Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, 14 August 2012

MAKLUMAT TARIKH PENERBANGAN KE MESIR SESI 2012/2103

Assalamualaikum wbth ,

Semoga kita sentiasa berada didalam rahmat Allah swt dan diberi kekuatan untuk menjalani ibadah hari-hari terakhir Ramadhan. 

1. Alhamdulillah, bersama ini adalah senarai 8 penerbangan ke Mesir untuk Sesi 2012/13.

2. Pelajar yang telah menyertai preMedic atau JOM! preDepature 2012 telah mengisi tarikh pilihan penerbangan masing-masing. BAGAIMANAPUN HANYA mereka yang telah membuat bayaran PENUH pada 1hb Ogos sahaja yang 'confirm' mendapat tarikh yang dipohon. 

3. Pelajar yang masih BELUM MEMBAYAR diminta menjelaskan bayaran masing-masing bagi membolehkan urusan penerbangan diselesaikan dengan KADAR SEGERA.
Status pelajar yang masih belum membayar, MedicMesir berhak memasukkan tarikh penerbangan mengikut kekosongan.

4. Bagi pelajar yang baru membayar dan mempunyai tarikh-tarikh pilihan atas apa jua sebab, sila maklumkan dilink ini.  Pihak MedicMesir akan berusaha mendapatkan tarikh pilihan sebaik mungkin. 



5. Pelajar yang berasal dari Wilayah Persekutuan yang masih didalam proses mendapatkan SUMBANGAN TIKET PERCUMA dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, sila maklum didalam link ini.  Ini bagi memboleh MedicMesir mengemaskini status terkini dari masa ke semasa. Memandangkan, MAIWP memberi tiket dan bukan wang, Mohon agar anak-anak Wilayah Persekutuan maklumkan tarikh penerbangan serta makluman terperinci seperti dibawah kepada pegawai MAIWP.


6. Pelajar yang berasal dari Perak yang telah menghantar Borang Ibnu Sabil ( untuk tujuan mendapatkan peruntukan RM2500 untuk tiket penerbangan) dari Majlis Agama Islam Perak, sila maklum didalam link ini.  Ini bagi memboleh MedicMesir mengemaskini status terkini dari masa ke semasa. Untuk kes anak Perak, anda boleh membayar dahulu dan meminta MAIP untuk membayar tuntutan terus kepada anda.

7.Muatan yang dibenarkan adalah:-
a. 30kg untuk penerbangan Kuwait Airline (untuk pelajar Alexandria).
b. 46kg untuk penerbangan Egypt Air 

8. Segala pertanyaan mengenai TIKET DAN PENERBANGAN sila berhubung terus dengan Cik Hasiah di talian 0193654333 atau email hasiah.medicmesir@gmail.com.  Makluman keberangkatan secara terperinci akan dikeluarkan dalam masa 1 minggu. InshaAllah.

MAKLUMAN PENERBANGAN 2012 

A. Penerbangan Pertama : 5hb September 2012
(KHAS UNTUK PELAJAR MANSOURA MANCHESTER dan MANSOURA DENTIST)
Pesawat : EGYPT AIR (MS 961) KULCAI
Waktu Berangkat (5hb September) : 10 malam    
Waktu Ketibaan di Mesir (6hb September) 540 pagi
Waktu Berkumpul di KLIA: 6 petang


B. Penerbangan kedua : 25hb September 2012 
(KHAS UNTUK PELAJAR ALEXANDRIA)
Pesawat : KUWAIT AIRLINE ; KUL ALEX
Waktu Berangkat (25hb September) : 0315 pagi    
Waktu Ketibaan di Alexandria (25hb September): 1010 pagi
Waktu Berkumpul di KLIA (24hb September) : 11 malam 


C. Penerbangan Ketiga : 26hb September 2012
(KHAS UNTUK PELAJAR MANSOURA MANCHESTER )
Pesawat : EGYPT AIR (MS 961) KULCAI
Waktu Berangkat (26hb September) : 10 malam    
Waktu Ketibaan di Mesir (27hb September): 540 pagi
Waktu Berkumpul di KLIA: 6 petang


D. Penerbangan Keempat : 28hb September 2012
(KHAS UNTUK PELAJAR TANTA UNIVERSITY )
Pesawat : EGYPT AIR (MS 961) KULCAI
Waktu Berangkat (28hb September) : 10 malam    
Waktu Ketibaan di Mesir (29hb September): 540 pagi
Waktu Berkumpul di KLIA: 6 petang


E. Penerbangan Kelima : 30hb September 2012
(KHAS UNTUK PELAJAR TANTA UNIVERSITY / MANCHESTER )
Pesawat : EGYPT AIR (MS 961) KULCAI
Waktu Berangkat (30hb September) : 10 malam    
Waktu Ketibaan di Mesir (1hb Oktober): 540 pagi
Waktu Berkumpul di KLIA: 6 petang

F. Penerbangan Kelapan : 1hb Oktober 2012
(KHAS UNTUK PELAJAR AINSHAM / ZAGAZIG / AL AZHAR UNIVERSITY )
Pesawat : EGYPT AIR (MS 961) KULCAI
Waktu Berangkat (1hb Oktober) : 10 malam    
Waktu Ketibaan di Mesir (2hb Oktober): 540 pagi
Waktu Berkumpul di KLIA: 6 petang

G. Penerbangan Keenam : 2hb Oktober 2012
(KHAS UNTUK PELAJAR TANTA UNIVERSITY )
Pesawat : EGYPT AIR (MS 961) KULCAI
Waktu Berangkat (2hb Oktober) : 10 malam    
Waktu Ketibaan di Mesir (3hb Oktober): 540 pagi
Waktu Berkumpul di KLIA: 6 petang

H. Penerbangan Ketujuh : 3hb  Oktober 2012
(KHAS UNTUK PELAJAR MANSOURA REGULAR )
Pesawat : EGYPT AIR (MS 961) KULCAI
Waktu Berangkat (3hb Oktober) : 10 malam    
Waktu Ketibaan di Mesir (4hb Oktober): 540 pagi
Waktu Berkumpul di KLIA: 6 petang

Salam Sayang,

No comments:

Post a Comment