA, Cairo

Friday, 30 October 2009

Tajaan Zakat Anak Perak

Salam,

Semua pelajar anak Perak yang sudah berada di Mesir diminta untuk mempastikan anda telah melengkapkan Borang Zakat Perak. Tajaan Zakat Perak yang kebiasaanya berjumlah RM20,000 setahun dapat membantu menampung sara hidup serta Yuran untuk Tahun Pertama.

Sila pastikan Borang dilengkapkan dan diserahkan kepada wakil di Muhafazah masing-masing.
Borang perlu di hantar dari Mesir. Borang yang dihantar terus ke pejabat MAIP biasanya akan ditolak terus permohonannya. Tarikh akhir penghantaran borang adalah 7hb November 2009.

Wakil Pelajar tahun 1 MedicMesir yang telah dilantik adalah seperti berikut:
Wakil Perak di Tanta: Hamizah Muhamad
Wakil Perak di Alexandria:Fatin Bt Mohamad Nusri
Wakil Perak di Mansoura: Noor Ashikin Nordin
Wakil Perak di Cairo: Amirul Izha Sharuddin
Wakil Pelajar Tahun 2 seluruh Mesir: Siti Amirah Mohd Daud (Mansoura)

Sesiapa yang masih belum menghantar borang, sila berhubung dengan wakil masing-masing.
Pelajar tahun 2 yang telah mendapat tajaan Zakat MAIP sebelum ini, sila pastikan anda menghantar slip keputusan anda ke wakil Tahun 2 sebelum 7hb November 2009.

Kepada pelajar yang telah mendapat Tajaan MARA atau JPA disarankan agar memaklum pihak MAIP agar tidak berterusan menerima wang Zakat. Ini bagi mempastikan peruntukan hanya diberikan kepada yang belum mendapat tajaan sahaja. Keikhlasan anda amat kami hargai.

Semoga Allah swt permudahkan kejayaan antum semua...

ummi @ ARMA, Cairo

Keputusan Tajaan JPA ditangguh

Salam,

MedicMesir difahamkan keputusan tajaan JPA yang sepatutnya keluar semalam telah ditangguhkan pada hari Isnin atau Selasa minggu hadapan.

Harap bersabar dan banyakkan berdoa :-)

Ummi @ ARMA
+20112582670

Monday, 26 October 2009

Keputusan Tajaan Pinjaman JPA

Salam,

Keputusan Tajaan Pinjaman JPA utk pelajar yang memohon mengunakan keputusan Tahun 1 boleh disemak secara online bermula Khamis, 29hb Oktober 2009.

Kita doakan agar semua berjaya mendapat Tajaan. Ameen

ummi, cairo

Monday, 19 October 2009

Tajaan JPA - Permohonan bulan Ogos 2009

Salam,

Pihak JPA telah menghubungi MedicMesir dan memaklumkan TINDAKAN SEGERA dibawah:

Pelajar Tahun 2 yang telah memohon tajaan JPA, tetapi masih belum menghantar slip keputusan Tahun 1 ke JPA, sila berbuat demikian sebelum hari SELASA, 20hb Oktober 2009.

Sila email slip keputusan dan salinan Kad Pengenalan anda ke medicmesir@gmail.com. Pihak MedicMesir akan menyerahkan ke pejabat JPA pada 10pagi, Rabu, 21hb Oktober 2009.

Pelajar yang TIDAK menghantar slip perlu membuat permohonan baru pada bulan Februari 2010.

Pelajar yang masih belum menyelesaikan yuran Tahun 1, tetapi LULUS, dan memerlukan bantuan menyelesaikan yuran tersebut, sila berhubung terus dgn ummi di Mesir.

Segala pertanyaan, sila berhubung dgn Cik Waheeda di talian 03 89459030 atau ummi di +20112582670.

ummi @ Alexandria

Saturday, 3 October 2009

Mansoura Uni peeps!!

Salam..

Sila ambil maklum....

Warga Dentist - Tahun 1. Kelas pertama, Amali bermula hari ni jam 8 pagi. Seniors MM akan aturkan utk ke kuliah. Sila bersedia dgn lebih awal.

Warga Manchester - Sem 1. Sesi Taklimat akan bermula jam 9pagi, Lecture Tkt 3, Bangunan utama Mansoura Medic.

Warga Ordinary - Kelas akan bermula 10hb. 9pagi.

Warga Farmasi - Sila berkumpul di pintu Estad Gamaah jam 830pagi utk pendaftaran di pejabat Dekan hari ini.

Harap maklum & selamat belajar.

ummi

Sunday, 27 September 2009

Dokumen Tuntutan KWSP / MAIS dan Zakat Negeri

Bagi pelajar yang telah memohon MAIS (samada yg sudah mendapat jawapan atau belum dari pihak MAIS), MedicMesir akan menguruskan secepat mungkin tuntutan bantuan umum dan tuntutan tiket.

Oleh itu, sila ambil maklum, bahawa urusan penghantaran 3 dokumen dibawah :
salinan tiket, boarding pas dan surat pengesahan pendaftaran belajar di universiti akan terus dihantar oleh MedicMesir kepada MAIS. Bagi Tajaan Zakat dari negeri-negeri lain, sila pastikan anda membawa borang tersebut ke Mesir untuk tujuan pengesahan di pejabat MSD Cairo.

Surat pengeluaran KWSP akan dikeluarkan kepada semua pelajar dalam masa 2 minggu selepas mendaftar.

Yuran universiti akan di serahkan kepada universiti sebelum 1hb jan 2010.
Oleh itu, ibubapa diminta menghantar deraf atau bayaran sebelum 15hb December 2009.

Harap Maklum

Selamat Berangkat !

Alhamdulillah, sudah masanya utk berangkat ke bumi Mesir!

Kita doa agar musafirnya kita ini diredhai oleh Allah swt dengan niat menuntut ilmu agar menjadi muslim yg lebih baik. Ikhlas, hanya kerananya. Beberapa hari ini, pastikan anda semua menjaga kesihatan dengan baik dan 'mentally prepared' untuk memasuki alam 'medical student'.

Beberapa peringatan sebelum berangkat:
1. Wang USD (bukan Ringgit) yg akan ditukar semasa sampai di lapangan terbang.
2. Salinan sijil2 termasuk surat tawaran dan salinan kad pengenalan.
2. Bagi yang mengikuti penerbangan Gulf Air. Pastikan anda membawa satu set persalinan baju utk kegunaan semalaman di Bahrain. Ini kerana, bag yang dimasukkan semasa check in, tidak akan keluar di Bahrain.

TAG STICKER MedicMesir akan dibekalkan semasa check in nanti.

Segala pertanyaan semasa di KLIA, sila berhubung di talian 019 3106167
Ya Allah...redha dan mudahkan perjalanan ini...Ameen'

Salam,
ummi

Saturday, 19 September 2009

Eid Mubarak !

Salam Eidul Fitri utk semua.....

Semoga latihan di 'University of Ramadhan' memantapkan diri kita sebagai insan yang diredahi Allah Swt. Kita doakan agar ibadah kita diterima Allah swt dan segala dosa kita di ampuni Allah swt. Ameen!

Happy Eid!!

Salam iklas dari,
ummi, dari Mekah :-)

Tuesday, 15 September 2009

Mansoura Manchester Student Guide

Salam,

Kepada pelajar Mansoura Manchester sessi 2009/2010, sila download 2 dokumen penting dibawah yang telah dikeluarkan oleh pihak universiti.
2. Phase 1 Hand Book ( Makluman ini perlu dibaca betul2!. Insyallah sessi penerangan di Mansoura akan juga diadakan)

Student guide ini juga mengesahkan kenaikan yuran Program Manchester kepada 8000USD setahun (RM28,800 setahun) atau (RM172,800 utk keseluruhan program)

Harap Maklum

ummi (dari Mekah) :-)