Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday, 28 March 2015

PERJUMPAAN KHAS MENGENAI PERKEMBANGAN RAYUAN TAJAAN JPA / MARA - 12hb APRIL 2015

Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum wbth, 

1.  Semoga anak-anak serta IbuBapa sentiasa didalam rahmat serta pemeliharaan Allah swt.

2.  Posting ini merujuk khas kepada usaha rayuan tajaan yang telah digerakkan oleh Exco Pertubuhan Kebangsaan IbuBapa dan Mahasiswa Perubatan Mesir Malaysia (IBM-PMM). Untuk makluman semua, IBM-PMM adalah sebuah NGO berdaftar dengan ROS yang bertujuan untuk memberi khidmat kebajikan kepada anak-anak dibumi Mesir.  IBM-PMM juga dinaungi oleh bekas Duta Malaysia ke Mesir , Datuk Zainal Abidin bin Abdul Kadir. FOKUS buat masa ini adalah untuk membantu anak-anak yang kini belajar di  Mesir untuk mendapatkan kembali kemudahan tajaan JPA atau MARA yang telah dibekukan bermula tahun 2014.

3. Untuk makluman, sebelum  tahun 2014, semua anak-anak yang memperolehi keputusan Mumtaz dan Jayyid Jiddan semuanya BERJAYA mendapat tajaan dari JPA atau MARA. 

4. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, EXCO IBM-PMM telah membuat beberapa perbincangan rasmi dengan wakil Perdana Menteri , pegawai atasan JPA serta wakil Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mengendalikan agensi MARA. Setakat bulan lepas, EXCO IBM-PMM telah diminta untuk mengemukakan nama-nama pelajar dari anak-anak ahli yang Mumtaz dan Jayyid Jiddan yang belum mendapat sebarang tajaan.

5. EXCO IBM-PMM amat mengambil berat atas isu tajaan ini dan yakin dengan perkembangan mutakhir setelah beberapa pertemuan dijalankan amatlah positif.  Bagaimanapun, perlu mendapat sokongan semua pelajar dan IbuBapa.  InshaAllah, ianya mampu menghasilkan natijah terbaik dan berhasil.

6. EXCO IBM-PMM juga mengambil berat mengenai isu tajaan anak-anak yang kembali ke Malaysia dibawah 'Program Transfer Credit'. Oleh itu, usaha ini akan digerakkan sekaligus.

7. Untuk tujuan diatas, EXCO IBM-PMM telah memutuskan untuk mengadakan perjumpaan khas dengan semua IbuBapa yang termasuk didalam kategori dibawah didalam dua pertemuan yang berlainan:-
a. Senarai Mumtaz dan Jayyid Jiddan didalam peperiksaan sesi 2013/14.
b. Senarai 'Transfer Credit' yang masih belum mendapat tajaan.

PERJUMPAAN KHAS PELAJAR MESIR DIBAWAH KATEGORI MUMTAZ & JAYYID JIDDAN. 
8. Perjumpaan  ini akan diadakan  pada 12hb April 2015 di Bangi Golf Resort, Bangi , SELANGOR bermula jam 830 hingga jam 11 pagi. Untuk melancarkan urusan pendaftaran pada hari tersebut, senarai nama akan disediakan terlebih dahulu sebelum perjumpaan bermula.

PERJUMPAAN KHAS IBUBAPA PELAJAR TRANSFER CREDIT
9. Tarikh akan ditentukan dan akan terus dimaklumkan kepada semua ahli yang berdaftar sebelum 1hb May 2015.

10. Objektif pertemuan ini adalah untuk memberi penerangan mengenai isu ini secara terperinci dengan berkongsi hasil pertemuan diatas dan pelan tindakan PBM-PMM seterusnya. Sila ambil maklum buat masa ini, urusan rayuan tidak akan diupdate secara terbuka. 

11.  IBM-PMM adalah TERBUKA kepada semua pelajar Mesir, ianya TIDAK TERHAD kepada MedicMesir sahaja.  

12. Pertemuan ini hanya TERHAD kepada mereka yang menjadi AHLI IBM-PMM sahaja. HANYA AHLI SAHAJA yang dibenarkan menyertai perjumpaan ini. Jika, ibubapa atau pelajar yang masih belum menjadi ahli, diminta mendaftar sebagai ahli sebelum 4hb April 2015. Sila isikan maklumat anda didalam link ini (klik sini). Maklumat terperinci akan dihantar melalui email.

13. Bagi yang sudah menjadi ahli dan ingin mengesahkan kehadiran perjumpaan pada 12hb April 2014, sila ini makluman disini (klik sini)

14. Sila ambil maklum, semua IbuBapa yang berminat didalam rayuan ini cakna atas perjumpaan ini. Ini bagi membolehkan EXCO IBM-PMM mengemukakan senarai nama terkini ahli IBM-PMM yang mengemukakan rayuan dan diserahkan dalam masa seminggu ke pihak-pihak yang berkenaan. IbuBapa juga perlu membawa beberapa dokumen yang diperlukan dan akan diberikan melalui email didalam surat panggilan ke perjumpaan diatas.

15. Teruskan berusaha. Panjatkan DOA. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita dan mendatangkan natijah yang berhasil. 

Salam,
En Safian Taiyib Hamidin
PRESIDEN
Pertubuhan Kebangsaan IbuBapa n Mahasiswa Perubatan Mesir Malaysia (IBM-PMM)








No comments:

Post a Comment