Assalamualaikum wbth,
ALHAMDULILLAH! Pendaftaran Program Perubatan untuk sesi pengajian 2015/16 telah DIBUKA. Terima Kasih kerana memilih MEDICMESIR untuk membantu anda. PERMOHONAN SESI 2015 boleh dibuat di link ini. Sila baca maklumat dibawah terlebih dahulu.
Permohonan ini adalah untuk program perubatan / pergigian / farmasi dan ulum Islamiyah. Bagi program2 selain perubatan untuk ke Turki, sila nyatakan bidang pilihan anda.
A. SYARAT KELAYAKAN
1. Permohonan terbuka kepada semua lepasan SPM / Matrikulasi / Asasi.
2. Syarat keputusan SPM untuk melanjutkan program perubatan adalah minima B didalam 8 subjek utama iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan.
B. UNTUK PERMOHONAN KE MESIR
3. Pelajar lepasan SPM yang memenuhi kelayakan diatas LAYAK untuk terus masuk ke Tahun 1.
C. UNTUK PERMOHONAN KE TURKI
4. Pemohon WAJIB menduduki kelas bahasa Turki selama 8-10 bulan
5. Pemohon WAJIB menduduki peperiksaan kemasukan AYOS, YOS dan SAT bagi melayakkan untuk masuk ke Tahun 1 program perubatan / pergigian dan farmasi di Turki.
Pemohon mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 90% didalam peperiksaan kelayakan diatas. Dari permarkahan diatas juga, kemasukan akan ditapis mengikut ‘ranking keputusan peperiksaan diatas’
6. Pemohon akan berangkat dalam dua kumpulan iaitu awal April 2015 dan awal May 2015.
D. UNTUK PERMOHONAN KE RUSIA
7. Pemohon lepasan matrikulasi yang mendapat CGPA sekurang2nya 3.0 layak untuk memohon dan terus masuk ke Tahun 1
8. Bagi lepasan SPM, mereka perlu mendaftar ke Program Persediaan (Foundation) dan mendapat sekurang2nya 3.0.
9. Pemohon akan berangkat pada bulan Feb 2016.
E. UNTUK PROGRAM PERUBATAN DI MALAYSIA
10. Semua pemohon yang memohon melalui MM dan membuat juga pilihan juga penempatan di Malaysia akan secara automatik turut menerima tawaran di dalam negara.
11. Pemohon berhak menerima atau menolak tawaran tersebut.
12. Jika pemohon memilih penempatan tersebut, TIADA sebarang bayaran yang diperlukan.
F. TATACARA MEMOHON
13. Semua pemohon diminta memohon dahulu secara ONLINE BORANG dibawah dan anda akan diberi maklumbalas bermula 10hb Mac 2015.
14. Pemohon SPM sebelum SPM 2014 boleh memohon dan mengisi keputusan SPM anda. Bagi SPM 2014 boleh mengisi sekarang dan tidak perlu mengisi bahagian keputusan SPM. Anda boleh email slip SPM ke medicmesir@gmail.com sebaik keputusan SPM diumumkan pada 3hb Mac 2015.
15. MM akan memberi jawapan bermula 10hb Mac 2015 dan menghantar SURAT TAWARAN SEMENTARA kepada semua pemohon yang layak.
G. TAKLIMAT MEDICMESIR
16. Pemohon serta IbuBapa / Penjaga dinasihat agar menghadiri taklimat 2 jam PERCUMA di semua lokasi dibawah. TAKLIMAT diadakan pada sepanjang Mac / April / May 2015.
H. LOKASI TAKLIMAT
MM akan mengadakan taklimat secara berkala di lokasi dibawah. Lokasi tepat taklimat akan dimaklumkan melalui WhasApp dan di Facebook MM
Jumaat (9-11 pagi) : Kota Bharu / Kolej Mara Kulim /
Sabtu (10-12 tghri) : Fak Perubatan, UPM / Pulau Pinang / Johor Bharu
Ahad (10-12 tghri) :Ipoh / Melaka
Sila daftar di link ini utk mendapatkan maklumat terkini mengenai Taklimat 2 JAM Percuma MM
I. MAKLUMAT LANJUT
17. Segala pertanyaan lanjut sila berhubung dengan talian2 dibawah. InshaAllah, kami sedia membantu :
a. Dr Ahmad 0133061313
b. UmmiMM 0196206167
c. Leen 0193106167
d. Adda 0133033030
e. Ikram 019 3653444
Semoga dipermudahkan segala urusan pengajian anak2 MM semuanya.
Salam,
UmmiMM 0196206167
KALAU SAYA MOHON SEKARANG BOLEH KE
ReplyDeleteKalau saya mohon sekarang boleh lagi ke
ReplyDeleteBoleh lagi kew nak memohon?
ReplyDelete