Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday, 26 October 2013

URUSAN 'REFUND' PELAJAR 'INTAKE 2013' - PLAN B

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada makluman mengenai nya yang diadakan di Fakulti Kejuruteraan, UPM Serdang pada pertengahan Ogos 2013.

2. Alhamdulillah, semua pelajar sesi 2013 yang memilih Pilihan A telah sampai dibumi Mesir untuk meneruskan pengajian didalam bidang masing-masing. Semoga dipemudahkan segala urusan pengajian mereka disana.

3. Bagaimanapun, MedicMesir memberi pilihan B kepada ibubapa/pelajar untuk memilih pengajian didalam Universiti tempatan pada pertengahan Ogos 2013. Seperti yang dimaklumkan, MedicMesir akan memulangkan sebahagian wang yang telah dibayar bagi mereka yang memilih Pilihan B ini. 

4. Oleh itu, LINK ini disediakan untuk mengumpulkan maklumat agar proses ini boleh dibuat. MedicMesir akan mengambil masa selewat-lewatnya 1hb Januari 2014 untuk menyelesaikan semua urusan ini.

5. Sila ambil maklum bahawa nama anak2 Sesi 2013 semua telah diluluskan dan masih ada di pihak Universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.  Oleh itu, Bagi pelajar yang 'last minute' berminat untuk meneruskan pengajian di bumi Mesir, InshaAllah, satu kumpulan terakhir akan bertolak pada 3hb November 2013 dengan penerbangan Egypt Air jam 955 malam.  Jika anda berminat, sila berhubung melalui email di medicmesir@gmail.com atau terus ke talian 019 6206167 (UmmiMM) untuk urusan lanjut. 

6.  Semoga dipermudahkan segala urusan anak2 untuk meneruskan pengajian dimanapun mereka berada. Semoga mereka menjadi anak2 yang berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

Salam,
UmmiMM




PERUNTUKAN JOM! MUMTAZ TAHUN 1 dan 2 SESI AKADEMIK 2013/14

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada perbincangan awal mengenai perlaksanaan JOM! MUMTAZ untuk sesi akademik 2013 / 14.

2.  Sila ambil maklum, bahawa 27hb Oktober 2013, jam 5 petang waktu Mesir adalah tarikh akhir penghantaran Kertas Cadangan serta belanjawan JOM! Mumtaz 2013 didalam format Microsoft Excel . Sila ambil maklum bahawa cadangan belanjawan yang tidak dihantar didalam format Excel akan terus ditolak.

3.  Sila ambil maklum, bahawa kertas cadangan ini perlu merangkumi semua kos yang dibenarkan dibawah JM iaitu:
a. Kos tenaga pengajar (100LE satu sesi)
b. Kos fotokopi 
c. Kos makan untuk setiap kelas JM (terhad Tahun 1)
d. Jaulah 1 kali selepas Imtihan (Tahun 1 dan 2)
e. Kos makan sempena Imtihan (Tahun 1 dan 2)

4.  Kos untuk E boleh di hantar kemudian.  Jumlah akan bergantung kepada penyertaan yang komited didalam JOM! Mumtaz.

5. Untuk anak2 Tahun 1, sila dapatkan nasihat dari seniors anda didalam perlaksanaan JOM! Mumtaz. Tiada lagi peruntukan akan dipertimbangkan selepas tarikh diatas. Segala permohonan peruntukan perlu diseleraskan oleh satu AJK HICOM yang merangkumi Tahun 1 dan 2.  

6. AJK JOM! Mumtaz sesi 2012 perlu menghantar akaun tahun lepas sebelum peruntukan yang baru dapat dikeluarkan. 

Harap Maklum dan semoga progam JOM! Mumtaz akan menjadi lebih lancar dan berjaya untuk tahun ini. Ameen:-)

Salam,
UmmiMM



Friday, 25 October 2013

MAKLUMAN PERMOHONAN TAJAAN JPA SESI JULAI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada permohonan tajaan JPA bagi sesi Julai 2013.

2. Alhamdulillah, dikongsikan dibawah beberapa perkembangan yang diperolehi dari pihak JPA. Diharap makluman ini sedikit sebanyak membantu anak2 membuat apa jua keputusan mengenai pengajian.

3. Sila ambil maklum bahawa:

a. Keputusan yang sepatutnya diumumkan hari ini telah ditunda kepada hari Isnin, 4hb November 2013. 
b. Alhamdulillah, penajaan masih diteruskan untuk anak2 yang ingin meneruskan pengajian di Mesir.
c. Penajaan hanya TERHAD kepada pengajian di Mesir SAHAJA dan tidak dibenarkan untuk pemindahan ke Malaysia sama sekali. Ini adalah STATUS buat masa kini.
d. JPA akan menarik balik tajaan jika didapati nama pelajar-pelajar yang berjaya mendapat penajaan JPA tetapi, sudah tiada di dalam senarai pelajar berdaftar di universiti Mesir. 
e. Pelajar yang mendapat MUMTAZ atau Jayyid Jiddan tidak perlu risau sekiranya permohonan didalam talian dan dokumen lengkap dihantar pada masa yang ditetapkan. InshaAllah.
f. Mengenai pengajian di Malaysia, JPA tidak menaja pengajian anak2 di IPTS , hanya di IPTA. Ini adalah kerana urusan tajaan dibawah kerajaan hanya dikelolakan oleh PTPTN.
g. Untuk urusan pemindahan kredit dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, JPA hanya menanggung baki yuran pengajian dan bukan yuran sepenuhnya seperti MARA. Urusan ini TERHAD kepada pelajar yang yang terdahulu dan bukan kepada permohonan yang akan diluluskan pada 1hb November 2013. Buat masa ini, jumlah pelajar yang menerima pemindahan melalui pemindahan kredit juga didapati amat minima. 

4. Segala pertanyaan, boleh berhubung dengan UmmiMM di talian 019 6206167 (sila sms jika talian sibuk) atau Cik Shikin di talian 03 8945 9030 atau di email medicmesir@gmail.com. Semoga dipermudahkan segala urusan anak2 meneruskan pengajian. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Sekian.

Salam,
UmmiMM




Friday, 4 October 2013

BORANG MAKLUM BALAS PILIHAN TEMPAT PENGAJIAN

Pelajar-Pelajar Tajaan JPA di Mesir

Sebagaimana Saudara/Saudari pelajar sedia maklum, YB Menteri Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan akhbar terkini pada 18 September 2013 berhubung pengajian di Mesir. Antara perkara yang dinyatakan di dalam kenyataan tersebut adalah :

"Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 18 September 2013 telah mengambil keputusan untuk membenarkan pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir yang memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dibolehkan melaksanakan pemindahan kredit berdasarkan prinsip "parallel" ("minus one rule") berdasarkan tahun pengajian secara "one-off". Penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan dan pergigian."

Bagi tujuan penyelarasan dan tindakan Jabatan ini seterusnya, sukacita para pelajar dimohon agar dapat mengisi borang maklum balas tempat pengajian di pautan ini :

Sila klik sini untuk borang maklumbalas.

Sekian, Terima Kasih.

Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Sumber :http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/mesir2013tempatPengajian.php

Thursday, 3 October 2013

RAYUAN AWAL TAJAAN JPA UNTUK PERMOHONAN SESI KEDUA 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada permohonan JPA pada bulan Julai 2013 seperti didalam LINK ini.

2. Seperti yang sedia maklum, keputusan tajaan JPA akan diumumkan pada 25hb Oktober 2013. Keputusan ini amatlah penting buat anak-anak yang mengharapkan tajaan JPA tersebut. 

3. Tajaan ini juga sekali gus, MUNGKIN, memberi peluang samada untuk anak-anak yang ingin meneruskan pengajian di Mesir, mahupun di Malaysia.

4. Untuk membantu MedicMesir membuat 'follow up' dan rayuan awal, mohon kerjasama semua pelajar MedicMesir yang memohon untuk mengisi BORANG MAKLUMAN dan RAYUAN JPA.  Buat masa ini, MedicMesir akan mengemukakan 'prioriti rayuan' kepada pelajar-pelajar mendapat Jayyid Jiddan dan MUMTAZ.  Bagaimanapun, pelajar selain dari itu digalak untuk mengisi borang ini. Rayuan ini akan dibuat melalui Persatuan. InshaAllah. Bagaimanapun, hak kelulusan adalah hak mutlak JPA.

5. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga Mesir kembali tenang bagi membolehkan anak-anak meneruskan pengajian dengan selesa. Ameen Ya Rab.

Salam,
UmmiMM

MAKLUMAN TAJAAN JPA / MARA UNTUK PELAJAR YANG MEMOHON PINDAHAN KREDIT

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. MedicMesir telah mendapat banyak pertanyaan dari ibubapa / pelajar berkaitan dengan persoalan samada pihak penaja terutamanya JPA / MARA masih meneruskan tajaan apabila anak-anak menyambung di Malaysia.
2. Bersama ini di kepilkan sedikit makluman dari mesyuarat di Kementerian Pendidikan Malaysia. Apa yang dinyatakan adalah satu keputusan kabinet Menteri. Ini merangkumi pelajar biasiswa mahupun pinjaman.  Bagaimanapun, sila berhubung dengan penaja masing-masing untuk perlaksanaan dan maklumat yang lebih terperinci.  Taklimat yang diadakan oleh pihak penaja adlah juga dirujuk.

3. Pelajar-pelajar diminta membuat penilaian yang terbaik didalam memilih samada menyambung di Malaysia atau meneruskan pengajian di Mesir. Sila ambil kira aspek silibus dan sistem di Malaysia, selain dari memikirkan isu keselamatan sahaja di Mesir. Semoga Allah berikan panduan buat semua. 

Semoga makluman ini bermanfaat. 

Salam,
UmmiMM